Never Forget It

AMARAN ! ENTRY INI PANJANG DAN BANYAK GAMBAR 




Assalamualaikum semua ! Holla ! Fiza kembali dengan entry panas lagikan sensasi . oke , stop merepek -.-' so , today is 26th December right ? Bermaksud tinggal lagi 5 hari nak naik sekolah . Yeahhh ! -____-'' Dah ready nak dapatkan homework terbaru ? ._. abaikan semua tu . keep on with your holiday mood okeyy :* 

Cakap pasal holiday , eh salah , taip pasal holiday ni , korang cuti kat mana je ? Rumah ?! Yes , ada geng ;) aku pun duk umah ja . Almaklumlah , ayah susah nak dapat cuti . Mama pula sibuk menanda kertas SPM , tapi semalam aku pergi tempat menarik dan pernah mencetuskan fenomena :P * gempak kan ayat aku * Villa Nabila ? bukan ehh . tak best p situ 

nama : syasya scolero nama famous : awek LEGOLAND tagline ; macam cuomel ja , macam cuantekk ja 

betul kan aku taip tadi ? menarik + fenomena . tapi aku tak nak citer pasal dia , aku nak cerita nama famous dia tu , ya , awek LEGOLAND . buat sekian lama kepingin mau ke situ *suara sinetron* , dapat juga la jejakkan kaki ke situ . konvoi 3 keluarga , 2 buah keluarga dari Kota dan dari Parit Raja . Tapi orang Pt Raja sampai dulu , sebab dorang gerak awal . gerak dari Kota Tinggi pukul 11 lebih kurang . ya saya orang Kota sekarang ni :P ayah sempat call member , tanya jalan nak ke sana , but , at last , guna ilmu orang Jawa juga . siapa ?


 itulah 'orang Jawa' nya . pelik kan ? ayah panggil dia , Wak Wes , kan macam nama Jawa >.< hihik . gelak je bila ayah panggil nama dia macam tu . rasa la juga traffic jam at JB -.-'' tak lama tu , sampai juga tempatnya . Alhamdulillah dipermudahkan ;') 1 jam je dari Kota Tinggi . tapi dugaan datang , gerimis sambut ketibaan kitorang . rasa sentap juga la , sebab kalau hujan nak main semua permainan susah kan ? :( tapi , matahari datang kembali dan halau hujan tu >.<' nasib baik , pheww , Allah permudahkan urusan kitorang .


parking dekat Hotel Legoland . tak tidur hotel pun ._. tapi seriously , hotel dia awesome ! :* masuk je entrance , korang dah boleh main cantum-cantum lego ;)


masuk je pintu masuk , terus berpecah . Jalan ikut suka k . photos session . setiap gambar ada kisahnya . korang pikir sendiri kisahnya k :P
1st place visited : MiniLand

2nd place visited : Land Of Adventure
kat sini ada 4 aktiviti , yang gambar bawah ni Beetle Bounce . yang ni aku naik >.< even khas untuk budak kecik sebenarnya :3
Pharaoh's Revenge , tempat budak budak main .
Dino Island tempat yang boleh basah lencunkan baju korang , Lost Kingdom Adventure main tembak tembak ala bs , dan 2 game nilah aku tak sempat main -.-'' ergh ! then , kami pergi tengok wayang . yes . walaupun lama menunggu -.-'' cerita apa ? Legend Of Chima . Biasanya 3D kan ? dekat LL ada 4D . kalau kena air , korang disirami air , sedang terbang , korang rasa angin kuat :3

3rd place visited : Lego Kingdoms .
ada 6 aktiviti . tapi family aku join 4 aktiviti apa je . aktiviti yang tak sangka 1 keluarga join adalah The Dragon :* havoc habis ahh family aku :3 wakaka . memang ohsem roller coaster ni , naik ahh ;) Castle Stage sesuai amik gambar je -.- Royal Joust budak kecik naik kuda keliling taman kecik :P The Forestmen Hideout , nama gempak tapi just playground :3
tunggu giliran , abang guard tu terkejut :p
tinggi gila kan litar dia ? :v

4th place visited ; Lego Technic
ada 5 aktiviti tapi join 3 ja , yang lagi 2 tu setakat cantum2 lego je >.< 
Project X , roller coaster ala pacuan 4 roda . yang ni okeyy . naik benda ni , adik aku asyik cakap 'syasya suka orang berani , macam cuantek ja , macam cuomel ja ' . asyik gelak ja ><'
Aquazone Wave Racers , tempat lencunkan diri :3 korang kena berdiri naik benda tu dan pegang streng sekuat mungkin sebab korang akan berputar dengan laju dan akan kena laser air :v then , naik Technic Twister kononnya nak keringkan baju yang sedia basah -.- tapi , dapat ; PENING AHHHH ' 


and last place visited Lego City , ada 8 aktiviti kesemuanya , semua aktiviti sesuai untuk semua ahli keluarga ;3  naik kereta api nak balik Negeri Sembilan :P beratur memang lama ah , jangan ditanya -.- naik cramp kaki aku dibuatnya . Legoland Express , bawa korang jalan jalan seluruh theme park tu kot :v Lego City Stage , ada persembahan . aku tengok persembahan NinjaGo :* handsome abang ninja woo :P


then , singgah kedai cenderahati , mama je yang beli . masuk hotel balik sebab nak pergi tempat kereta kan / ;v ada kedai cenderahati gak dalam hotel , minta ayah duit , dapat beli >< itu pun beli key chain ja 


cuba teka berapa harga dia -.- RM20.95 sen tauk ! yang dalam hotel lagi murah daripada dalam Legoland tu sendiri -.-


ehh , naga Maharaja Lawak Mega la :P dari pukul 12 sampai 6 petang lebih dalam tu , itupun tak semua permainan main lagi . kalau nak bawa makanan , bawa je , dorang tak check ;v hihik . air makanan mahal dik oii  . beli air milo and nescafe , RM10.50 . turun roller coaster , lapar . beli makanan . combo meal RM20 , kid meal RM15 . ada pilihan hidangan nak yang mana , disediakan dengan fries , air . penat main , beli air oren dan air mineral RM8 . bawa duit lebih ya ! -.-''

so , that's all from me , thanks sudi baca entry yang panjang ni ><' share la pengalaman bercuti korang dengan fiza k ;) SELAMAT MENEMPUHI TAHUN BARU , 2014 :) keyboard off , assalamualaikum . salam persahabatan dihulurkan 


Simple GiveAway Izzati Amira




Simple Giveaway by Izzati Amira !!
Tamat : 22 Januari 2014
Klik Banner Untuk Join! Sekarang !! Hadiah menarik untuk para gadis di luar sana sedang menanti!

Okay ! seriously , 1st time join GA ni ><" anyway , jom join ramai-ramai . kita meriahkan suasana ;)

Pemberian Allah

*please stop with that cute face ><"*

Assalamualaikum and haii ! Yeah . This is me , Fiza . so , tarikh hari ini . 19hb Disember 2013 . tarikh penting tau sebenarnya . apa mende yang penting ? KEPUTUSAN PMR 2013 ! dan aku sebahagian daripada agenda terhebat ni . yes . the last batch of PMR . sebabnya , next year dah jadi legasi PBSMR . panjang gila nama . kalau SPM jadi PBSM eh ? :v gurau k gurau :3


  • Keputusan PMR 2013: 19 Disember 2013 ( Rasmi )
  • Keputusan PMR 2012: 19 Disember 2012
  • Keputusan PMR 2011: 22 Disember 2011
  • Keputusan PMR 2010: 23 Disember 2010


itu tarikh keramat bagi ahli saham PMR . dan seramai 462, 940 pelajar tingkatan 3 yang mengambil PMR . yang tak ambil tu maybe dibuang sekolah atau dipindahkan ke kelas pendidikan khas atau kes yang khas lagikan terhad ye :P 




itu mukadimah cerita . panjang tu dikira pembuka bicara k :3 ini baru cerita sebenar . cerita panas lagi ini -.-'' yes . aku punya cerita . as everyone know that if want to take the PMR result , must go to school . *hancur english aku* . dan aku sebagai pelajar SMK Senggarang , mestilah kena pergi SMK Senggarang untuk ambil keputusan . Takkan nak pergi SMK Seri Menggatal pulak kan ? orang lain sampai sekolah awal , aku g sekolah pukul 10 yang nak ke 11 pagi . kira awal kan ? :v terserempak dengan staf awam sekolah *skema ayat kau* , dia tegur 


eh muka cam takut je

Haha . aku tayang sengih je la . tengok dalam dewan , ramai manusia duduk dengan berpakaian sekolah , wait ! aku nak duduk mana ? ._. tengok 1st line , member harok semua , nasib dorang sediakan kerusi kosong . thanks yang :* salam bersalaman and dorang tegur 


sejuknya tangan kau !
 dan sekali lagi , tayang sengih free . then , mulalah 2 3 patah kata daripada cikgu kaunseling serta GPK 1 . dan acara bertepuk tangan pun bermula taktala cikgu GPK 1 beritahu prestasi cemerlang sekolah . dan , acara kemuncak pengumuman nama pelajar yang dapat semua A . satu satu nama dipetik and finally , nama aku dipetik gak . Terkejut bukan kepalang , sebab tak target . aku target 6A je . sebab tak confident dengan jawapan PMR hari tu ._. Sains dengan soalan mandul dia tu -,- Pendidikan Agama Islam dengan soalan yang aku tak target keluar . tapi Alhamdulillah , Allah beri rezeki dekat aku . 

firstly , thanks to Him . Allah bagi izin supaya aku dapat result macam gini . secondly , thanks kepada parents . sebab dorang yang selalu doakan , bagi sokongan , bagi duit belanja , berhabis duit beli yuran sekolah , barang sekolah , beli buku rujukan , buku latihan . thirdly , thanks to teachers :* get ready . aku nak mention semua nama cikgu aku ni . erk tak semua la :3

Ustazah Nurihan , Cikgu Syidah , Cikgu Junaidah , Cikgu Hizamri , Cikgu Rashid , Cikgu Normirani , Cikgu Yusri , Cikgu Norzihana , Cikgu Yasin , Cikgu Ramlan , Cikgu Jumuah , Cikgu Firdaus yang ajar aku pada tahun ini . walaupun aku ni kadang kadang berbual masa dorang ngajar , tak siapkan kerja rumah dorang , dorang tetap maintain cool ^^y fourthly , thanks to classmates , friends , seniors , juniors . atas sokongan korang , ilmu korang kongsikan , jadi cikgu kaunseling aku . thanks :* aku hargai sangat2 . siapa yang pernah kena peluk dengan aku masa nangis tu double thanks . kesian korang kena air mata aku yang gedik tu ^^,,



so , that's the result . on the way nak amik result , duk dalam kereta , boleh nyanyi lagi . kononnya tak takut ah , confident . Kasih jangan jangan jangan kau pergi :P padahal kecutnya aku sorang je tau -.-' and the happiest news is ...... sekolah aku ada 17 orang straight A's . *eh bukan tadi speaking ke ? :v* 15 perempuan 2 lelaki . 8 orang 9A manakala 9 orang 8A . hebak ah ! kedua-dua lelaki tersebut 9A . amik Arab okeyy :3

*mana satu aku ? cari sendiri :3*

cikgu kata sekolah aku dapat anugerah kategori luar bandar bla bla . entah tak dengar . aku sibuk berbual time tu . hihik . and , actually , sasaran 34 pelajar semua A . 17 dapat , 17 lagi nearmiss . iya kot . 

Kaa : Izzaty , Syamimi , Anisah , Nabila , Adila , Mai , Aiman , Danial .
Krk : Atiqah , Amiratul , Hanisah , Mazarina , Me :P
dan Tasha serta 3 orang cina yang lain :3 
congrats to all of you :* tahniah juga kepada member aku yang semua gempak belaka , terutama sekali yang nearmiss tu . ramai nearmiss BI kan ? chill . SPM ado . cakap pasal SPM , aku risau dengan aliran yang aku nak amik tahun depan -.-'' huhh . moga dipermudahkanlah :'D anyway , for 3KRK yang ada 34 penghuni , thanks atas kenangan selama 3 tahun ni , dari mula orientas sampai pasca PMR . bising bising , gelak gelak , denda denda , raya raya dengan korang , takkan aku lupa :D sayang kat korang :* 



itu ustazah kesayang yang comel molek tu :* anyway , gambar ni tak cukup sorang . Imran takde --'' nanti aku cerita pasal hangpa lak . semua gambar dahulu kala aku letak nanti :3 anyway , moga persahabatan kita kekal , hingga ke JANNAH ! dan All The Best untuk menjadi pelajar senior atasan XD dah jadi form 4 tahun depan . Sains Tulen la Akaun la Sastera la Seni la k :v dah besar dah bebudak ni :'/ 

for once again , congratulations to  30, 988  all over the Malaysia ;) proud to be batch '98 . Tambahan pula , jumlah calon semua A meningkat sebanyak 0.41 peratus dari tahun lepas dan 17 mata pelajaran akademik bertambah baik dengan peningkatan sebanyak 0.04 mata gred purata nasional (GPN) iaitu daripada 2.71 mata pada tahun lalu kepada 2.67 mata untuk tahun ini

Tahniah dan terus maju jaya demi masa depan :* *acahpembacaberita* that's all from me now . akan kembali update , bila ada cerita :P terus singgah blog pinky gila ni k . Hihik . Assalamualaikum . Salam persahabatan dihulurkan 

However , okay dak blog ni ? jadi PINK ? jauh terpesong dari warna kegemaran aku ni , BIRU . takpe . ada masa , jadi warna biru balik :3 and , blog ini dipenuhi dengan lelaki kacak tuhh :O tak fanatik , cuma minat . beza tau :P


Pemain Hati



Pemandangan tasik yang indah membuatkan aku menangguhkan dulu niatku . Aku menuju ke arah kerusi yang terletak di tepi tasik . Kenapalah hati aku tak mampu jadi setenang ini ? Bila bersendirian begini , aku tidak dapat mengawal diriku daripada mengingati seseorang . Seseorang yang sentiasa dirindui . Seseorang yang pernah singgah di hati ini . 

      Alisya , bagaimana keadaan kau sekarang ? Hati aku terasa perit bila teringat hubungan kita berakhir begini . Perlukah aku lalui semua ini dan yang penting , kenapa aku ? Air mataku menitis apabila terpikirkan aku telah dilukai oleh orang yang ku sangkakan jodohku yang paling tepat , suatu ketika dahulu .

"Ehem . Hello . Sorry sikitlah . Aku sedikit pun tak ngadap ngan laki macam kau ni . Ariq , our relationship is over . Itu pun tak faham ke ? " , kata Alisya , dengan penuh angkuh . Langsung tidak difikiran hati yang sedang digurisnya itu . Ariq Ziyyad hanya mematu sahaja , tanpa disedari , air matanya mengalir . Mulai detik itu , dia sudah langsung tidak percayakan CINTA . 



Argh !! Dah pukul 8.30 ? Masak ah aku hari ini . Dikuatkan lariannya , cuba mengelak orang ramai yang semakin berasak dan kenyit mata pada yang comel sahaja . Eh ? 

Sedang dia mengenyitkan mata pada gadis seberang jalan , dan langsung tidak menumpukan perhatian pada pandangan hadapannya , langsung sahaja gadis yang membawa sekotak kek dilanggarnya . Selamat kotak kek dilanyak dengan punggung besinya itu . Si gadis dengan muka masam mencuka campur asam jeruk manakala si lelaki dengan mulut ternganga ibarat mahu beradu tenaga dengan badak air merangkap sahabat badak sumbu . 

'Kek aku ! Aduhai ! Mesti customer marah nanti . Dahla lambat hantar , tapi sekarang terus tak jadi hantar !' , makin masam wajah gadis itu . Perasaan serba salah menusuk-nusuk Ariq tika itu . Segalanya berlaku dengan pantas ! Bukan silap aku ! 

"Er , awak okey ? ", tanya Ariq , gugup . 
"Okey mende ? Habis kek tu . Habis la customer uh marah aku nanti " , gumam gadis di hadapannya itu . Tapi itu langsung tidak didengari Ariq . Buat pertama kalinya , dia betul betul terkesima dengan seorang gadis . Wajah mulus , hidung mancung , kulit tidak cerah namun tidak jua gelap , tapi satu je kurang , gadis ini tidak berhijab . 

"Hei ! Dengar tak ? " , jerkah gadis itu . Terkejut Ariq dibuatnya . Erk , dia perasan tak , aku saiko tadi . Harap harap tak lah . Ariq hanya mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun dia langsung tak tahu apa yang dikatakan gadis itu . Gadis itu terus sahaja menarik beg bimbit yang dipegang oleh Ariq . Ariq terkejut lalu melepaskan beg tersebut . Buat kali keduanya , gadis itu tersungkur lagi . 

"Eh , sorry . Saya tak sengaja . Terkejut tadi . Kenapa tarik ?" . Gadis tersebut memasamkan mukanya dan mengeluh . ' Sah ! Dia tak dengar aku bebel tadi ' . 

" Kan aku kata aku nak bawa kau pergi jumpa bos aku tadi . Nak settle kan benda ni . Takkan aku nak tarik tangan kau pula , kau bukan suami aku" . Jawapan senang diucapkan . Senyuman menghiasi bibir Ariq . Diambilnya beg tersebut dan memegang erat , seperti faham apa yang difikirkan , gadis tersebut kembali memegang beg tadi dan berharap cepatlah sampai Licious XOXO , tempat dia bekerja .

Entah berapa kali Emir berulang alik di depan pejabat Ariq pun dia tak tahu , yang pasti , dia semakin musykil dengan rakan karibnya itu . Datang lambat , satu hal . Kena marah dengan bos tapi masih boleh tergelak , itu ibarat ber'double triple' hal . Dia tidak mahu kehilangan rakan karibnya dalam keadaan memilukan , ya , terpaksa dimasukkan ke hospital pesakit mental . 

"Bro , kau okay ?" , seraya menghenyakkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Ariq . Senang nak 'slow talk' katanya . Ariq tersenyum cuma , dalam fikiran dia adalah insiden tadi . Dia merengus perlahan sebelum menepuk dahinya . Kenapalah tak terfikir tadi ? Emir menarik tangan Ariq , sentap . 

"Kau pahal ni bro ? Buang tebiat ? Nak mampus ?" , sempat dia selitkan sebahagian dialog dalam Seniman Bujang Lapok dengan penuh sinis. Ariq tersengih lagi . THE DAY OF SENGIH .

"You got to tell me the truth , dude "
"Or what ?" 



Aduhai perutnya mulai buat hal . Hisy , masa ni lah kau nak keluar kan ?! Terus sahaja dia pergi ke bilik air yang hanya selang beberapa pintu dari pejabatnya . Daun pintu tandas ditolak dengan kasar . Mujur saja lampu memang sedia terpasang . Jika tidak ,jadi satu kerja untuk dia meraba raba dalam gelap .

Dalam waktu dia leka melayani perutnya , dia terdengar bunyi tapak kaki . Dia tidak memberikan perhatian . Perkara biasa . Sesiapa sahaja boleh keluar masuk ikut suka hati . Bukannya kena bayar pun . Dia mengomel dalam hati .Setelah memastikan tandas sudah dipam , dia terdengan suara mendayu . Eh bukan , suara esakan yang perlahan tapi mendayu . Buat seketika , dia tergamam . Kakinya kaku . Mulutnya terkunci . Dengan tidak semena lampu yang terang benderang tadi mati . Gelap . Sunyi . Takut . Laju sahaja dia berlari keluar dan ...

"Hisy ! Kau lagi . Bila aku jatuh je , mesti kau puncanya" , omel gadis itu . Ya ! Gadis yang sama . Ariq masih macam tadi . Diam . Hayfa mengaru kepalanya yang tidak gatal . Almaklumlah rambut bebas tanpa kutu la katakan . 

" Kau kenapa mat ? Macam baru nampak hantu je ?" . Ramah pula Hayfa ni bertanya . Ariq tetap diam . Bukan baru nampak , hampir nampak . Huh . Serba salah Hayfa dibuatnya . Iyala , dari tadi Ariq diam sahaja . Aku ada salah cakap ke ? Hayfa mengeluh hampa . Ting ! Mentol idea dah menyala . 

"Dah masuk waktu lunch kan ? Jom ! Aku belanja kau makan " , ajak Hayfa seraya mengenyit mata . Ariq tidak tahu mengapa tapi dia menurut ajakan Hayfa .

Dan dari situlah dia mula mengenali hati budi gadis yang masih tidak ketahui nama tersebut . Eh salah , dia ada nama . Hayfa Ariana . 



"Hayfa , saya nak tanya satu soalan boleh ? " , Ariq menyusun kata . Dia takut soalan yang akan dilemparkan nanti , mengguris hati gadis tersebut . Sejujurnya , dia tak mahu itu berlaku . Hayfa mengangguk sambil jarinya laju bermain Subway Surf . 

"Kenapa awak tak pakai tudung ? Err . Maaf saya bertanya " . Mati pergerakan Hayfa . Selama ini kawannya tidak pernah bertanya pula . Mengapa si Ariq ni tanya ? Faham reaksi itu , bertalu talu ucapan maaf Ariq nyatakan . Hayfa hanya tersenyum kosong . Eh ada ke senyum kosong ? 

18 April , dewasanya , tuanya , matangnya , childishnya , genapnya 22 tahun si Hayfa Ariana ni . Tapi satu ucapan hari lahir pun dia tak dapat . Hayfa hanya mampu jadi optimis tapi bila Ariq sendiri tak wish , dia hampa . Semua orang tak ingat birthday aku ! Huh . Kan best kalau mak , ayah masih ada . Mesti dorang takkan lupa , mesti dorang belanja makan , mesti dorang bagi hadiah . Makin berapi omelannya . Tapi bila bab pelanggan datang , senyuman ala duta ubat gigi mesti ditampilkan . Kang customer lari pula . 

Ariq hanya memerhati dari jauh . Melihat muka masam mencuka campur jeruk itu , dia hampir tergelak . Dia memegang erat akan bungkusan yang dipegangnya itu . Harap sangat si Hayfa tu suka . Sebab biasanya perempuan ni cerewet kan . Tapi dalam cerewet tu , dorang menghargai . Eh iya ke ? Terus sahaja dia ke kaunter , untuk memesan minum petang kegemarannya itu . 

"Dik , abang nak kek Blackforest tu and hot chocolate k ? Dan kek choc mousse tu dan hot chocolate lagi 1 k ?" . Hayfa mengangguk . Baru sahaja dia mahu beredar , pelanggan tadi panggil dia kembali . 

"Tapi kan dik , hot chocolate tu satu banyak coklat , satu lagi kurang susu ya ? " . Eh , dia ni . Cerewet betul ! Tapi kurang susu tu sama macam aku . Tika dia berpaling untuk melihat gerangan pelanggan tersebut , kaunter itu kosong . Hm , dah pergi duduk kot .

Hayfa menatang dulang yang sarat dengan pesanan itu berhati hati . First time , dia kena buat kerja ni . Selalu amik order dan hantar kek ke tempat lain . Hisy , manalah si Nita ni . Kan ini kerja kau .

"Encik , ni pesananyya . Enjoy it " , senyuman tak lekang di bibirnya . Ariq hanya menongkat dagu untuk melihat seraut wajah mulus itu sepenuh hati . Dan buat sekali lagi , Hayfa ditahan . 

"Hey adik manis , mari duduk sini . Abang sorang saja" , ucapnya dengan penuh nada BanglaaaaaDESH ! Hayfa menekup mulut , menahan gelak . Tang suara memang dah lawak , tambah pula dengan muka penuh perasaan , meledak tawa Hayfa . Ariq ikut tertawa . 



Ariq hanya mampu termenung dua tiga empat lima menjak ini . Hayfa sudah hilangkan dirinya . Puas Ariq usha Nita kat kaunter hanya untuk bertanyakan mengenai Hayfa . Tapi habuk pun takda . Yang dia dapat , hanya nombor Nita yang dia sendiri tak tahu apa fungsinya bagi dia . Adakah ia berlaku kerana hadiah pemberiannya ? Adakah dia pun sama macam Alisya ? Adakah dia hanya mahu mempergunakan aku ? Hm . Apalah nasib , diriku yang malang , Ohhh Tuhan . 

Emir kasihan melihat Ariq sebegitu . Ini keadaan yang sama , berulang , sebijik , persis dengan keadaan Ariq 3 tahun lepas . Apa kes ? Kes dimainkan la . Oleh siapa ? Alisya chiki chiki boom. Eh ?! Emir ingin sekali menolong tapi dia tidak tahu apa yang boleh dia tolong . Naik berbuih mulutnya bagi nasihat . Betulla orang kata , orang yang susah nak dengar nasihat ialah orang sedang angau , orang yang susah nak terima nasihat ialah orang frsut tertonggeng superman whillie .

Kg Aman .

Hayfa melihat skrin telefon bimbitnya . Ya . Gambar Ariq . Itupun gambar curi . Pita memori bersama Ariq kini mula bermain di mindanya . 

" Hey ! Kenapa hala handphone tu ke saya hah ? " 
" Aku ngah main game ah . Game kereta . Ni baru feel , dude" , Hayfa tersenyum . Taktik tipu dia menjadi . Buktinya ? Ariq menyambung kembali bermain puzzle di depannya itu .Tapi tak lama , taktik itu sudah pun kantoi . Macam mana boleh kantoi ? Bunyi kamera handphonenya itu berbunyi . Hayfa hanya menutup muka taktala Ariq membuat muka garang . Muka itu membawa maksud 'and you gonna hear me ROAARRR !'

Hm . Ariq , sihatkah kau ? Maaf . Aku buat begini pun ada sebabnya . Dan hasilnya untuk kesenangan semua . Thanks to you , Ariq . Dia tersenyum tapi air matanya menitis .



Ariq sudah bosan menunggu . Nak sahaja ditelannya Emir itu hidup hidup . Baru rare kan ? Huh . Emir pula hanya menunjukkan muka tak bersalah . Khusyuk betul dengan majalah yang dibacanya itu . Gambar kereta je pun . 

Sebenarnya , Emir bukan membaca pun . Dia tidak mahu bertentang mata amarah Ariq . Macam tak biasa kena je kalau Ariq mengamuk . Adik ni pun satu , tak reti reti nak sampai ke ? Mesti kes lambat bangun ni . Hisyy . 

Dari jauh penglihatan Ariq dapat menangkap seorang gadis berlitup . Ayu sahaja pergerakannya . Pakaiannya pula tidak keterlaluan . Mungkin ini kot adik Emir . Pantas sahaja dia menepuk bahu Emir seraya muncungkan bibirnya ke arah gadis tersebut . Emir senyum selebar yang mungkin . Dia melambai dan lambaiannya dibalas oleh gadis tersebut . Semakin gadis itu menghampiri , semakin tidak senang si Ariq dibuatnya . Eh , aku ni kenapa ?! Ariq membelakangkan Emir , dia tidak mahu mengacau pertemuan Emir dengan adiknya . Tetapi , taktala gadis itu bersuara , dia terkejut . Suara dia macam . Er , mungkinkah dia ? Takkanlah . Hayfa kan freehair . Hisy , kenapalah aku masih teringatkan dia ? 

"Riq , ni la adik aku . Hayfa Ariana " , jelas Emir sambil tersenyum . Tak sia sia rancangannya selama ini . Ariq terlopong , Hayfa hanya tersenyum . Dia sudah jangka yang Ariq tidak akan mengenali dirinya . Sejak dia 'hilangkan diri' itu , dia berjumpa dengan abang kandungnya . Dan abangnya pula banyak bercerita mengenai orang frust . Gelaran untuk Ariq . Pada masa itulah , nalurinya kuat berkata , bahawa dia dan Ariq memang ada jodoh . Walau ke mana pun mereka pergi , kalau dah jodoh , mesti bersua kembali . 

" Wait ! Kau tak cakap pun Hayfa ni adik kau ?" . Emir tersenyum sumbing lalu menjelaskan hal yang sebenar . 

" Memangla . Aku nak bercerita macam mana kalau kau asyik monyok je , tak de feel lah" . Ariq hanya menampilkan muka bodoh yang tak seberapa bodohnya itu . Hayfa ketawa kecil . Tidak pernah dia nampak Ariq sebegitu . 

"Actually , aku ada adik perempuan . Tapi aku tak pernah jumpa dia . Parents aku meninggal sebab langgar lari dan kitorang dijaga oleh nenek . Disebabkan kos sara yang meningkat , nenek aku serahkan aku ke rumah anak yatim . Tapi , nenek aku masih jaga adik aku . Sampai besar , aku tinggal kat rumah anak yatim tu . Bila aku balik kg , nak tengok adik dan nenek aku , orang kg kata nenek aku dah meninggal dan adik aku dah kerja kat JB . Aku jumpa dia pun sebab dia datang ofis kita , hantar kek . Niat aku nak usya jadikan awek , rupanya adik aku sendiri" . Ariq mengangguk tanda faham . 

"Tapi kan , kenapa kau terkejut sangat bila dia ni adik aku ? " , dari tadi itulah persoalan dalam minda Emir . Aku tak layak ke jadi abang dia ? Ariq pula senyum sumbing . 

"Mana taknya , inilah awek yang selalu aku gila gilakan tu" , selamba sahaja Ariq menjawab . Pipi Hayfa merona merah . Emir mengangguk tanda faham . Lalu dia tinggalkan mereka berdua dan hanya memerhati dari jauh .

"See , awak memang nampak lebih cantik kalau berhijab tau ? Betul kan saya cakap dulu punya dulu tu ? " , Ariq mula bersuara . Hayfa mengangguk , mengakui hakikat itu . 

" Terima kasih kepada awak sebab sedarkan saya . Awaklah orang yang selalu nasihatkan saya mengenai agama selain arwah nenek saya . Dan saya jadi semakin sedar bila awak kenalkan video Mr Bie pada saya . Paling sentap bagi saya , bila dia parody kan lagu Sandiwara Cinta . Saya harap awak boleh bimbing saya untuk sampai ke Jannah " . 

"Awak tau tak awak dah mainkan hati saya ?" , ringkas ayat Ariq tapi beri kesan mendalam kepada Hayfa . Kenapa pula dia cakap macam tu ? Hilang senyuman dibibirnya . Lalu , Ariq menyambung kata . 

" Awak mainkan hati saya macam drum tau tak ? Bila awak hilang , drum asyik berbunyi tau ! Bunyi drum yang mendebarkan . Risau saya dibuatnya . Tapi , itu dulu lah . Sekarang dah ada petikan gitar , alunan piano , yang mendayu lembut . Makin lembut taktala senyuman awak makin melebar , berhijab " , dia menyeluk poketnya dan memegang sebentuk cincin . Dia beri kepada Hayfa tanpa sebarang kata . Keputusan bergantung kepada Hayfa sekarang . Muka Hayfa berkerut tapi hatinya tersenyum , laju saja dia memasukkan cincin ke jarinya . Ariq melompat gembira . Hayfa tertawa dan Emir menepuk tangan . Dah macam teater kanak kanak daaa . Emir yakin adiknya akan menjaga Ariq sebaik mungkin , tidak akan mengecewakan hati lelaki rakannya itu . Dan dia pasti Ariq akan menjadi pembimbing yang baik untuk Hayfa , dan Emir yakin perkahwinan berempat yang diidamkan ketika remaja akan jadi nyata . Emir with Nita , Ariq with Hayfa ! Cantik ahhh !





Sandiwara Cinta - Mr Bie 
Aku rayu pada yang Maha Adil
Aku rayu padamu Ya Ilahi 
Kau bukalah hatinya untuk menutup 
amanahmu , aurat harga dirinya 
Alasan yang seringkali ku dengar
 Alasannya seringkali dia ucap , 
Seru Allah belum sampai padaku 
Sandiwara apa yang telah engkau lakukan ke Tuhanmu 
tutuplah aurat , auratmu berharga 
biar terjaga , aurat tak terdedah 
Bila anti taat pada Ilahi 
Allah redha , syaitan sakit hati 
andai ini jalan yang engkau mahu 
andai ini jalan yang engkau inginkan 
ku doakan semoga nanti kamu 
akan berubahhhhh 
sebelum berjumpaaa 
Maha Satu ....

sekian lama :P



tok3x . assalamualaikum holla semua ! fiza's here :P see ? sekian lama menghilang . almaklumlah , pmr candidate lah katakan . puihh :P jijik ayat . haha . tapi betulla . entry kali terakhir pada bulan 5 , tapi entry bulan 4 . sekarang bulan 7  dah . tapi nak update cerita lama . boleh la kan ? blog aku :P

anyway , amacam lagu blog yang baru ? ceria je bunyikan ? biasalah . crush aku nyanyikan . siapa ? aku cerita kang tak percaya , diam diam je lah :3 *ayatgebang* macam belajar baca huruf pun iye lagu niy . tapi lirik dia sweet bhai . A B C D E F G H I love you :* kelip mata sikit . cair tak ? ;) 



stop mukadimah melalut kau sayangs . terus kepada isi :3 oke . seperti yang korang tahu *ehh tahu ke ? O.o* bahawa 2 Julai yang lepas telah diadakan pertandingan bicara berirama peringkat daerah . dan guess what ? Smk Senggarang join lah . and of course , conductor lagi comel molek kebabommm *nah besen , muntah cepat !* iaitu Izznur Firzanah . haha gorgeous kau :P dalam pukul 7.15 lebih , dah gerak . ehem ehem , dapat free chocolate :3 naik bas , macam biasa , check anak2 tiri cukup ke tak , baru boleh gerak . driver bas tuh ohsem . naik bas macam naik roller coaster . semua bonggol dilanggarnya , dah la aku duk belakang . mantul kau -..-''



sampai sane , daftar , macam biasa , utamakan anak tiri dulu .then duduk ramai ramai , giliran no ke 4 . duduk di antara SMK Permata Jaya dan SMA Parit Raja . senyuman dorang comel ^^ kalah kakton :P
nervous ? lumrah . tapi chill . dah buat terbaik and the result is takde tempat . anyway , congrats k SMK Permata Jaya , johan ^^  . walau apapun , saya berbangga kerana dapat mewakili sekolah ^^ 



cerita hari ini adalah Sukan Tahunan SMK Senggarang . saya , Jemah , wartawan bagi rancangan Kebabom kauu :P melaporkan bla bla bla . tamat :3 oke oke . jangan buat muka . seriously , macam tak tahu nak update apa pasal sukan ni . almaklumlah jadi usahawanita *ade ae perkataan tu?* seharian . cewahh . setengah hari je kot . so ape ape yang berlaku di padang , macam angan begitu sahaja :P actually , nama gerai Superb Stall tapi tak dinyatakan -.-" lokasi ? tak strategik langsung , tapi nasib baik pandai goda pelanggan :O haha . jual apa ? aiskrim , mihun sambal telur puyuh , nasi goreng ayam , bubble rice dan vanilla float :3 dan , jiran niaga di hadapan kami sangat ohsem orangnya ^^ .tak tahu nak update apa lagi . tengok je la gambar :P 


muka muka orang memekak tadi :P

pertandingan bagi kawad beruniform dimenangi oleh Kor Kadet Polis , diikuti Persatuan Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah . maskot terbaik dimenangi oleh pasukan Waja (kuning) iaitu Spongebob Squarepants :* anyway , pasukan rumah Hijau dapat no 4 . oke la uh ^^ . johan keseluruhan pasukan Ungu , Persona . anyway , wish me luck for gerak gempur tomorrow . muah muah :* hee thanks for reading . very appreciate that . till then , good bye and assalamualaikum :D

saya teringin nak tengok Despicable Me II . childish ? eh . comel ape :3