Saturday 25 February 2012

kenangan kita ♥


assalamualaikum wahai umat ISLAM ;)
ceceh dia senyum lak . 
hello , milo , marshmallow dear ,
tibe-2 rindu sangat at blog buruk nie . 
ramai orang tanye ::
"tak update blog ke ?"

entry agak panjang . tiada paksaan . harap maklum . 
tak nak baca ? sila tekan pangkah kecil di belah kanan , atas tertera di skrin komputer/laptop anda . =)

so , jari dah berminat nak menaip kembali .
hehe . okayh2 . cukup intro tuh , fiza oii .
back to the story ,
sejak kebelakangan nie , busy sikett , 
almaklumlah student la katakan . homework WAJIB ada , kan ?
dengan latihan kawadnye . penat weyh . muka ? jangan cakapla .. berbelang-belang . haha . tak pe la , setahun sekali kann . demi SIJIL KOKO . nak aktif gak . ;)

oukayh ! stop the story . let's begin the story .
maaf . ter'speaking' pulak , harap dimaafkan . 
pada hari Sabtu , iaitu 25 Februari 2012 . SMK Senggarang telah mengadakan majlis khas untuk kekasih kita semua , umat ISLAM khususnya , siapakah ? sudah tentu NABI MUHAMMAD SAW .
dah pakat ngan member semua . tema , pink , purple , hijau dan merah . yups . ! warna-warni meyh . rainbow . ! memang best la . dimulakan dengan perarakan . gempak seyh . sempat berkawad yer ,

EN HASBULLAH HUSNI memulakan tazkirah . ustaz nie asyek kaitkan perempuan aje . tersentap taw . ustaz nie cakap jawa seyh >< .


nasyid paling gempak . Hazmeer ,  aku akui suara kau sedap tapi , kau tetap budak mereng bagi aku . haha . 
then , ada kuiz maulidurasul . hehe . guess what ? fiza pun jawab . pertama kali dalam sejarah , dulu punyer malas . tapi , budak2 nie kata " jawab jea . amek gula2 tuh" haha . nasib baik , betul jawapannya . then , bla~ bla ~ . pas tuh . balik . 

pada belah malam pula , fiza ngan family sambut bufday seorang budak kiut .

amekkaw ! budak kiut yang sudah berumur 4 tahun . ! dilahirkan pada 23/2 . epy bufday dak tecik . aku bagi cadbury jea . hehe . tak cukup bajet . 

pada hari ini pula , 26/3 2012 . ada majlis maulidurasul peringkat ADUN . ada EN Fuad Zakarshi . siapa beliau ? Beliau adalah Timbalan Menteri Pelajaran . semua pakat pakai shawl . Tirah , Fatty , Fiqah , Fatin , Oyien  , Zimah  , Maza dan Syahira . Memang sempoi la tadi , lagi tyme berarak . berselawat terabur . nasib baek ley cover . at gelanggang lak , terus cari air , tempat duduk . orang bagi tazkirah , sibuk main binggo ! Tah pape . budak2 sekolah rendah tengok jea . haha . awet muda taw . tyme Jamuan , g rumah maza . makan2 at situ . best la ! da abes makan , pergi merayap at taman permainan at depan tokong.
best sangat2 . lagi2 , time main buai . gempak seyh . kita berkawan sampai bila-bila kayy . happy moments with them .


sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
maaf , jika tak puas hati dengan entry ini .
terima kasih kerana sudi baca . 
see ya in next entry ,
bye-bye . salam persahabatan dihulurkan





Wednesday 22 February 2012

              ADA UNTUKMU

KRINGG !! Loceng SMK Parameswara berdering , menandakan telah habis waktu rehat. Fawwaz dan Aqhar selesai menjaga blok C manakala Qaireen dan Shadrina pula , sudah siap menyelesaikan hal-hal di koperasi sekolah . Dalam perjalanan pulang ke kelas , mereka bertembung. ‘’Az , petang ni , kau ada latihan olahraga ke ?’’ , tanya Ina . Fawwaz memandang Aqhar lalu menganggukan kepalanya. ‘’Kamu pula , apa rancangan pada petang ni ?’’ , tanya Fawwaz pula kepada Ina. ‘’Sebenarnya , aku dengan Reen nak buat ‘study group’ . Baru sahaja nak ajak kamu berdua ‘’ , kata Ina pula . ‘’Tak mengapa , latihan hanya sampai pukul 5 sahaja . Sempat la ‘’ , jawab Aqhar sambil mengenyitkan matanya. Itulah mereka 4 sahabat yang seperti adik beradik . Mereka kenal sejak kecil lagi . Mereka sebaya , satu kampung , satu kelas dan mempunyai banyak persamaan . Kini , umur mereka sudah mencecah 15 tahun dan merupakan calon PMR pada tahun ini .…………………………………………………………………………………………………………………………...
      Nokia 5300 yang berwarna biru berdering. Ina melihat telefon bimbitnya itu , dia mendapat sebuah pesanan ringkas oleh Shadrina.
“ Daripada :Shadrina
Awak umpama pelangi yang mewarnai hidup saya. Terima kasih sudi berkawan. Saya tunggu awak di pintu pagar utama sekolah ;) ‘’

Reen tersenyum melihat pesanan yang baru diterimanya itu. Dia hanya berpakaian serba sederhana sahaja , hanya memakai seluar track , t-shirt berlengan panjang berwarna ungu dan menyarung tudung bawal berwarna putih. Dia melihat dirinya di hadapan cermin , ‘’ Okay . Nampak kemas la ‘’ , monolog hatinya . Lantas dia menyalami ibunya dan pergi ke sekolah . Pn Maznah hanya tersenyum ceria melihat anak tunggalnya itu. Di sekolah pula , Aqhar , Fawwaz dan Shadrina sudah bersedia untuk memberi sebuah kejutan kepada Reen. Shadrina dimaklumkan bahawa latihan olahraga telah dibatalkan . Dengan sebab itu , mereka boleh membuat ulangkaji bersama-sama . Akhirnya , orang yang ditunggu-tunggu , muncul jua . Dari jauh , Reen sudah tersenyum melihat rakan-rakannya . ‘’ Nak belajar apa hari ni ? ‘’ , tanya Reen. “ Sebelum kita mula belajar , apa kata , Reen tutup mata dulu ‘’ , pinta Fawwaz . ‘’ Untuk apa ? ‘’ , tanya Reen , pelik . Belum habis Reen menghabiskan ayatnya , matanya telah ditutup oleh Ina. Fawwaz meletakkan sebuah selendang berwarna kebiru-biruan , dia amat faham bahawa warna biru adalah warna kegemaran Reen . Aqhar pula meletakkan sepapan coklat ‘Cadbury’ dan sebuah cengkerang laut . Ina melepaskan tangannya dan membiarkan  Reen melihat apa yang mereka bertiga telah sediakan khas untuknya . Reen sangat terkejut dan mukanya merona merah . Serentak Aqhar , Ina dan Fawwaz mengatakan ‘ Selamat hari ulang tahun , Nur Qaireen . Reen  melihat wajah mereka satu persatu , dan berterima kasih kepada mereka . ‘’ Ingatkan kamu semua tak ingat hari lahir Reen ‘’ , luah Reen . ‘’ Tiada maknanya la . Saja nak buat kejutan untuk awak . Cengkerang laut tu , dari saya tau . ‘Shawl’ , Az yang beri dan coklat tu , Har yang beri’’ , jawab Ina . Fawwaz dan Aqhar tersenyum . ‘’ Terima kasih ye . Tapi kan , Reen nak ‘study’ . Boleh tak ? ‘’ , kata Reen . ‘’Boleh ! Jom , ‘study’ ! ‘’ , kata Aqhar . Mereka pun memulakan sesi belajar secara berkumpulan . Pada petang itu , mereka mengulangkaji subjek Sains. 

          
……………………………………………………………………………………………………………..................
       Pada pagi itu , kelas 3 Ceria bingit dengan cerita kehadiran seorang pelajar baru. Fawwaz,Aqhar,Reen dan Ina hanya buat tidak peduli sahaja. Tiba-tiba , Reen dipanggil oleh guru kelasnya , Pn Farah . ‘’Reen , ini ada pelajar baru . Tunjukkan dia persekitaran sekolah ye , tunjukkan jalan ke kelas kita sekali. Maaflah , menyusahkan kamu. Izzam tiada , jadi , saya harapkan kamu la ye ‘’ , kata guru yang peramah itu . Reen memandang sekilas pelajar baru tersebut. ‘Lelaki rupanya ‘ , getus hati Reen . ‘Aduhai , kenapalah ayah aku tukarkan aku ke sekolah ini ? Dahlah buruk . Kolot pula tu ‘’ , omel Azmil . Pn Farah pun berlalu , katanya ada mesyuarat tergempar. Reen memberanikan dirinya untuk mengajak pelajar baru tersebut ke kelasnya . “ Assalamualaikum , saya Siti Qaireen . awak ? ‘’ , sapa Reen. ‘’ Azmil . Nama saya , Azmil . Mana kelas 3C ye ?’’ , jawab Azmil . Reen geram akan sikap pelajar tersebut . Baru sahaja masuk sekolah , dah tunjuk lagak . Reen pun berjalan pantas ke kelasnya , ingin menjauhkan diri dari pelajar tersebut . Azmil berjalan seperti biasa . Dia sudah menjangka bahawa dia tidak punyai ramai rakan di situ. Sesampai sahaja di kelas , Reen membuat pengumuman ala-ala ‘speaker’ sekolah . “ Wahai rakan-rakanku , ini dia pelajar baru , Azmil . Sekian , terima kasih ‘’ , ucap Reen . Azmil buat muka kosong sahaja . …………………………………………………………………………………………………………………………….
       ‘Latihan olahraga akan bermula pada pukul 4 petang ini . Kehadiran wajib’ . Itulah pengumuman yang pelajar-pelajar SMK Parameswara dengar sebentar tadi . Fawwaz pergi ke meja Azmil , ingin bertanya sama ada dia berminat untuk menyertainya ataupun tidak. ‘’ Mil , kau nak sertai olahraga tak ? ‘’ . Muka Azmil berkerut , terbantut niat dia , untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar perempuan. Dengan muka yang angkuh , dia menjawab , ‘’ Malas la . Kau masuk ke ? Harap-harap menang la ye . Haha’’ . ‘’Lain kali , kau jangan rapat dengan budak yang sombong tu . Budak bandar la katakana , mana setaraf dengan budak kampung macam kita ni ‘’ , kata Reen . Hati Azmil tersentap mendengar apa yang dikatakan oleh Reen itu. ‘’Sedarlah , setinggi mana darjat kau , sekuat manapun kau , kau tetap manusia biasa . Lemah ! Pasti perlukan pertolongan orang lain juga ‘’ , kata Aqhar pula . Mereka sepakat ingin mengubah perangai Azmil yang sombong itu . Semua pelajar 3C berpandangan sesame sendiri , mereka seperti menyaksikan sebuah drama di dalam televisyen. Kehadiran En Amin menyelamatkan keadaan daripada terus panas. En Amin terus memulakan sesi pembelajarannya. Azmil asyik menjeling Reen dan Aqhar , begitu juga sebaliknya. Fawwaz dan Ina hanya mendiamkan diri sahaja , mereka tahu , rakan-rakan mereka itu takkan mudah melenting.


…………………………………………………………………………………………………………………………
       Azmil dipanggil oleh guru kaunseling selepas habis waktu sekolah . ‘’Azmil , harap kamu bersabar ye atas apa yang akan saya ucapkan nanti’’ , kata En Izrul. Muka Azmil berubah , dia risau . “ Cakap la , cikgu . Apa yang berlaku ? ‘’ , soal Azmil . ‘’Sebenarnya , ibu bapa kamu meninggal dunia tadi.Mereka ada di hospital sekarang ni.Harap kamu bersabar ye , kuatkan semangat ‘’ , kata En Izrul . Azmil terus terduduk , air matanya mengalir , dia sudah menjadi anak yatim piatu . ‘’Cikgu , saya nak balik kelas sekarang ‘’ , kata Azmil lalu pulang ke kelas . Muka sugul Azmil mengundang persoalan di benak Reen , Aqhar , Fawwaz dan Ina mulai risau dengan keadaannya itu . Kebetulan pula , tinggal mereka sahaja di kelas . Yang lain , sudah pulang ke rumah masing-masing. Reen mulai mendekati Azmil dan bertanya keadaannya. Azmil memandang wajah Reen , dia tidak sangka Reen sanggup bertanya tentang dirinya sedangkan dia banyak menyakiti hati Reen . ‘’Parents aku . Dah meninggal ! Aku dah tiada sesiapa lagi . Aku nak tinggal dengan siapa ? Rumah datuk , nenek aku , semua jauh-jauh. Kamu semua , aku minta maaf sebab selama ini , aku banyak sakitkan hati kalian ‘’ , jawab Azmil panjang lebar . Mereka berempat tersentap dan mengucapkan takziah kepada Azmil . ‘’Tidak mengapa , aku ada . Kau boleh ‘stay’ di rumah aku . Mak dengan ayah aku akan faham situasi kau nie . Nak tak ? ‘’ , pelawa Aqhar sambil mengeyitkan matanya . ‘’Dia ni Cicakman . Tau tak kenapa ? Sebab dia suka tolong orang . Haha ‘’ , kata Ina . Mereka ketawa bersama . Terletus jua tawa Azmil , dia mengesat air matanya . ‘’Jangan risau , kami ada . Kami boleh jadi kawan kau . Mulai hari ini , kita kawan ‘’ , kata Reen pula . Azmil tersenyum dan bersyukur ke hadrat Ilahi dipertemukan dengan insan-insan seperti mereka . ‘Ibu , ayah , moga kamu berdua di tempat orang-orang yang beriman . Anakmu akan berubah dan cuba untuk jadi anak yang soleh walaupun kamu berdua tiada lagi di sisi . Kamu berdua tetap di hati ‘ , doa Azmil di dalam hatinya. Mereka berlima berazam bahawa mereka akan cuba sedaya upaya mendapat 8A dalam PMR kelak dan kekalkan persahabatan yang baru terjalin ini.

-1427 patah perkataan- (Izznur Firzanah bt Zullizaman 2 KRK)

Saturday 18 February 2012

cerpen


assalamualaikum semua . !
oukayh .
harap korungs sihat sejahtera .

actually ,
fiza ada buat satu cerpen khas untuk
PERTANDINGAN BULAN BAHASA

tapi , 
tak tahu la .. 
okay ke idak ?
nak baca ?


tiada paksaan


harap maklum ....







SORRY JIKA TIDAK MENARIK

DIALAH YANG KU CARI




Ditutupnya buku kecil itu selepas membacanya . Pada saat itu , hanya surah Yasi yang mampu disedekahkan buat arwah . Sudah sebulan dia pergi menghadap Ilahi . Aku masih lagi merasai kehadirannya di sisi . Air mawar dijirus lagi ke kuburnya itu .
‘’Lea …’’ , panggil Aqhar pada waktu itu . Sayu sahaja suaranya .
‘’Ye saya . Kenapa ini ?’’
‘’Aqhar sayang Lea sangat-sangat . Lea lah penduduk tetap di hati ini ‘’ , tanpa ku sedari , aku tertawa kecil . Jelas riak tidak senang di wajahnya .
‘’Fairuz Aqhar , saya pun sayang awak . Lebih 3 kali ganda ‘’ , sebuah kenyitan mata ku berikan kepadanya . Dia tersenyum senang , jelas lesung pipit dimilikinya itu .
Tetapi , kini hanya tinggal kenangan . Fairuz Aqhar , sang arjuna pertama yang memiliki hati ini telahpun dijemput Ilahi . Dia meninggal ketika dalam perjalanan ingin meraikan ulangtahun kami bersama . 5 Mei , tarikh kami mula berkenalan , mula bercinta dan si dia pergi .


‘’Far , kau sibuk ke ?’’ , tanyaku . Aku bercadang ingin mengajak Farihah , rakan karibku membeli-belah . Sejak arwah pergi , Farihahlah tempat aku meluahkan segala masalah dan cerita .
‘’Eh , kau Lea ! Tak lah . Kenapa ?’’
‘’Jom , pergi shopping ! ‘’
‘’OK . Saya suka , saya suka ‘’ , katanya lagak Mei Mei dalam kartun Upin Ipin yang popular itu . Kami tertawa bersama .
Kami telah mencapai kata putus , kami akan pergi ‘menjelajah’ The Mall . Aku yang memandu , Farihah di sebelah . Dia asyik berceritakan mengenai pencuri hatinya itu . Doaku di hati , agar mereka berbahagia hingga akhir nanti .
‘’Ya ALLAH !’’ , aku terkejut besar . Aku menekan brek kereta secara tiba-tiba , Rasanya aku seperti terlanggar seseorang . Pantas aku keluar dan mendapati seorang pemuda sudah terbaring . Lengannya telah mengeluarkan darah . Alamak ! Cuainya aku . Motor dia pun sudah rosak . Farihah menyarankan agar aku membawa pemuda tersebut ke klinik . Aku mengiyakan sahaja .
‘’Err , maafkan saya ‘’ , kataku . Aku memandang pemuda dihadapanku ini . Kacak juga , tetapi arwah Aqhar lagi kacak , desis hatiku ini . Aqhar , mengapa awak masih di kotak memori saya ?
‘’Saudari ? Tidak mengapa . Sedikit saha ni ‘’ , jawab si pemuda . Lamunanku terhenti . Aku mempelawanya untuk mendapatkan rawatan di klinik . Mulanya , agak keberatan , tetapi setelah dipujuk , dia ikutkan jua kataku ini . Motornya , dia sudah meminta seseorang yang menguruskannya .  Dia duduk di bahagian belakang , senyuman tidak lekang di bibirnya . ‘Takkan aku langgar , dia boleh jadi sewel kot ?’ , desis hatiku . Farihah ? Sibuk bermesej dengan kekasih hatinya itu .
Setelah selesai hal di klinik , aku menghantarnya pulang . Farihah sudah terlena . Penat , mungkin . Aku memberikan kad perniagaanku kepadanya . Sempat aku memberitahu bahawa segala kos kerosakan pada motornya , aku akan tanggung . Tergendala projek kami ingin menakluki The Mall . Minggu hadapan , insya’allah .




Nur Azalea . Nama itu kini menjadi siulan di bibirnya . Wajah gadis itu sudah tersemat di hatinya . Pertemuan mereka secara tidak sengaja , sudah berputar ligat di mindanya . Dialah pencuri hati ini . Sudahnya , dia melayang angannya dan senyum sendiri . Bahu Firzan dipukul kuat . Dia melihat Izrul tersenyum sinis kepadanya .
‘’Kau kenapa ? Pukul aku tetiba ? Ingat aku bantal ea ?’’ , Izrul tertawa mendengar rungutan rakannya itu . Gurau sikit pun tak boleh . Al maklumlah , angau la katakana . Dia sedar , sejak Firzan pulang tadi , mukanya agak berseri . Fikirannya diasak oleh pelbagai soalan . Motor ghaib , tangan berbalut dan dihantar pulang . Apakah semua ini ? Entah-entah … Dia perlu mencari jawapannya !
‘’Tadi siapa yang hantar kau ? Motor kau mana ? Tangan kau kenapa berbalut ? Asal kau senyum dari tadi ? ‘’ , bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh Izrul .
‘’Der ! Agak-agaklah . Kau jadi Inspektor tak bertauliah ni , kenapa ?’’
‘’Jawab je la ‘’
Dah habis sekolah pun , kena ambil Ujian Tidak Bertauliah pula , rungut Firzan . Pelik dengan perubahan sikap rakannya itu . Terpaksa jualah , Firzan menjawabnya .
‘’Tadi , bidadari yang hantar aku . Motor di bengkel . Tangan aku luka sebab accident tadi . Aku senyum sebab aku dah jatuh cinta ! Puas hati kau , Inspektor Izrul ? ‘’ , Izrul menjeling Firzan lalu meletus tawa mereka .
‘’By the way , siapakah gerangan bidadari kau itu ? Ceritalah , ce citer ‘’ , Izrul sudah menggerakkan tangannya ala Usop Wilcha . Hebat betul Izrul ni , menghayati watak .
‘’OK . Her name is Nur Azalea . Aku kenal dia pun sebab accident tadi . Dia langgar aku . Muka dia , senyuman dia . Paling best , dia bertudung tau . Itu part aku paling suka .
Izrul menganggukan kepalanya . Sungguh dia tidak sangka rakannya akan jatuh cinta . Ketika bergelar mahasiswa dulu , Firzanlah jejaka Malaya paling hangat . Mukanya ala Pan 
Asian yang membuatkan ramai gadis terpikat .


DI PEJABAT ,
Aku berasa semakin pelik . Pelik dengan diriku sendiri . Hampir setiap hari , aku termimpikan lelaki yang dilanggarnya itu . Tiada lagi wajah Aqhar . Jatuh cintakah aku ? Tidak ! Aku hanya risau . Ya , risau ! Risau kerana pemuda itu tidak menelefonnya . Bukan sebab aku rindukan dia ataupun jatuh cinta padanya tetapi aku ingin tebus kesalahan aku . Aku ingin membayar ganti rugi terhadap motornya yang rosak itu . Tiba-tiba , telefonku berdering . Bernyanyi minta diangkat . Aku melihat skrin telefonku itu , nombor sahaja ? Siapa yang telefon aku ni ? Buat selamba je la . Nanti , orang itu akan berhenti ganggu aku dengan sendirinya .

DI KLINIK IZZAN ,
Firzan mundar-mandir . Ulang – alik . Peluh membasahi mukanya itu . Izrul pelik dengan rakannya . Kena sampuk ke apa budak ni ? , teka hati Izrul . Firzan mengeluh . Mengapa di saat aku sudah punyai kekuatan untuk menelefonnya , dia begini . Cubaannya tidak berhasil . Mengapa dia tidak angkat panggilan aku ? Tak sudi ke ? Keluhan lagi keluar dari mulutnya .
‘’Kau kenapa ? Mengeluh je . Ceritakan pada aku ‘’ , tanya Izrul , cuba mengorek rahsia .
‘’Hmm , Lea . Tak jawab pun bila aku call . Tak sudi agaknya ‘’ , jawab Firzan , jujur .
‘’Astaghfirullah ! Angau betul kau ! Memang la . Dia bukan tahu number kau pun , sebab tu lah dia tak angkat . Dia tak layan number yang tidak dikenali kot ? ‘’
Firzan menganggukkan kepalanya . Betul jua kata Izrul ni . Mungkin aku perlu bermesej dulu , seraya dia menekan punat – punat di telefonnya itu . Menyusun kata ingin mengenali bidadarinya itu .

To : capital L .
Salam , sy Firzan . Org yang awak lggr hari tu . Ingt x ?
Setelah berpuas hati , dia menekan punat SEND . Kini , dia perlu menunggu balasan mesej dari Lea sahaja .  Balaslah , aku tunggu ni , doanya di hati .

Akhirnya , kami mencapai kata putus . Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya . Ini bukan date ! Ya , itu pasti ! Tetapi , aku pelik dengan diriku . Sepanjang aku bermesej dengannya , hatiku berbunga riang . Seperti aku bermesej dengan arwah Aqhar .  Tak ke pelik ?
Aku hanya berpakaian serba ringkas dengan t-shirt berlengan panjang dan berskirt putih labuh . Selendang yang berada di kepalaku ini , ku rapikan . Tidak mahu kelihatan comot di depannya . Aku lihat Firzan sedang menungguku di Secret Recipe . Aku yang menyuruhnya agar dia tunggu di situ . Firzan ikutkan sahaja keputusanku itu . Aku mulai duduk dihdapannya . Hatiku berdetak laju kala mata kami bertentangan . Hati , mengapa dengan kau ?
Firzan tersenyum riang kerana dapat berjumpa lagi dengan bidadarinya itu . Kini , dia dapat melihat Lea pada sisi yang lain . Ya ALLAH ! Alangkah indahnya ciptaanMu . Pada mulanya , mereka bincang mengenai perihal diri masing-masing . Lama-kelamaan , mereka menyentuh kisah silam . Firzan menahan sabar kerana kerap kali Lea berbicara mengenai Aqhar . Hatinya tidak keruan . Apatah lagi , melihat senyuman Lea di saat berkata tentang Aqhar .
‘’Siapa Aqhar ? ‘’ , tanya Firzan . Aku terdiam , tunduk melihat ke bawah . Tidak mahu air mataku kelihatan . Ketara sangatkah aku bicara mengenai Aqhar ? Firzan serba salah . Tidak senang duduk dibuatnya . Alamak ! Dia nangis ke ? Tulah , tanya lagi bukan-bukan . Bodohnya aku ! Firzan mengutuk dirinya . Dia risau melihat keadaan Lea sebegitu .
‘’Err , sorry . Tiada niat nak buat awak sedih . Jika tak nak jawab pun tak mengapa ‘’ . Aku tidak menjawab . Yang aku fikir , aku perlu pergi dari sini .
‘’Ini duit ganti ruginya . Jangan risau , bil makanan saya dah bayar . Saya minta diri dulu ‘’ . Ternyata Firzan lebih cekap dariku . Dia memegang tanganku erat .
‘’Lepaskan saya ! Arwah Aqhar pun tidak pernah pegang saya , tau tak ?!’’ , Firzan segera melepaskan genggamannya dan terpaksa merelakan gadis itu berlalu pergi . Arwah ? Mungkin Aqhar adalah kekasihnya . Oh , tidak ! Maafkan aku , Lea ! Aku tiada niat ingin membuat kau menangis mahupun sedih . Dalam diam , Firzan mengikuti Lea dari belakang . Dia ingin meluahkan rasa hatinya . Dia ingin sekali seka air matanya itu daripada mengalir .
Aku membawa diri ke Taman Permai . Ingin menenangkan diri . Pasti aku terlalu berbicara mengenai Aqhar sehinggakan dia bertanya . Aku tidak tahu mengapa , mengapa terlalu mudah aku berbicara mengenai semua perkara dengannya .  Aqhar , indahnya jika awak berada di sini . Menemani saya seperti biasa , tidak kira waktu . Sering membuat saya ketawa . Tiba-tiba , diriku disapa oleh seseorang . Kedengaran orang memberi salam dan aku menjawabnya . Tika aku melihat wajah pemberi salam , alangkah terkejutnya aku , Firzan !
‘’Awak buat apa di sini ?’’ , keras sahaja suaraku . Gadis ini masih memarahi aku , mungkin , kata hati Firzan .
‘’Maafkan saya ‘’ , dengan tenang , Firzan berkata .
‘’Maaf untuk apa ?’’ , soalku , dingin  .
‘’Buat awak kecil hati ‘’
‘’Please , jangan ganggu saya . Saya dah tebus kesalahan saya , kan ?’’
‘’Tidak ! Awak belum tebus sepenuhnya ‘’ , lancar Firzan berkata . Aku kaegt . Apa maksudnya ?
‘’Awak ! Telah curi hati saya , ceroboh mimpi saya . Siapa mahu bertanggungjawab ?’’
‘’Hah ? Apa maksud awak ? ‘’ . Firzan tersenyum . Suka melihat muka Lea merah sebegitu . Aku akan jadikan kau milikku , nekadnya .
‘’Saya dah jatuh hati pada awak . Jadi , saya ingin mencari jalan untuk ke hati awak ? ‘’ Firzan tersenyum kembali tetapi semakin melebar .
‘’Arwah Aqhar tetap di hati saya . Tiada sesiapan dapat menggantinya ‘’ , balasku . Terdengar Firzan mengeluh kecil . Kasihan pula aku melihatnya sebegitu .
‘’Bagi saya peluang . Saya bukan ingin mengganti arwah di hati awak tapi ingin minta sedikit ruang sedikit di hati awak . Itu sahaja . Saya berani jamin bahawa saya akan jatuh cinta pada saya ‘’ . Aku melihat wajahnya , cuba mencari keiklhasan dirinya . Ternyata dia ikhlas ingin menyayangi diriku . Aku mengangguk . Dia kembali senyum . Aduhai , Firzan ! Insya’allah , hati ini akan milikmu .



Sejak  dari peristiwa itu , hubungan kami semakin akrab . Firzan pula , tidak habis-habis dengan taktiknya . Dia memberi bunga , coklat mahupun teddy bear . Madah-madah cinta  tidak ketinggalan . Katanya , dia tidak kisah ingin berkorban untuk orang tersayang . Aku mengaku , aku semakin senang dengan kehadirannya .
‘’Lea , jika saya pukul awak . Awak buat apa ? ‘’
‘’Saya pukul awak balik ‘’
‘’Jika saya tumbuk awak ?’’
‘’Tumbuk awak balik’’
‘’Jika saya sayang awak ?’’
‘’sayang awak balik’’ . Pantas aku menekup mulutku . Firzan sudah tersenyum kemenangan . Main taktik kotor rupanya .
‘’Oh , yeah ! Dia dah mengaku . Malu-malu pulak dia . Pakai natural blusher yer , Lea ?’’ , tegur Firzan . Malu aku dibuatnya . Dia menyambung bicara .
‘’Nur Azalea bt Kamal . Saya , Amer Firzan akan menyayangi awak sepenuh hati saya . Saya akan sentiasa menggembirakan hati awak . Andai awak menangis , saya akan cuba jadi badut dan buat awak tertawa . Saya takkan kecekwakan Aqhar ‘’ . Terpempan aku dengan kata-katanya . Aku kembali menatap wajahnya . Jelas sinar keikhlasan dan kejujuran .
‘’Amer Firzan b Azmil . Saya amanahkan awak agar jaga hati saya ini dengan baik . Awak memang ‘doktor’ . Memulihkan kesunyian dalam hidup saya ‘’ . Dia tersenyum . Kini , aku yakin dialah yang ku perlukan . Kini , dua hati sudah bertaut dan segala cabaran akan dihadapi bersama . Di hati keduanya , berdoa agar jodohnya berkekalan .
Hari ini genap 3 tahun hubungan kami sebagai kekasih . Semalam genap 3 tahun 2 bulan , Aqhar pergi . Firzan turut menemaniku pergi ke kubur arwah semalam . Dia juga turut menyedekahkan sepotong Yasin untuk arwah . Ya ALLAH , terima kasih kerna mengurniakan seorang pengganti yang cukup baik . ALLAH mengambil seseorang dan memberikan yang lebih baik . Sungguh luas kuasa ALLAH . Terasa bahuku dipukul kuat . Aku tahu siapa tetapi aku tetap memasamkan muka .
‘’Amboi , sejak berpunya ni . Suka sangat merajuk yer , ‘’ tegur Farihah .
‘’Kau pun apa kurangnya . Sejak bergelar tunang orang , shopping dengan aku pun tak sudi ‘’ Tetapi keadaan itu tidak lama . Kami berpandangan lalu tertawa bersama . Rupa-rupanya , pencuri hati Farihah adalah Izrul , rakan baik Firzan sendiri . Sungguh aku tidak sangka .
‘’Dah ! Jangan ngada . Tutup mata ‘’ , pinta Farihah . Tanpa banyak soal , aku turutkan sahaja . Farihah meletakkan seekor patung beruang kecil di hadapan Lea . Farihah tahu Lea amat menggemari patung beruang . Aku membuka mata dan terjerit kecil . Lantas ku peluk erat rakanku ini . Ku ucapkan terima kasih .
‘’Mr F tak wish ke ? ‘’ , Farihah menggelarkan Firzan Mr F . F untuk Firzan dan Fruitheart .
‘’Tak . Kau lah orang pertama yang wish . Dia pun mesej aku pagi tadi sebab nak kejutkan aku solat subuh . Itu sahaja ‘’
‘’wah ! sweetnya . Jarang nak jumpa ni’’
‘’Hmm , tapi tak ingat bufday awek pun , tak guna jugak . hari ni pun ANNIV kitorang ‘’ . Farihah hanya mampu mendiamkan diri sahaja . Dia tahu akan rancangan Firzan sebenarnya . Sambil mendengar keluhan Lea , jari dia ligat menekan punat telefonnya untuk memberitahu tunangnya itu .
DI KLINIK IZZAN ,
Izrul sudah menerima mesej tunangnya itu . Dia semakin pelik dengan Firzan . Tenang sahaja mukanya . Budak ni memang nak kena !
‘’Firzan , kau lupa something ke ?’’
‘’Aku ingat lah . Hari ni , bufday capital L aku . Aku takkan lupa la . Jangan risau ‘’ , Firzan cuba meyakinkan Izrul . Izrul menggeleng . Capital L merujuk kepada Lea dan Lover .
‘’Memanglah . Tapi , tunang aku cakap , awek ko da tarik muka 14 ! ‘’ . Muka Firzan berkerut . Tarik muka 14 ?
‘’Tarik muka 14 maksudnya merajuk la ‘’ , jawab Izrul . Firzan tersenyum . Rakan aku pun tukang tilik juga , kau ada ?
‘’oke . Teng sebab beritahu aku . Kaulah kamus dan sahabat aku’’ . Izrul hanya menggelengkan kepala sahaja .
‘’Baik kau pergi sambut bufday dia . Aku boleh cover kau sekarang . Shift dah nak habis kan ?’’ . Firzan berlalu pergi selepas berjabat salam dengan Izrul .


Aku pergi ke Taman Permai , atas suruhan Firzan . Aku ikutkan sahaja , Dia ingat tarikh hari ni , mungkin . Yang anehnya , dia suruh aku memakai baju kurang berwarna putih pemberiannya dan datang ke tasik pada pukul 11.50 malam .
Setibanya di situ , aku keluar dan melihat tiada sesiapapun . Aku bersandar pada kereta Myviku . Jam tepat 12 malam , terdengar bunyi dentuman mercun . Pelbagai warna . Cantiknya ! Lalu , aku terdenagr suara orang menyanyi .
‘’Selamat ulang tahun , selamat ulang tahun , selamat ulang tahun Lea , selamat ulang tahun’’ .
Tanpa ku sedari air mataku mengalir . Kelihatan Farihah dan tunangnya serta Izrul memegang lilin menuju ke arahku . Ibuku memegang sedulang kek . Terharu aku dibuatnya . Tetapi , aku mendapati Firzan tiada . Terhiris sedikit hati ini . Hari ulangtahun ku dan ulangtahun kami bersama .
Aku memotong kek dan memberikannya kepada setiap daripada mereka . Pelbagai hadiah yang ku peroleh , tetapi aku hanya mampu kehadiran dia sahaja . Aku terdengar petikan gitar , aku cuba mengamati orang yang memegang gitar itu tetapi tidak jelas .
‘’Aku ingin memilikinya , aku ingin menjaga dia , aku ingin mencintainya , aku ingin hidup dengannya ‘’ .
Mendengar suara tersebut. Terungkailah  segala teka teki . Ternyata Firzan yang menyanyi . Dia mendekati aku dan menghulurkan sejambak bunag ros merah . Dia membisikkan kata maaf dan selama ulangtahun kepadaku . Romantik jua pakwe ku ini .
‘’Lea , pada kali ini adalah kali terakhir saya menyambut bufday awak sebagai pakwe ‘’
Seluruh keluargaku terkejut . Farihah dan Izrul mendiamkan diri sahaja . Hampir tercabut jantung aku . Mengapa , Firzan ? Aku ada buat salah ke ?
‘’Mengapa ? Awak nak tinggalkan saya ea ?’’ , ada getar di suaraku .
Muka Firzan kelihatan tenang sahaja . Itulah kelebihannya . Sentiasa berwajah tenang . Suasana hening seketika . Firzan melutut di depanku dan mengeluarkan sebuah kotak kecil .
‘’Kerna pada masa akan datang , saya akan menyambutnya sebagai suamai awak . Pada hari ini , hari ulang tahun awak , hari ulang tahun kita bersama , Nur Azalea bt Kamal , sudikah awak jadi suri hidup saya selamanya ?
‘’Tidak’’ , semua terkejut mendengar jawapanku . Termasuklah Firzan . Cuak juga mukanya . Hilang wajah tenangnya . Lalu , aku menyambung kata .
‘’Tidak mungkin saya menolak ‘’ . Aku melihat wajah Firzan , dia tersenyum ceria . Jelas lesung pipitnya , mengingatkan ku kepada arwah .  Aqhar , awak jangan risau . Firzan akan bersama saya . Selamanya , kata hatiku .  Ibu bapaku tersenyum melihat kami . Ibu ?
‘’Ibu , ibu bukan tak tahan ngantuk ke ?’’
‘’baru sedar la tuh . Ye la . Tadi MR F tiada kan ? kurang sikit penglihatan tu ‘’ , Pn Syaqila mengusik anaknya itu . Aku menahan malu . Manakala , mereka semua sudah tergelak .
‘’Jangan risau mak cik . Lepas ni , dia takkan ada masalah penglihatan lagi , kan Lea ? ‘’ , Firzan mengenyitkan mata padaku . Aku tesenyum  . Aqhar cinta pertamaku , Firzan , cinta terakhirku . Kini aku semakin yakin bahawa DIALAH YANG KU CARI <3



*sila komen . terima kasih kerna membaca . amat menghargainya .

Friday 3 February 2012

maulidur rasul !


assalamualaikum semua . !
apa habaq ? sihat na ~
almaklumlah .. budak lame ta online .. ~

oukayh . see the title ?
yeah ! pada hari ahad niyh iaitu 5 FEB 2012 / 12 RABIUL AWAL 1433 h .
apa kes ngan tarikh tuh ?
astaghfirullahalzim .
hari ulangtahun NABI MUHAMMAD S.A.W

dah  faham ? bagus na ~ untuk maulidur rasul tak lame lagi ,
fiza akan buat 1 entry khas ! meh sini , fiza nak kongsikan beberapa isi KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W . 



Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: 

1. anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak

2. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu

  3 .Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

4. "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
 

 
5 . Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
 
 6. sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. 
 
 7. awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku
 
 8. tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru
 
 9 . aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
 
 10 .Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain

sekian sahaja untuk entry pada kali ini . harap ia bermanfaat bagi kamu semua ! berbanggalah menjadi umat ISLAM ;)  terima kasih kerana sudi membaca , jumpa pada entry yang akan datang . hara maaf , jika tersalah ejaan , terkasar bahasa . bye-bye . assalamualaikum . selamat menyambut maulidur rasul . salam persahabatan dihulurkan