Saturday 29 December 2012

OPS 3S

Filzah Nurjannah masih setia , tekun membaca novel yang baru dipinjam daripada rakannya itu . Tidak dihiraukan kanak-kanak yang berlari berkejaran , pasangan kekasih main nyorok-nyorok dan golongan warga emas membuat poco-poco . Walaupun keadaan di Tasik Permai itu tidaklah sePermai mana tapi Filzah tetap meneruskan bacaannya . 'Hisy , asal Kimi ni jahat sangat ? Dihinanya Yasmin uh ' , omelnya mengenai watak di dalam novel tersebut . Sememangnya membaca novel adalah hobinya yang tidak dapat dibendung . Boleh dikatakan dalam 1 bulan , dibelinya 3 hingga 4 buah novel . Tanpa disedari , ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh .

'Err . Nak tegur ke tak . Nak tegur ke tak ' , fikir Nadzrin Adzhar berulang-kali . Dia yakin gadis yang diperhatikan dari tadi adalah orang yang sama mengambil hatinya dulu . 'Entah-entah , sudah berpunya tak ? Hisy . Melepas lagi la nampaknya' . Sebuah keluhan kecil dilepaskan . Digeleng kepalanya perlahan . Lalu , diberanikan dirinya untuk menegur si gadis tersebut . Belum cuba , belum tahu kan ?

Nadzrin berdehem kecil setelah berdiri di hadapan gadis tersebut . Tetapi tidak diendahkannya . Gadis tersebut seakan khusyuk benar dengan buku yang dibacanya . Dia menggosok tangannya . Ting ! Idea muncul . Diletakkan telapak tangannya itu pada sebahagian muka surat buku tersebut . 'Hisy , tangan malaun mana lah sesat ni ? Spoil la' . Serta - merta Filzah mengangkat kepalanya untuk melihat si perosak 'mood' membacanya . Nadzrin tersenyum . Nampaknya , ideanya berjaya .

"Kenapa senyum ? Kenapa letak tangan di atas novel saya ? Suka hati limpa jiwa jantung hang ja" , kata Filzah . Hebat ! Hanya dalam satu nafas . Nadzrin tertawa kecil . Lucu barangkali . 'Sah ! Mamat ni senget otaknya' . Filzah geleng perlahan .

"Saya Nadzrin Adzhar la . Tak ingat ka ?" , dikenyitkan matanya . Membulat terus mata si Filzah . Hanya kerana pengenalan yang cukup ringkas dari si pemuda bernama Nadzrin itu . Terus Nadzrin merampas novel dari tangan gadis tersebut . Filzah masih tidak percaya . Nadzrin Nerdy ?!
________________________________________________________

Nadzrin tersenyum sedangkan muka Filzah masih berkerut seribu . Masih tidak percaya Nadzrin di hadapannya itu adalah rakan sekelasnya dahulu . Walaupun sudah 3 hari mereka berjumpa , tetapi Filzah masih bingung . Hendak ditanya , takut Nadzrin terkecil hati pula .

"Awak . Betul saya ni Nadzrin . Si Nerdy dulu tu . Pakai spec besaq , buku sentiasa ada , beg selalu kembung . Itu saya , dan sekarang ini pun saya " .

"Kalau begitu , mesti awak hafal sangat cogan kata saya kan ? Sebab 1 kelas tahu cogan kata saya " , kata Filzah . Mahu memastikan , adakah benar itu rakan sekelasnya ? Nadzrin tersenyum . Soalan yang mudah baginya .

"A . S . K . Bukannya ASK question tetapi Aku Sayang Kau . Betul kan ?" , jawab Nadzrin sambil menghirup sedikit teh tariknya itu . Filzah mengangguk . Sah lagikan Sahih , itu adalah rakan sekelasnya , si Nerdy ! Ops ! Dah kena tukar ni . Si Stylo .  Nadzrin tidak mahu terus memendam rasa . Akan diusahakan untuk mendapatkan Filzah Nurjannah sebagai suri hati + rumahnya nanti . Diteguknya teh tarik sedikit untuk menghilangkan gugupnya . Diusap lehernya berulang kali hinggakan Filzah senget kepala , memandang pelik ke arahnya .

" Awak dah berteman ke ?" , tanya Nadzrin perlahan . Tetapi dapat didengar oleh Filzah . Filzah tersenyum lalu menggeleng perlahan . Senyuman Nadzrin yang darinya tipis sudah melebar . 'Insya'allah , DIA akan permudahkan usaha aku ' .

"Ramai ajak saya bercouple , then baru kahwin . Tapi saya tak setuju . Jadi mereka pun memilih gadis lain untuk bercouple . Saya mahu bakal Imam , bukan bakal Boyfriend . Awak faham kan ? " , lancar Filzah berkata seraya menampakkan segaris senyuman . Nadzrin hanya mengangguk , mengiyakan sahaja apa yang dikatakan Filzah . 'Maknanya aku kena lamar dia jadi Isteri bukan Awek' .
________________________________________________________

Ke hulur , ke hilir . Ke utara , selatan . Ke barat , timur Nadzrin bergerak . Tak senang duduk dibuatnya . Atif yang melihat pun , tercengang . 'Kena sampuk dek siapa la ni?' . Atif melunjurkan kakinya . Sasaran mengena ! Buktinya , Nadzrin terjatuh . Haha . Padan muka .
"Gelak la puas-puas . Kawan tak berhati perut . Aku dahla tengah frust ni" , ngomel Nadzrin . Atif hanya tersenyum sumbing .

"Yela . Sebagai kawan ekau yang baik lagi berhati mulia , cerita la masalah ekau pada eden ni ya" , kata Atif , si anggota polis . Berbeza dengan Nadzrin . Nadzrin bekerja sebagai Ketua Jurutera di Jaya Semiconductor . Nadzrin pun menceritakanlah segalanya . Kisah yang bermula dari alam persekolahan sehinggalah pertemua yang tidak diduga , berlaku pada akhir-akhir ini .

"Wah ! Tak sangka kau setia betul dengan minah uh . Hebat ! So , apa plan kau ? Takkan kau nak terus lamar dia kot ?" , kata Atif setelah mendengar cerita Nadzrin sebentar tadi . Nadzrin menggaru kepalanya yang tidak gatal .

"Aku pun tak tahu la . Maknanya aku kena mulakan OPERASI 3S ni . Di'short form'kan , OPS 3S !" , kata Nadzrin . 'Ya ! Aku perlu lakukannya !' . Atif mengerutkan mukanya . 3S ? Apa kejadah benda tu ? 'Hisy , pelik-peliklah kawan eden ni .

________________________________________________________

Dengan tudung lilit di kepalanya serta berbaju kurung , mencari-cari kelibat Nadzrin . Sudah 15 minit , dia tercongok di depan food court ni . Perut pun menyanyi lagu Gangnam Style , minta diisi . Tapi , Nadzrin sudah berpesan agar menunggunya terlebih dahulu . Hisy , nasib badan . Tak lama kemudian , kedengaran orang meminta maaf dengan suara kepenatannya . Dia masih buat tidak tahu . Nadzrin menoleh ke arah Atif , Atif hanya menjongket bahu . Nadzrin beralih ke hadapan Filzah . Filzah hanya memandang kosong . Keluhan didengari Filzah .

"Awak . Saya minta maaf . Tadi ada meeting mengejut . Saya tak sempat nak inform pada awak . Sorry again " , ucap Nadzrin . Atif sekadar memerhati . Filzah buat muka kosong , tak ambil tahu . Nadzrin menunjukkan patung beruang yang dibelinya tadi . Filzah senyum sedikit . Nadzrin menghembus nafas lega . Lantas , Filzah menutup mukanya . 'Hisy , mana boleh senyum . Kan tengah merajuk tadi?!' . Nadzrin tersenyum cuma . Baginya , riak sebegitu agak comel , menawan kalbu gitu . Filzah melihat jam di pergelangan tangannya . Huh . Lambat sangat ni .

"Awak lambat 18 minit tau . Ketuk ketampi sekarang juga" , katanya sambil menampilkan riak serius pada wajahnya . Nadzrin meneguk air liur . Err , kena buat ke ? Dalam Mall kut ?! Ingin ditanya kepada Filzah , mukanya serius la pula . Mengalahkan bos di tempat kerjanya . Atif sekadar memerhati lalu tertawa kecil .

"Hey , awak yang rambut tercacak tu , apa ketawa-ketawa ? Awak pun kena sekali tau . Ketuk ketampi sekarang juga !" . Kini , giliran Nadzrin pula ketawa . 'Haha . Ekau pun kena' . Atif hanya mencebikkan muka sahaja . Orang ramai memandang pelik ke arah mereka . Filzah hanya membuat muka seposen sahaja .  Filzah disapa seorang gadis . Diperkenalkan dirinya itu , adik kepada si pemuda rambut bercacak tu . Sebelum perkenalkan diri , sempat juga dia ketawakan abangnya itu .

"Awak dah terima patung beruang dari saya , saya pun dah terima denda dari awak . Perut saya ni dari tadi dah berbunyi . So , can we eat now ?" , kata Nadzrin seraya membuat muka . Filzah mengangguk . Perut dia pun dah lapar juga . Sepanjang mereka berada di foodcourt itu , Nadzrin asyik tersenyum sahaja . Semua sedar akan keadaan itu kecuali FILZAH . Nadzrin menunjukkan beberapa tiket wayang kepada Filzah . Filzah hanya mengerutkan mukanya . Nadzrin mengangguk .

"Kak Filzah , kita pergi tengok wayang tau !" , ucap Atiya , adik kepada Atif . Ala yang rambut tercacak tu . Mulut Filzah terlopong . 'Tengok wayang ? Lelaki bukan muhrim ? Gila ke apa ?! Nadzrin sudah memahami riak sebegitu . Dia menggelengkan kepalanya .

"Kita semua memang duk seat couple tetapi awak dengan Atiya . Saya dengan abang dia . Jangan risau . Selagi awak bukan isteri saya , saya takkan berdua-duaan dengan awak" . Terukir senyuman di bibir Filzah .
________________________________________________________

Seperti hari-hari biasa , Nadzrin mengatur langkah menuju ke Restoran Istimewa . Hari ni dia berseorangan , tanpa rakan sekerjanya yang lain . Biasanya dia akan bersama dengan Siva , Chong dan Amir tetapi masing-masing ada hal yang perlu diselesaikan . Sementara menunggu pesanannya sampai , dia menikmati persekitarannya . Matanya tertancap pada seorang gadis yang bertepuk tampar dengan seorang lelaki yang lain . 'Macam Filzah je . Tapi siapa di sebelah dia tu ? Nampak bahagia sangat' . Mereka berdua pergi ke kedai emas yang terletak betul-betul di hadapan restoran yang dia duduki itu . Secara perlahan , senyumannya hilang . Makanan dipesan sudah sampai . Dijamah bagai tiada rasa . Makanan belum pun habis , dia sudah menjelaskan bayarannya . Setelah dilihat Filzah dan 'seseorang' itu sudah tiada di kedai itu ,  dia segera menapak ke situ .

"Tauke , tadi ada couple datang sini kan ?"
"Iya iya . Mereka datang mau beli itu cincin . Cincin kahwin . Banyak romantik ma" , kata tauke Lim , empunya kedai emas tersebut . Senyumannya begitu lebar sekali . Manakan tidak , cincin yang dibeli tadi membuatkan dia untung besar . Hati Nadzrin bagai dicarik-carik . Tetapi pada wajahnya , masih kelihatan senyuman yang pastinya tiada serinya . 'Nak kahwin dah dia . Maybe bukan jodoh aku . Aku akan jauhkan diri dari kau . Hak orang jangan diganggu ' .

________________________________________________________

Filzah mengeluh . Didailnya sekali lagi nombor Nadzrin . Dan , sekali lagi jualah , panggilannya tidak dijawab . Dia mahu memberitahu sesuatu kepada Nadzrin , tetapi Nadzrin bersikap begini pula . Semakin risau dibuatnya . Filzah akui dia mulai sukakan dan menyayanyi Nadzrin tetapi malu mahu mengaku . Jeritan ibunya sudah kedengaran . Haish , kena rewang la ni .

Restoran Istimewa
Nadzrin keluh kesah . Tidak setenang seperti hari biasa . Atif sekadar memerhati . Hendak ditanya , takut semakin buruk jadinya . Nadzrin menepuk dahinya berulang kali . Aduh ! Makin senteng jadinya . Laju tangan Atif menampar rakannya itu . 'Agak-agakla nak jadi gila pun , jangan kat sini . Aku yang kena tanggung malu' .

"Kau kenapa ? Gila ? Nak aku hantarkan ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan nun ? Setahu aku masih ada kosong lagi , mana tahu kau nak rasa pengalaman di situ pula" , kata Atif , dengan mimik mukanya sekali . Nadzrin mengusap pipinya yang masih merah dek kena penampar Atif sebentar tadi . Atif hanya buat muka selamba . 

"Kau tahu tak , si Filzah tu nak kahwin hari ni ?! Penantian aku dan apa yang aku lakukan selama ini , hanya sia-sia je wey . Kau faham ke tak ?!" , jelas Nadzrin , sedaya upaya menahan sebak di dada . Atif menggeleng kepalanya seraya tertawa kecil . Makin geram Nadzrin dibuatnya . Orang tengah sedih , diketawakan pula . Aku tak buat lawak la !

"Hisy . Sah ! Kau tak tahu hal sebenar ni kan ? Kau dapat tak kad jemputan dari Filzah ?"
"Dapat . Tapi aku buang . Buat sakit hati ja " . 
Makin kuat Atif ketawa . Patutlah gila semacam . Memang begini ke bila orang frust ? 
"Abang Filzah la yang kahwin hari tu . Masa habis tengok wayang kan Filzah ada cakap . Siap nak temankan abang dia beli cincin lagi . Kau tak dengar ke apa ?" , kata Atif .
"Err . Ada ea dia cakap cenggitu ?" , dalih Nadzrin . 'Macam manala kau nak dengar , kau asyik tengok muka dia ja ' . Jawapan itu sekadar Atif sahaja yang dengar .
______________________________________________________


Rancangan sudah dirangka ,sasaran pula sudah dikenal pasti . Ini akan jadi kenangan yang tak boleh Filzah lupakan . Nadzrin berlakon sebagai nelayan . Atif hanya menunggu giliran untuk beraksi manakala Atiya menemani kak Filzah yang kononnya sedang menunggu abang Nadzrin . Filzah tidak menyedari langsung bahawa ada kejutan besar yang akan dialaminya nanti . 

Sementara menunggu kehadiran Nadzrin , Filzah menggeledah segala permainan yang ada pada telefon bimbitnya . Eh , angry bird la ! Bedal je la . Nadzrin menunjukkan ibu jari kepada Atif dan Atif pun memulakan aksinya bersama rakan yang lain . 

"Filzah Nurjannah binti Izman ? Awak ditahan kerana telah mencuri sesuatu yang sudah dikenal pasti . Kamal ! Tahan dia !" , kata Atif , mengikut skrip yang telah disediakan Nadzrin . Berbakat rupanya si Atif ni . Lengkap Atif dan rakan yang lain beruniform anggota polis , membuatkan Filzah terkejut besar . Aku ? Curi ? Tiada kerja aku buat benda macam tu . Atiya buat muka cemas . Dia pun mahu menjadi pelakon yang hebat dalam 'sketsa' ini . 

"Eh , Atif . Kenapa saya kena tahan pula ni ? Saya tak buat apa- apa pun . Saya curi apa ?" , kata Filzah , dia semakin pelik dengan apa yang berlaku . Dengan gari di pergelangan tangannya . 

"Penjenayah takkan mengaku kesalahan yang dibuat " , Atif membuat muka serius . Berlakon kena betul-betul . Lantas , Atif menyambung bicara .

"Awak dah curi hati Nadzrin , bukan nak reti pulang balik . Tak ke kejam tu ?" , masih dengan muka seriusnya . Atiya mengangguk sahaja . Lalu , mucul Nadzrin dengan pakaian ala nelayan , melutut di hadapan Filzah yang masih bergari . 

" Saya Nadzrin Adzhar b Nazirul , ingin melamaq Filzah Nurjannah bt Izman , sebagai suri hati , suri rumah dan segala suri dalam hidup saya . Lamaran ini akan diterima tak ?"  . Filzah terperanjat . Ni nak kenakan aku ke apa ? Kejam ! 

" Tak lawak la . Ni rancangan WAKENABEB ke apa ?!" 

"Awak dah mulai suka saya , sayangkan saya , kan ? Atau saya yang syok sendiri selama ini ?" . Filzah mengetap bibir . Aiseyman ! Macam mana dia tahu ni ? 

"Awak yang kejam . Pindah sekolah dulu , janji akan terus berhubung dengan saya . Hakikatnya , tak pun . Saya asyik tunggu depan rumah , tunggu posmen hantar surat , dan berharap surat daripada awak . Tapi , awak tak hantar pun " , air mata Filzah mengalir . Diseka dengan jarinya , walaupun tangannya masih bergari . Ombak semakin kuat menghempas pasir , seakan turut geram kepada Nadzrin yang memperlakukan Filzah sebegitu rupa . 

"Err . Awak tunggu surat ? Daripada saya ? Maaf . Saya lupa alamat rumah awak masa tu . Jadi saya pun senyap je la . Nasib baik ada gambar kelas , dapat juga la lepaskan rindu pada awak " . Atiya , Atif dan rakan yang lain  sekadar memerhati . Atiya sudah menahan sebak . Sketsa ni makin menariklah ! Nadzrin menyambung kata . 

"Jadi adakah awak terima lamaran saya ni ? Jangan risau , saya akan jaga awak baik - baik . Macam Shinichi jaga Ran . Dan saya boleh jadi kawan baik awak selamanya , seperti Patrick dan Spongebob " . Habis semua nama watak kartun diselitnya ! Filzah tersenyum lalu menganggukan kepalanya . Atif pun membuka gari yang di pergelangan tangan Filzah , Nadzrin pun menadah tangannya dan diikuti yang lain . 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.
Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.
Ya Allah, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat Kepada Kami , (Nadzrin Adzhar b Nazirul) Dan (Filzah Nurjannah bt Izman).  Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Kami Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Kami Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah, Satukanlah Hati Kami Berdua Ini Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha Dan Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Berkah Kepadamu Dan Atasmu Serta Mengumpulkan Kamu Berdua, Pengantin Laki-Laki Dan Perempuan, Dalam Kebaikan.

Semua telah mengaminkan doa tersebut . Segera Nadzrin dan Filzah telefon ibu bapa masing-masing , memberitahu bahawa mereka sudah bersedia untuk ke fasa berikutnya . Ucapan tahniah banyak diterima mereka berdua . Nampaknya Ops 3S yang Nadzrin rencanakan , telah berhasil ! Kini , Atif telah ketahui apakah maksud 3S tersebut . Rupanya 3S tersebut untuk Suka Sayang dan Selamanya :D




Friday 21 December 2012

THEY are AWESOME


assalamualaikum semua ! holla everybody ! :D jyeahh . entry baru . wa lindu nak update ini blog *hancur BM kau , fiza -.-"*  dah hampir nak tinggalkan 2012 niyy . Harap dah sediakan diri tuk bangun awal pagi , tuk pakai uniform sekolah , tuk dengaq bebelan guru  kerna sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi :3 hoho .

okie  . malas nak intro panjang-2 . terus cerita lah ya ><" okeyy . tajuk entry pada kali ini ialah They Are Awesome :D  siapakah gerangan si 'They' itu . ce teka *gaya tangan Usop Wilcha*  . tak payah teka la . biaq fiza cerita terus :3 yang dimaksudkan adalah SAINTIS :D adakah cita-cita anda tuk jadi saintis ? hope tercapai k . tapi ini saintis bukan sebarang saintis . ini saintis adalah saintis beragama Islam :D yups . jarang-jarang kita dengar pasal saintis Islam kann ? sebab itulah , entry ini ditaip ;) agar awak , awak dan awak tahu akan kewujudan mereka serta penemuaannya . bacalah untuk ketahui lebih lanjut :)

1. Ibnu Al Haitam 
Ahzan adalah gelaran di Barat . Beliau menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Isaac Newton mengetahuinya , menemui prinsip isi padu udara sebelum Tricella ketahuinya 500 tahun kemudian . Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains Barat seperti Boger , Bacon dan Kepler mencipta teleskop serta mikroskop .

2. Ibnu Yunus 
menemui bandul lebih awal berbanding Galileo Galilie (1564-1642 Hijrah) iaitu 600 tahun bezanya . Zij (buku Astronami Islam ) yang terdiri daripada empat jilid tersebar ke pelbagai penjuru dunia yang mutunya lebih tinggi dari karya Claudios  Ptolemaios kerna diterbitkan dalam pelbagai bahasa .

3. Thabit Bin Qurrah 
terlebih dahulu menghasilkan penemuan bahawa Algebra dapat menyelesaikan masalah geometrikal  berbanding Rene Decrates yang mengetahuinya pada abad ke 17 

4 . Ibnu Al Syatir 
wujud salah faham apabila penemuan Ibnu Al Syatir tidak banyak diperkatakan menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland , Copernicus . Akan tetapi , kebenaran terungkai setelah David King (Orientalis Inggeris)  membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuan Islam , mendapati bahawa Copernicus mengambil teori daripada Ibnu Al Syatir , dan mengaku teori itu miliknya . 

5 . Ibnu Firnas 
Beliau adalah Muslim Sepanyol . Pada abad ke-8 , beliau telah menemukan , mencipta dan menguji konsep kapal terbang :D Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang dipelajari oleh Roger Bacon selepas 500 tahun teori-teori dasar pesawat terbang yang diperkenalkan oleh Ibnu Firnas . Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas , barulah konsep ini diperkembangkan .

so . amacam ? kagum takk ? :D bangga menjadi umat Islam . rupanya , ilmuan Islam telah mengetahui segala ilmu . dan sehingga kini , teori-teori yang diperkenalkan oleh mereka semua , masih digunakan . tetapi  sebenarnya , bukan ini je tau hasil penemuan para ilmuan Islam . ada banyak lagi sebenarnya :* ini sahaja yang fiza dapat kongsikan dengan korang . harap korang suka dan dapat manfaat daripada entry kali ini . terima kasih kerna sudi baca :) see ya on next entry . bye-bye . assalamualaikum :)




Thursday 13 December 2012

full of stories



holla ! I'm Fiza . ehh . terikut skrip Dora The Explorer pula ><" hai korangs ! *lambaitangan* yeahh ! bersua kembali kita :3 bosan ngada fesbuk , lari ke blog japp . hehe . nak inform something niy , hari ni adalah 30 Muharram auw . tak percaya ka ? k , boleh p check at sini yea . 

oke . stop intro . terus masuk isi . gambar gaya cover muka uh ada kaitan dengan ini punya entry k . first of all , mau cerita pasal FITNAH .seperti yang diketahui umum , dosa fitnah adalah lebih besar dari dosa membunuh kan ? :3 


itu stats malam tadi . panas hati punya pasal . anyway , thanks kepada dik tecik  , Miji  , Mal  . sebab sudi bash 'budak baik' malam tadi . depa bertiga tahu 'gelaran' apa yang fiza dapat . definisi gelaran yang diberi adalah seperti berikut :: 

nama panggilan kepada satu golongan gadis . sering kali dikaitkan dengan gejala mat rempit . kebanyakkan berumur di antara 14 hingga 22 tahun . diistilah sebagai gadis liar yang bermasalah keluar mencari kenalan lelaki yang bermotorsikal bagi menghilangkan kebosanan mereka .

sumber :: Wikipedia   . kesnya masih belum selesai . siap kata benci perempuan lagi . -.-'' malas nak layan orang sebegini . siapa tahu , si budak baik itu . rahsiakan je identitinya . syytt . tapi , kira okay la kan . secara tak langsung , pahala dia , fiza yang dapat :3

oke . stop cerita bash-2 tu . fza nak share dengan korang , cerita lain pulak :3 nama entry pun FULL OF STORIES kann ? bukan drama korea , yang Full House uh auw ><" . tak mau baca ? tak heran :P



pada 1 Disember yang lepas , fiza dan sekeluarga . ehh , sekeluarga ke ? tak tak tak . -.- ayah terkecuali . kenapa ? ada kerja . k tarapapa . teruskan story :3 kami berLima pergi ke Serdang . mengikuti rombongan . ada apa ? nak pinang anak teruna :P hah ? anak teruna ? untuk siapa ? fiza ae ? gebang je lebihh . auta semata . hehe . actually , ikut rombongan orang kampung Pt Makmor pergi MAHA . apa benda alah uh ? ohh tak tahu ea ? MAHA adalah ringkasan bagi Malaysia Agriculture , Horticulture & Agrotorism . lebih kurang pukul 6 pagi . gerak dari rumah ke kampung . pergi parking at rumah mak cik . dari rumah mak cik pergi ke tempat berkumpul . beg penuh dengan makanan bagai :3 sampai tempat berkumpul . mak p daftar . tunggu punya tunggu punya tunggu . basnya tak sampai2 -.-  pukul 7 lebih kot , basnya sampai . sabar je lahh . masuk bas . pilih seat . duduk diam-2 . duduk dengan boypreng ;) haha . adik sendiri kot ..mak and mak cik duduk seat belakang . adik-2 tecik duduk depan nun ~ dengan kawan baru dia . seriously bosan duduk dalam bas lama-2 -.-" lebih kurang pukul 11 . sampai Serdang , di mana ada MAHA nya tu . sampai je , terus p cari tandas . hehe ><" . tandasnya cuma ada 3 je . ramai yang beratur . saya sebagai pelancong :3 , meminta agar bilangan tandas ditambah -.-" . senget la kau fiza . then , lapar . mak cik bagi duit , p beli Pizza Hut :3 murah weyy . tak sampai RM50 . kenyangg . p cari tram *betul ke eja niy ?* . dengan bersosak-sosaknya . penuh orang . rempuh ... nak masuk gakk . terpisah seketika . yang lain di depan , fza dengan adik at belakang . =.= . turun tram . p merayap . malas mau cerita banyak . tengok pic je la yea ;)



hihi . hasrat mahu lihat PENYU SEBENAR termakbul juga :* tomey je .anyway , ini di bahagian perikanan . ada rangka paus :3 ohsemm . tapi lupa pula nak  snap  pic sebegitu -.- 


ini pula di bahagian PADI .:3 


gambar no 5 tu , serius ohsemm :3 segala sayur , semuanya superb sihat . besaq-2 , godang-2 , panjang-2 :3 . setiap lokasinya berjauh-jauhan . so , kena naik turun naik turun tram -.- itu last pic . bater kamera tetiba kong . then , pergi galeri LiveStock :3 nampak pelbagai baka kambing , lembu . ada juga kuda , kancil :3 then , ada lelongan haiwan . ada juga pameran ayam , burung dan arnab . ada juga pameran reban ayam :3 



ini adalah salah satu model reban ayam yang ada di sana :3 then , pergi pameran KUCING . seriously , best di bahagian kucing ja :3 hoho . bagi fza la . ngiauu ! :*


then , pergi pameran Mesin dan Jentera . pergi ke PAVILION pula :3 ingat MAHA tiada Pavilion ka :P ada kay . hehe . tapi fza skip . fza duk berSENDIRIan at A&W . yang lain pergi Pavilion uh . fza tak larat nak jalan lagi . kaki cramp -.- sampai rumah lebih kurang pukul 12 malam , rasanya lahh ><" 

oke . stop pasal MAHA uh -.- . masuk cerita yang ke 3 . tak nak baca ? bye-bye :3 Selasa yang lepas , pada tarikh 11.12.12 , fza mengikuti program Smart Solat :') bersama adik -adik . kiranya jaga adik la ni . syiok la jugak . belajar pasal asas solat je . macam rukun solat , wudhu , azan dan iqamat . and , fza dapat kawan baru :3 thanks sebab sudi jadi kawan saya . 


oke . abaikan muka aku dan adik aku , k -.-''

her name is Farah Syaheera
berumur 14 tahun . 
bersekolah di TIGS , Batu Pahat . 
hobi : melukis . 
status : SINGLE ;)  

done . really simple , kelas kau jahh :3  sekian sahaja entry ringkas pada kali ini . ringkas ? kepala hangguk kau la fza . haha chill k . thanks sudi baca . sudi LIKE . ehh , ada ke yang nak LIKE ? >< anyway , thanks k . jasa mu amat dihargai . take care , Garnier . haha . gurauan semata . take care . bye-bye :*

Tuesday 11 December 2012

rewind the memories


holla . assalamualaikum semua :3 jyeahh . kita bersua kembali dalam rancangan Si Pijah Nurjana Senget . hoho . gurau k gurau . ><"  . hari ni tarikh special kann ? 12.12.12 ! next year dah tak boleh cari nombor yang deret sama . alhamdulillah , masih dipanjangkan umur :* so , final countdown nak masuk 2013 . excited meyy . ><" apa cerita cuti korang ? ada syiok ? ke menghadap fesbuk , twitter ja . :3

oke . stop the merapu section . *tunggang langgang ayat-.-* berpalik pada tajuk entry kali ni . yess ! REWIND THE MEMORIES . k , terus masuk google translate . inilah hasilnya :: memundurkan kenangan . 
entah pape maksud =.='' senang belek kamus je ea . jangan percayakan google translate niyy . boikot . hoho 

nampak kan gambar yang tertera di atas ? sila buat 5 ayat berdasarkan gambar berikut . oppss ! tersalah ayat pula ><" sorry banyak merapu . oke , siyez fza . siyez :3 gambar itulah yang akan jadi bahan pengisian dalam entry niy :*

pada 13.11.12 yang lalu , ehh cantik pula tarikh niyy ><" *ehh fza , sambung cerita lahh *. fza dengan keluarga yang tersayang :* hehe . pergi ke na na na na na Terengganu kita ! ehh , IKLIM nyanyi lahh :3 
keluarga pak cik pun join sekali sebab dorang pernah pergi sana . kiranya guider la kann . ajak nenek sekali . kiranya cuti ramai-ramai la niy . singgah sarapan at Ayer Hitam . duduk dalam kereta lama-lama . serius BOSAN =.='' hampir 10 jam kot ke sana . singgah solat di Kuantan . buat solat jamak qasar terus . then makan . then sambung perjalanan . sampai Terengganu waktu Maghrib . lip lap kota Kuala Terengganu . jakun sebentar . hihi >< check in di Permai Inn Hotel . rehat japp . lepas tu , keluar makan pula :3 then , merayap pula pergi ke Dataran Bazaar Warisan . :3



pada keesokkan hari , lain pula ceritanya :3 . breakfast di cafe yang disediakan pihak hotel . habis makan , balik ke bilik . adik2 transform pakai baju mandi . pantang nampak kolam renang =.='' . then , puas berendam . bersiap pula nak jenjalan sekitar Kuala Terengganu uh . terus check out dari hotel uh , sebab nak cari hotel ngadap pantai :')  lokasi pertama , ke Muzium Negeri Terengganu :3 bila turun dari kereta je , terus ada tren kosong lalu . dah memang rezeki , terus naik lahh :3 tengok persekitaran  luar Muzim . pelbagai jenis rumah tradisional , nama pun pelik-2 :3 main snap je . selain rumah , turut ada kapal auw .



lepas tu , daki ___ anak tangga . untuk masuk muzium pula . g at kaunter . beli tiket . murahh ! :3 kamera TIDAK dibenarkan . hehe . tanduk nakal pun tumbuh . nyorokkan kamera dalam beg mama . hihi . syytt . jangan diamalkan -.- first time nampak Batu Bersurat . arca Batu Pahat uh dah banyak kali tengok . hehe .  ingatkan nak ambil gambar sikit , tapi pekerja dok perhatikan . terus cancel :P ada SEMBILAN galeri . penat kaki jelajah seluruh galeri uhh . penat kaki eden . nenek give up . terus duduk at luar muzium . hoho .


dalam muzium , malas nak snap . sebab tahu sedang diperhatikan -.-'' spoil plan je .  then dah puas jelajah muzium . pergi Majid Kristal pulakk :3 sebab lokasinya berhampiran je :') . cari parking . sosak weyy . ramai orang , banyak kereta . cuti la katakann :3 ambil wudhu . berpeluang jugalah solat di Masjid Kristal . alhamdulillah . :')


then , plan nak try masuk Taman Tamadun Islam . sekali tengok signboard harga dia . terus pucat muka -.-
serius mahal . elok bersemangat nak masuk , terus cancel . saya sebagai pelancong , membangkang kerna harganya terlalu mahal . tak semua mampu bayar . ><" siapa sokong ? sila angkat tangan macam saya *suara usop wilcha* . then , masuk kereta , start enjin , cari kedai makan :3 makan . makan . makan . pergi Pasar Payang pula . shopping kemain -.- then , penat . pergi cari hotel baru untuk nginap pula . nasib baik dapat . hoho . check in . rehat sampai malam . malam keluar , p cari makan :3 lupa nak gtau , kami nginap di Batu Buruk Beach Resort . ngadap pantai betull . tapi tak dapat nak mandi pantai sebab angin kuat :/ sedikit kecewa . hmm . 

hari ketiga :3 , sarapan orang Ganu selalu makan . Nasi Dagang . hehe . ayah cari warung , duduk , order , tunggu , makan :3 hoho . dah settle makan , g 7E japp . cari barang sikit . at muzium tak dapat snap Batu Bersurat . at luar pun dapat lahh :3 


balik hotel . pergi pantai terletak di belakang hotel . snap pic lagi . masuk bilik . adik transform lagi . pergi swimming pool lagi -.-''  puas mandi , masuk bilik , bersiap , kemas barang , nak balik Johor :3 sebelum uh , singgah pantai area Dataran Syahbandar . sepupu dengan adik sibuk nak layang-layang . pilih , beli , bayar . masuk kereta , start enjin , p cari kedai makan tuk tengah hari pula . kenyang , pak cik ajak g Mydin . parents melencong ke Pasar Payang . tak puas beli katanya -.-'' . dah puas shopping , mulakan perjalanan ke Johor :') singgah sebentar di Masjid Terapung , solat jamak qasar . 



then , sambung perjalanan . merentasi Rantau Abang :3 kita tengok penyu teluq . sekali singgah , tak dak punn . bukan musim dahh . lepak at pantai Rantau Abang pula . siyez , cantikk . bagi chance pada bebudak main layang-layang kejapp . dah puas , masuk kereta balik . start enjin , sambung perjalanan . berhenti jap , beli keropok lekor , beli kuih muih . jalan . jalan . jalan . sepupu lapar . berhenti makan di Dungun . nama kedai Formula One . kelas kau jahh . kembungkan perut .sambung perjalanan . lebih kurang pukul 1 . sampai rumah . the end . 

jari penat weyy . act , banyak lagi nak cerita . takut korang jemu pula . so berehat sebentar :3 thanks sudi baca . jasa amat dihargai :') 12.12.12 , nothing special bagi aku lahh . hoho . hope dipanjangkan umur untuk kenangan yang akan menyusul . see ya on next entry . bye-bye . 

Sunday 18 November 2012

tentang SOLAT



tok3x assalamualaikum !
hello , milo , marshmallow ! 
sawadikap , konichiwa ! :3
dah lama tak mengupdate blog niyy ><"
entry terakhir sekali pada 10/11/2012 .
wahh . smart pulak tarikhnya ><" 



by the way , di kesempatan ini pada 5 Muharram ini , fyza ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH YANG KE - 1434 !!! 
maaflah lambat wish . sibuk bercuti la kann ><" . okie . cuti korang acane ? best , syiokk ? 
selalunya , tyme cuti ni lah , Facebook dan Twitter selalu digunakan untuk hilangkan bosan . tak gitu ? :3  okie kita geng ! high five sikitt ! haha .  lagu blog bertukar sempena awal Muharram :)

mohon awak , awak , awak  dan awakk .. *macam ramai sangat pembaca padahal sikit je* sila jeling dan baca tajuk entry kali ni .
yeahh ! tentang SOLAT ! :') 
ingat drama je ada Tentang Dhia ? yang ada Adi Putra , Nora Danish uh -.-''
tentang SOLAT ni lagi besaq auww . awak , awak , awak dan awakkk pun terlibat . nama pun orang Islam kann :)  fyza mahu habaq sikit pada hangpa semua pasai sejarah solat .
sepertimana korang tahu solat ni sebenarnya 50 waktu kann ? tapi nabi kesayangan kita semua , 
nabi Muhammad s.a.w *sila jawab nama baginda dengan selawat ye* 
telah meminta agar dikurangkan kepada 5 waktu sahaja . kerana Baginda tahun bahawa umatnya tidak mampu melakukan solat sebanyak 5 waktu .  hampir sembilan kali Baginda merayu agar dikurangkan auw ! 
semata demi umatnya . siapa umatnya nabi Muhammad s.a.w ? kita semua lahhh :) sila sedaq diri yea 



okie . sebenarnya fyza mahu berkongsi dengan korang mengenai sejarah rakaat yang terdapat pada tiap-tiap waktu solat fadhu yang sering kita buat . mesti ramai tak tahu kann ? jadi bersempena Maal Hijrah ini , eloklah fyza ceritakan pada korang yea :) sebenarnya , solat yang kita lakukan sekarang ni , nabi-2 sebelum nabi kita telah menunaikan solat terlebih dahulu , sebelum turunnya perintah Allah tika peristiwa Israk Mikraj :) jadi , jangan korang tersalah faham pulak yea . kita mulakan dengan solat Subuh yang mempunyai 2 rakaat yang paling sedikit rakaatnya .

::Subuh::
Manusia pertama yang telah mengerjakan solat Subuh ialah nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi . Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat . Apabila fajar subuh telah keluar , nabi Adam a.s pun sembahyang 2 rakaat .

Rakaat Pertama : tanda bersyukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam 
rakaat kedua : tanda bersyukur kerana siang telah menjelma :)

::Zohor ::
untuk solat Zuhur pula , insan pertama yang mendirikan solat Zuhur ialah nabi Ibrahim a.s , taktala Allah s.w.t memerintah Baginda agar menyembelih anaknya , nabi Ismail a.s  . Seruan itu hadir pada waktu gelincir matahari , lalu sujudlah Baginda 4 rakaat :')


rakaat  pertama : tanda syukur bagi penebusan
rakaat kedua : tanda syukur kerana dibukakan dukacintanya dan anaknya
rakaat ketiga : tanda syukur dan memohon keredhaan Allah s.w.t
rakaat keempat : tanda syukur kerana korbannya diganti dengan tebusan khas

::Asar::
Nabi Yunus a.s ialah orang pertama yang mendirikan solat Asar , taktala Baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t dari perut ikan Nun . Ikan Nun telah memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai tika telah masuk waktu asar , Maka bersyukurlah nabi Yunus lalu solat empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan daripada 4 kegelapan iaitu : .

rakaat pertama :  kelam dengan kesalahan
rakaat kedua : kelam dengan air laut
rakaat ketiga : kelam dengan malam
rakaat keempat : kelam dengan perut ikan Nun

::Maghrib::
insan pertama yang mendirikan solat Maghrib ialah nabi Isa a.s ketika Baginda dikeluarkan oleh Allah s.w.t daripada kejahilan kaumnya , sedang waktu itu telah terbenam matahari . Bersyukur nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu :

rakaat pertama : untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah s.w.t , yang Maha Esa
rakaat kedua : untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang dituduh melakukan hubungan sumbang
rakaat ketiga : untuk meyakin kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah semata , tiada dua atau tiganya :)

::Isyak::
Tongkat kepunyaannya boleh bertukar menjadi ular . Nabi Musalah insan pertama mengerjakan solat Isyak . Tika itu , nabi Musa a.s telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan , sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah s.w.t menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir . Lalu sembahyanglah baginda empat rakaat sebagai tanda syukur .

rakaat pertama : tanda dukacita terhadap isterinya
rakaat kedua : tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun a.s
rakaat ketiga : tanda dukacita terhadap Firaun .
tanda keempat :  tanda dukacita terhadap anak Firaun




okie .. tamat sudah segala pengisian yang fyza nak kongsikan . amacamm ? dah faham semua ? dah dapat ilmunya ? alhamdulillah . jadi , sedarlah korang . solat ni sekejap jea . tak sampai 1 jam punn . ingatt , malaikat Maut bertanggungjawab terhadap tugasnya . berbuat baiklah sempena masih hidup niyy . fyza pun sedar , fyza ni taklah baik mana kann . yups . tapi jika kita nak berubah ke arah yang lebih baik , apa salahnya kann ?

aku tidaklah semulia Siti Khadijah , tidaklah setaqwa Aisyah , tidaklah setabah Fatimah , bukan pula sekaya Balqis , apalagi secantik Zulaikhah ,  aku hanyalah gadis ykhir zaman yang punyai impian untuk menjadi perempuan solehah . insya'allah :)

jadikah tahun baru ini adalah Hijrah yang ohsemm ! ingatlah juga kepada warga Gaza , Palestin yang so far far far away , sedang berusaha untuk terus hidup , menghadapi kesukaran , sama-sama doakan keselamatan , kesihatan , kesejahteraan mereka yea :)  moga apa yang korang azamkan pada tahun ini , tercapai . tahniah kepada calon-2 UPSR sekali lagi . korangs dah buat yang terbaikk :) jari penat breakdance di atas keyboard . see you on next entry . ingatt ! korang sedang diperhatikan :3 bye-bye . salam persahabatan dihulurkan . assalamualaikumm :)

Saturday 10 November 2012

thanks for the memories




tok3x assalamualaikumm semua !!
helo , milo , marshmallow . 
woot woot dah lama gila tak update kann , 
rasanya genap sebulan blog ni dah bersawang . 
anyway , blog ni dah bertukar wajahh . 
tak la ubah sangat , edit sikit-2 jea ><"
lagu blog okie ark ? nyanyian oleh kak Tasha Mansahar yang sweet omey uh :3


WO XIANG NIAN NI 

hangpa tahu dok maksudnya ? *loghatbercampur* 
jyeahh . try talking like chinese ><" aumm aumm .
oke . ini pun ambil dari novel jea . maksudnya dalam bahasa Melayu , 
Saya Rindukan Awak , atau english says I Miss You . 

haha . of courselah rindu . rindu at budak-budak TEENAGERS yang ting-tong uh . mwehehe :3
rindu nak merepek bagai dengan korang , rindu nak luahkan masalah pada korang . 
"rindu ... rindu serindu-rindunya ..." 
ehh , kumpulan SPOON masuk line sudahh ><"
rindu dengan suasana sekolah . 
rindu dengan kekecohan di kelas 2 KRK . 
rindu nak dengar cikgu bebel . 
rindu nak dengar amanat pengetua ?
*maaf itu tak termasuk dalam senarai :3 *

anyway bagi budak-budak sekolah rendah , korang baru start cuti kann ?
bagi kanak-kanak lelaki , masa cuti nilah akan adanya satu upacara untuk mendewasakan mereka . haha . iaitu upacara berKHATAN . ><" buat chill , buat cool , hadapi dengan tenang :)
bagi budak-budak UPSR pula , lagi 2 minggu baru keluar result kann ?
debaran makin terasa . insya'allah keputusan tu berbaloi mengikut usaha korang :)
bagi budak-budak sekolah menengah kecuali pelajar tingkatan 5 dan 6 , dah dapat cuti awal kann .
jyeahh ! freedom :3 
bagi budak PMR , masa ni lah nak cari kerja kann ? itu pun kalau rajin lahh .
budak SPM dan STPM dah berhadapan LEMBAGA masing-2 :3

OUR MEMORIES


ini gambar hari terakhir di sekolah . sesi autograf di kasut =.=''
kreatif ark ? -,-'' mohon jenama Everlast , Converse dan seumpamanya , sila buat corak sedemikian . 
lain daripada yang lainn . insya'allah pulangan yang lumayann . :3


ini kenangan masa sambutan Hari Raya di sekolahh . bila dah habis sesi persekolahan , baru nak tukar baju raya . ><" segan kott . masing-masing pakai baju sekolah , fza dengan trah je yang pakai baju raya -,-''


ini kenangan semasa sambut bufday budak bernama Noor Athirah Asyiqin .
habis minah uh kena dengan tepung :3




yang ni kenangan semasa DR SMS datang ke SMKS . wkwkw . macam ada chemistry je kann ><"
DR Syeikh Muszaphar Syukor ke Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang :3


yang ni kenangan tyme Sukan Tahunan Sekolah . masing-masing masuk kawad auw . ><" ton muka masing-masing lebih kurang je . haha .


ini golongan cerdik pandai ><" ada prob dengan homework yang susah nak buat , terus jumpa depa . depa can help you ;) insya'allah .


gambar curi . main snap je :3


ini suasana kelas 2KRK . budak lelaki kelas fza memang sikit . =.=''  
aku rindu kekecohan yang kita semua  buad ><" . ehh , semua ke ? 


mwehehe . alim sungguh depa kann . ><" *ayatbodek*
sorry la , imamnya tersorok at depan nun . 

act , banyak kenangan dengan korang . hope dapat jumpa korang next year dalam keadaan yang sihat , cukup anggota badan . harap dapat sekelas lagi dengan korang . :') insya'allah 3KRK tahun depan akan mempunyai 35 orang pelajar . aminn :) banyak kenangan dengan korang sebenarnya . musim cuti ni , aku akan rewind segala kenangan kita . kenangan form 2 , dahh . next entry , kenangan form 1 pulakk :3 


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, bimbinglah daku untuk bersahabat dengan orang-orang yang berbuat kebajikan. Jauhkan daku dari persahabatan dengan orang-orang yang berbuat kejelekan. Curahkan kepadaku rahmat-Mu sampai hari kiamat, dengan Ilahiyah-Mu wahai Tuhan semesta alam.


 insya'allah , our FRIENDSHIP till JANNAH

moga kejayaan milik kita semua :) 
SPM and STPM candicates , do your best , you re awesome .
UPSR and PMR candicates , spend your time with good things . 
see ya on next entry . bye-bye . assalamualaikum .
salam persahabatan sentiasa dihulurkan :)



Tuesday 9 October 2012

begitu tabahnya :')




Tok3x  assalamualaikum !!
Hello , milo , marshmallow !
Wassup korangs ? apa celopp ? :3

woot woot . kembali mengupdate .
hihi . sorry la , kalau terpaksa singgah ke sini ya :P 
okeyy . hari ni hari Rabu . 10 Oktober 2012 
hari kedua PMR dijalankan . 
dan hari kedua jugalah , fza berCUTI .  esok , kembali jelmakan diri di kawasan sekolah -,-''
confirm harok sekolah nanti . :3

FIRST STORY

okeyy . tadi , belek-2 surat khabar BERITA HARIAN .
ceq dapat tahu  seramai 481 , 424 calon PMR pada tahun niy . 
*sekolah aku ada berapa calon ek? -,- *



nampak tak gambar di atas ?
tak nampak maknanya BUTA ><" *gurau-2.maaf ya*
tahu tak situasi apakah di atas ? okeyy . QUIZ TIME . 
korang jawab ye , berdasarkan pilihan jawapan di bawah .

A . main soal jawab
B . isi borang kahwin 
C . PMR 
D .  ujibakat Vokal Bukan Sekadar Rupa 

kalau ikut pemikiran yang logik lagi kan benar , jawapannya adalah A kan ? hihi :3
actually , jawapan sebenar adalah C . yupss . situasi PMR .
pak cik yang pakai baju hijau itu bernama , Nordin Saat , berumur 50 tahun , mempunyai 5 orang anak , mahu membuktikan beliau mampu belajar dan lulus dalam peperiksaan itu . *sedangkan beliau sudah mengambil peperiksaan setaraf dengan PMR yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran (SRP)  kira-kira 35 tahun yang lalu .   

 moga setiap calon PMR boleh mengharungi PMR dalam keadaan tenang dan kejayaan cemerlang dimiliki oleh mereka semua . amin ~


SECOND STORY

okeyy . story kedua dan ketiga agak menyentuh perasaan sikitt . 
harap bila korang baca , korang bersyukur atas nikmat yang korang perolehi dan doakan kekuatan , keselamatan untuk diri mereka . =') 

begitu tabahnya . tajuk entry ini merujuk kepada adik Adam dan akak Fauziah . mereka terdiri berlainan latar belakang , keluarga . tapi yang penting , mereka punyai persamaan iaitu masing-2 sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan walaupun diri tak sesempurna insan lain :')

kita mulakan dengan cerita adik Adam dulu ya .





hihi . nampak takk ? comelnya dia kann ?
gebu jea . comel lotey yea . 
namanya Ahmad Adam Syukri . 

Dia dilahirkan secara vacuum pada 4 Mac 2012 sewaktu kelahiran , Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen . 9 Mac 2012 , SCAN MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan amat teruk . Adam perlu bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup dan mesin Suction KRN untuk menyedut air liur di dalam rongga hidung dan mulut , kerna Adam tidak pandai menelan air liur .Mata kanannya mengalami Injured dan telinga kanannya tidak dapat mendengar kerna ada kerosakan pada bahagian dalam telinganya . Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai KEMATIAN SARAF OTAK ='(

nak tahu , rupa Adam yang terkini ?



doktor mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan serta hidup seperti anak-2 normal lain adalah amat tipis =') 


begitu tabahnya ibu kepada Adam , Pn Noraisah (27) yang menjaga Adam di Sarikei , Sarawak . 
Adam mempunyai  hubungan naluri yang kuat dengan bapanya , Suherma (27) yang bekerja di Alor Setar . Adam akan tertidur  setelah mendengar suara bapanya itu .

*sambil menaip , air mata berjujuran . begitu ketara perbezaan wajah bayi tu . semoga dikau tetap tabah , adik .  begitu tabahnya hati seorang IBU , hanya kerna anak  *

kisah kak Fauziah 


kak Fauziah dan suaminya , Abil Fikri .

siapa sangka , bermula dengan serangan asma boleh menyebabkan kerosakan pada saraf otak . tapi itulah yang berlaku pada kak Fauziah .=') suaminya , abang Abil sanggup berhenti kerja sejurus sahaja mendapat tahu keadaan si isteri . 

gambar terkini :


nak tahu kisah lebih lanjut mengenai  pasangan yang sweet niy , boleh pergi ke  http://abil4fauziah.blogspot.com

seriously , fza rasa , sekarang ni susah nak cari lelaki mahupun suami seperti abang Abil niyy . sememangnya ADIWIRA TERHEBAT untuk kak Fauziah . 

ya Allah , ku bermohon padaMu , berikan lah kekuatan , kesabaran , ketetapan iman , sumber kewangan kepada adik Adam dan kak Fauziah . sesungguhnya , engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang . sembuhkanlah diri mereka , ya Allah . kuatkanlah semangat abang Abil , Pn Noraisah dan Suherma untuk menjaga mereka . ya Allah , perkenankanlah doaku ini . amin ya rabbal al amin .

 hmm . terima kasih kerna sudi mengaminkan doa tadi . 
sekurang-kurangnya , kita pun dapat tolong mereka , walaupun dengan sebuah doa . <3
bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada selama ini . =') 
belajar menghargai sebelum hilang ye . 

sekian sahaja untuk entry pada kali ini , 
see ya on next entry . bye-bye . assalamualaikum .
salam persahabatan dihulurkan 


Monday 8 October 2012

expression :3




Tok3x  assalamualaikum !!
Hello , milo , marshmallow !
Wassup korangs ? apa celopp ? :3

hey korangs . apa cerita korang untuk bulan Oktober niyy ?
harap bulan Oktober niyy , lebih banyak kenangan manis yang dapat kita perolehi :)
jyeahh ! update lagi . ><" hilangkan bosan ngadap facebook tuh ><"

Hari ini , pada tarikh 9 Oktober 2012 , semua pelajar berumur 15 tahun , yang masih bersekolah , 
akan pucat mukanya , jantungnya berdegup dengan kencang , otak mereka akan bergerak seakan enjin berkuasa tinggi hanya kerana PMR . itu sahaja daripada saya , Meah Propa , lintas langsung dari Edisi Kebaboomm ! 

haha . merepek sudahh . sorry-2 ><  



tapi , betul la kan ? esok bermulanya peperangan antara skuad PELAJAR bertempur dengan pihak musuhnya iaitu , LEMBAGA peperiksaan (PMR) . 
mengharapkan depa semua sudah bersiap sedia la yea . chaiyokk kayy !

disebabkan musim PMR lha , bebudak tingkatan 1 , 2 dan 4 akan berpesta :3 
diberikan cuti oleh pihak sekolah  . Yippe !



tapi kann , cuti macam tak cutii .  
awat ? cikgu bagi banyak HOMEWORK maa . sememanganya OHSEM . 
betulll , ceq tak tipu .
English dengan kerja 'Grammar'nya , Matematik dengan latihan pengiraannya , 
lagi kerja apa ek ? oh ya ! Geografi dan Kemahiran Hidup dengan kerja khususnya .
sakit hati , sakit tangan , semua gara-2 kerja kayu .  -,-"

okeyy . fza akan jumpa EX  kembali . jyeahh ! tepuk tangan :3
nak jumpa dia start 23 kott . excited dowhh
*siapa EX kau fza ? musykil niyy *
*nak jumpa at mana ? nak joinn*
*buat maksiat ea ? marah panda nanti*



haha . chillax lha weyy . fza nak jumpa EXAM lhaa . 
atotoii , cuak yea ><" .
jyeahh ! End Of Year Examination .
*tak payah bajet speaking la kann*
seriously , takut untuk exam akhir tahu niyy . 
awat ? sebab ini yang akan menentukan sama ada fza masih layak ataupun tidak untuk berada di kelas KRK . seriously , aku tak nak berpisah dengan korang :')
kena revise balik subjek-2 tingkatan 1 punya , ditambah pula dengan subjek tingkatan 2 . 
tambah perisa dengan menghadap buku latihan bertimbun bagaii . digaulkan secukup rasa . 
rasanya , otak aku insya'allah akan ting tong -,-

PMR dah start .  SPM akan datang dengan penuh bergaya . STPM pun sama , sedang ditatarias . :3  sekarang pun dah masuk bulan Oktober . ini bermakna , lagi 2 bulan sahaja , 2012 akan melabuh kan tirainya . alhamdulillah , sepanjang 10 bulan ni  juga lha , fza dapat mr panda , dapat banyak kenangan manis , kawan baru , sememangnya OHSEM . ><"  

and , by the way , ceq nak habaq niyy , 
ceq dalam proses membuat cerpen yang bertajuk
OPS       3S .
okeyy . sekarang ni , ce korang teka apa maksud di sebalik tajuk cerpen tersebut . mwehehe :3 siapa dapat teka jawapannya dengan betull , akan mendapat hadiah istimewa . ada brann ? hihi .

okeyy . jari penat menari tarian inang di atas keyboard . 
sekian sahaja entry pada kali ini .
see ya on next entry .
bye . assalamualaikum
salam persahabatan dihulurkan