Thursday 31 May 2012

PERMULAAN .

Izznur Firzanah menaip ..
1 Jun 2012 ..



tok3x . Assalamualaikum semua .
hello , milo , marshmallow .
sihat ? alhamdulillah .
sakit ? berehat dan makan ubat kayy .

kayy . yezza . new entry . sekali lagi .
kenapa suka update banyak-2 ?
sebab bosan ngadap FACEBOOK la . ><"
nak melepaskan rindu dekat blog buruk nie pulak .
apa yang aku nak taip hari nie ? 
buat senaman mata , jeling sikit tajuk entry .
buat senaman minda pula , fikir aku nak kongsi apa hari ni ?


yeah ! PERMULAAN ! kenapa ?
hari nie kan 1 Jun . hari pertama dalam bulan JUN . tak gitu ?
nah ~ doa khas untuk kalian <3


“Allah Maha Besar, ya Allah tampakkan bulan tanggal satu itu kepada kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela, Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah” (HR. Tirmidzi 5/504 dan Ad-Dariimi 1/336)

amin , amin ya rabbal alamin . 



okay3x . sempena hari Jumaat ini , fiza nak kongsikan sesuatu .

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat . siapakah mereka agaknya ?

1. Para Nabi-Nabi
2. Para Ahli Jihad Fi Sabilillah
3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

kayy . sekian sahaja entry pada kali ini .
ringkas kan ? ><"

by the way , tadi aku ada update status pasal rempit . 
ramai yang terasa . maaf sesangat . serba salah dibuatnya .



maaf jika seringkali buat korang sakit hati dengan fiza . 
hmm . see ya in next entry . bye-bye . salam persahabatan dihulurkan .


Tuesday 29 May 2012

diakah yang kita cari ?

Izznur Firzanah menaip ...
30 Mei 2012




tok3x. Assalamualaikum . 
Hello , milo , marshmallow .
sihat ? alhamdulillah .
sakit ? g makan ubat . rehat secukupnya kayy .


yeah ! kita bersua kembali . hai awak ! ;) *main kenyit-kenyit mata pulak ?* haha . gurauan pada hari Rabu ni ;) oke . setelah penat jelajah dunia Youtube dan Facebook . Kini , jelajah dunia BLOG pula . hehe . oke . stop merapu , cik Firzanah oi . buat execise mata , baca balik tajuk entry ;) . dah ? kayy . sekarang buat exercise minda pulak , fikir  aku nak update apa pula hari ni ek ? ce teka ~ 


haha . oke-2 . sudah cukup sudah , meneka ! =P . sian korang BLUR kan , gara-2 teka teki aku tuh ? sebenarnya , fiza nak update pasal CIRI-CIRI SI DIA ADALAH JODOH KITA .
mesti korang kata AKU GATAL kan ? memang pun . asyik jadi mangsa gigitan Nyamuk je =P . ini kan perkongsian umum , tiada niat apa-apa pun . 

1. Bersahaja
Dia itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

amacam ? oke ark ? hehe .
aku harap oke la . perkongsian semata . aku cuma berkongsi .tak salah kan berkongsi apa yang kita tahu ?  kayy . nie je yang aku nak kongsikan pada hari ini . terima kasih sudi membaca , maaf jika entry tidak menarik . JANGAN PEGANG SI DIA SEBELUM AKAD NIKAH .

sekian sahaja untuk enty pada kali ini . see ya in next entry . bye-bye . salam persahabatan dihulurkan <3



notakaki::♥ Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi..

Saturday 26 May 2012

capital F .

Izznur Firzanah menaip ..
26 Mei 2012




tok3x . Assalamualaikum .
hello , milo , marshmallow . 
sihat ? alhamdulillah . 
sakit ? rehat secukupnya dan makan ubat . kayy ;)

kayy . new entry lagi . kenapa ? bosan melanda . hehe . tak pe kann . kayy . firstly , macam biasa buat exercise bagi mata . baca balik tajuk entry hari nie . pandai ! sayang dia lah . <3 entry pasal apa ? CAPITAL F . apakahh ? selalunye orang pakai capital-2 nie , sempena huruf pertama nama pakwe/makwe kann ? nama pakwe fiza bermula huruf F ea ? haha . kayy , fyne . memang pun . teka lah korang . =P . 





tapi ! bukan tuh fza na kongsikan la . identiti pakwe fiza masih rahsia . cukup setahun , baru digemparkan kayy . *tepuk tangan sikit =P* .


actually , F merujuk kepada Freedom . 

kenapa Freedom ? Freedom sebab telah bebas dan merdeka daripada menjadi jajahan pihak LEMBAGA PEPERIKSAAN . yeah ! untuk paper Science , fza target C . kenapa ? ta minat subjek tu . =P paper math ? insya'allah B . Kemahiran Hidup ? diorang cakap , fza dapat A . amin je la ~ Pend Islam ? dapat A . hehe . markah cukup-2 makan je . ==" Geo dan Sejarah ? redha je la . tak mahu harapkan apa-2 . BI dan BM ? target B . tak nak target tinggi-2 . nampak ? langsung , tak de harapan na dapat A . ><"


F juga merujuk kepada Friendship .

yeah ! Persahabatan . apa kena dengan persahabatan fiza ? a da masalah ke ? tak de . okayy je . ><  sebenarnya , rindu menebal nie . tadi at kelas , asyik nampak jelmaan dan terdengar suara dorang je . padahal dorang tiada dalam kelas . terbukti , kerinduan fza pada korang terserlah >< . fza rindu siapa ? wait ea .




kayy . nampak muka 5 gadis tuh ? yeah ! yang jelita lagi cun ><
mereka semua pergi Jambori Pengakap peringkat Antarabangsa . yang kena mengena dengan hari BELIA tuh . ==" . hari nie , hari kedua , tiada mereka . bosan . at kelas , terdengar suara dorang , nampak kelibat korang . makin rindu , tau tak ? dorang la terbaik . selalu ada di saat susah dan senang . gembira dan duka . saat aku perlukan nasihat , dorang sanggup jadi Kaunselor untuk aku . tika aku perlukan pertolongan , mereka datang membantu bagai Wonderpets . <3 korang . persahabatan kita . insya'allah , selamanya . 




nampak ? mereka pun tinggalkan fiza . pergi camping jugak . kalau 5 budak at atas ue PENGAKAP , yang dorang berdua nie PKBM . peringkat negeri jugak >< . dorang pergi seminggu . lama meyh . semua orang nak aku demam rindu ea ? sayang hangpa ketat-2 . 


F juga merujuk kepada Facebook . 


kenapa dengan Facebook fiza ? makin menggila . mentang-mentangla Pak Cik Mark Zuckerberg baru kahwin . dia suruh semua pakai timeline . fza jadi mangsa keadaan . semak tuh ><" . sabar je la . moga kau bahagia dengan rumah tangga kau tuh . 


F juga merujuk kepada Fantastic .


kenapa ? jap ea . 



gempak tak ? gempak kann . sila anggukan kepala anda . ;) fiza suka kad yang paling BAWAH sekali . ringkas tapi menarik . suke sangat . yang TENGAH-2 tuh , majlis khatam Al-Quran . makin canggih kad pada abad sekarang kan ? ><




hehe . pengantin .. siapa mereka ? yang lelaki tuh , Jamil namanya . merangkap sepupu aku . >< sudah jadi pasangan halal dan BAHAGIA tuh . moga kekal . <3


F juga merujuk kepada Funishment . 


apa tuh ? hehe . kan dah habis exam ? ia bermakna MUSIM CUTI BERMULA . jyeahh ! selamat bercuti kepada semua . budak-2 asrama pun dah kembali ke rumah masing-2 kan ? bagus . ! aku nak date ngan kawan baik aku , Fastura Aini . sayang kau . 4F . Fastura Firzanah Friends Forever . moga korang happy sepanjang cuti ini ;) take care kayy . 


sekian sahaja entry pada kali ini .
tengs sudi singgah , baca . maaf salah eja . see ya in next entry . bye-bye . salam persahabatan dihulurkan



Wednesday 23 May 2012

wajah mereka .

Izznur Firzanah menaip ..
23 Mei 2012

tok3x. assalamualaikum . 
hello , milo , marshmallow .
hehe . bosan ngadap facebook . bukak la blog kejap .

yezza . new entry . anda tidak dipaksa untuk membaca entry ini . 

kayy . dah baca tajuk entry kan ? entry pada kali ini mengisarkan artis-artis Malaysia .  iya ! Meletup , terkenal kesemuanya . *amacam ? Kaki Gossip kan ? =P* bukan pasal GOSIP yer ~ hanya mahu berkongsikan gambar artis-artis Malaysia ketika bergelar pelajar dulu . nak tengok tak ? 
*angguk , geleng , angguk *

tarik nafas , hembus . tarik nafas , tahan =P

1.....2.......3...........



Mael Lambung ! haha . Zizan time sekolah dulu . ohsemm . pakai rantai ><




cun jea . >< sekarang ? bergelar Dato' . kau ada ? ;)



ini dia .. isteri Yusry KRU . cun la dia . Lisa suriHati Yusry .

siapa nie ? Nasha Aziz la . pelakon superMAMA tuh . ><"



siapa ? Afiq Hakim . penyanyi lagu Bengang . poyo muka dia .


Intan Ladyana . comel ><


teka siapa ? Kamal Adli la >< . kacak . ! ><


ditawan dengan Kasanova >< . STACY yaw .


NUR KASIH ? eh-2 , salah la . Tiz Zaqyah . 




JUSTIN BIEBER . ><


dah puas ? tuh je yang fiza dapat cari ><" 

 
dia dah ada awek la . ><"

 

nampak ? sweet la dia . siap tukar relationship status . ><"

kayy . sudah cukup-cukup sudah , cukup sampai di sini sahaja . 
itu je yang fiza nak kongsikan . ><" hope , entry nie menarik bagi korang ==" . sekian sahaja entry pada kali ini , tengs sudi singgah dan baca . maaf jika salah ejaan . see ya in next entry . bye-bye . salam persahabatan dihulurkan ;)


Tuesday 22 May 2012

serba bahagia .





tok3x . assalamualaikum . 
hello , milo , marshmallow . 
apa khabar korungs ? sihat ?
alhamdulillah .
sakit ?
take a rest kayy n makan ubat .

hehe . rindu sangat-2 at blog nie . dah lama ta update . bersawang pulak blog nie ><" . amacam ? oke tak wajah baru blog nie ? baru dinaik taraf ? tekan sana , tekan sini , inilah hasilnya . ><

kayy . stop membanggakan blog sendiri . ><" . nampak tak tajuk tadi ? bukan sahaja nampak , malah membacanya sekali . tak gitu ? ;) . *fiza banyak merepek*

SERBA BAHAGIA 

kenapa ? salah ke , fiza bahagia ? tak la . sebenarnya , pada 15 Mei yang lepas , genaplah umur fiza yang ke - 15 tahun . tua kann ? tapi , ta de kedutan lagi di muka yer =P . okayy . 

1st wisher & gifter . 


nampak ? hehe . full name lagi . kawan yang umurnya tua setahun . tengs for the cadbury ><" . moga kau akan dapat kejayaan yang cemerlang dalam PMR .


2nd wisher .



gadis ayu nie , Anisah namanya . cun kann ? ;) tengs tau . ingat jugak bufday aku . ><" . dia punya bufday wish paling panjang dan membuat fiza terharu . tengs jadi kawan aku . ;) dia pun bagi kita cadbury . ><"


sebenarnya , ramai yang wish . tapi , mampu selitkan nama mereka sahaja . lau nak letak semua nama , tak cukup 1 entry nie ><"
dan seharusnya , fza dapat hadiah . kebanyakkannya , member bagi coklat . sweet la korang . <3






ini akak biskut ! sayang sama kamu la . tengs for the coki-2 . amat menghargainya . ;) 




hehe . tengs kepada semua pengucap bufday , pemberi hadiah n sama maksud dengannya . cukuplah korang ingat , itu pun dah buat fiza happy . tengs once again . 






btw , na gtau , saya dah ada pakwe sebenarnya . siapa ? bak kata Dato' Siti Nurhaliza , biarlah rahsia . hehe ><"
jika hubungan kitorang cukup setahun , baru fiza gtau kayy . dun worry . korang akan tahu juga nanti . <3
doakan lah hubungan kitorang serta exam fiza yang dah nak habis nie . ><"




sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
tengs sudi singgah n baca .
maaf jika salah ejaan , buat korang sakit hati yer . 
see ya in next entry . bye-2 . salam persahabatan dihulurkan .



Sunday 6 May 2012

kuatkah aku ?





tok3x . assalamualaikum .
hello , milo , marshmallow .
sihat ? alhamdulillah.
sakit ? take a rest kayy ;)

fuhh . rindu sangat at blog buruk nie . amacam hari korung selama nie ? apa celopp ;) . pejam , celik , pejam , celik dah masuk bulan Mei kan ? fiza sangat , dalam bulan nie dapat banyak kenangan manis . tapi .... *tunjuk muka sedih *



tengok tajuk entry sekejap  ?
yups . KUATKAH AKU ? .
kalau tengok dari segi fizikal , memang tak kuat . fiza mana ada otot yang berketul macam korung . ><"  hehe .POPEYE kuat sebab makan bayam , PEPAYA kuat sebab makan betik . korung kuat sebab makan apa ? O.o




IZZNUR FIRZANAH  . Izz - kekuatan . Nur - cahaya . Firzanah - bijak & cantik . maksud nama fiza , KUAT . untuk pengetahuan umum , sejak kebelakangan nie , fiza dapat banyak dugaan . bertimpa-timpa . 


fiza bergaduh dengan seorang mamat nie . hubungan masih tak baik lagi . puncanya ? fiza la . fiza terKUTUK dia . al-maklumlah , tyme marah . semua perkataan keluar . ==" . sekarang nie ? masih nak berbaik dengan dia . *maafkan aku la . *



then , JUMAAT lepas . pada 8.45 malam . pada tarikh 4 Mei 2012 . telah perginya seorang umat Nabi Muhammad s.a. berjumpa ALLAH . Dia menghidap penyakit Barah paruII yang akan mengambil UPSR tahun ini . perginya seorang insan bernama MUHD EIRWAN FIKRY B MUHD ARIFF .  bufday kita same kan ? Dia lahir pada 15 Mei 2000 . fza pulakk 15 Mei 1998 , tapi sayang . Dia pergi sebelum aku . ALLAH lebih sayangkan dia . Moga dia bahagia di atas sana . Al-fatihah . =')

okayy . hentikan kisah sedih ue . nie dugaan baru yang akan fiza hadapi . apa diaa ? PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN la . *please buat muka terkejut tahap kucing manja =P
 yups . fiza a.k.a pejuang peperiksaan akan bertempur dengan bala KERTAS PEPERIKSAAN yang tegap semuanya . ==":
hangpa pun sama ? high-5 sikett . all the best kayy ;) 



(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


"ketika ALLAH rindu pada hambanya,,, ALLAH akan mengirimkan sebuah hadiah yang istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian =)
fiza adalah orang yang bertuah kerna diuji olehNYA . anda pun begitu . =) semoga bulan Mei , fiza akan dapat banyak kenangan manis lagi . anda pun begitu ;)

sekian sahaja untuk entry pada kali ini . 
terima kasih kerna sudi membaca . =) amat menghargainya . 
see ya in next entry .
salam persahabatan dihulurkan.



notakaki:perhimpuan BERSIH mengundang BALA .