Pemain Hati



Pemandangan tasik yang indah membuatkan aku menangguhkan dulu niatku . Aku menuju ke arah kerusi yang terletak di tepi tasik . Kenapalah hati aku tak mampu jadi setenang ini ? Bila bersendirian begini , aku tidak dapat mengawal diriku daripada mengingati seseorang . Seseorang yang sentiasa dirindui . Seseorang yang pernah singgah di hati ini . 

      Alisya , bagaimana keadaan kau sekarang ? Hati aku terasa perit bila teringat hubungan kita berakhir begini . Perlukah aku lalui semua ini dan yang penting , kenapa aku ? Air mataku menitis apabila terpikirkan aku telah dilukai oleh orang yang ku sangkakan jodohku yang paling tepat , suatu ketika dahulu .

"Ehem . Hello . Sorry sikitlah . Aku sedikit pun tak ngadap ngan laki macam kau ni . Ariq , our relationship is over . Itu pun tak faham ke ? " , kata Alisya , dengan penuh angkuh . Langsung tidak difikiran hati yang sedang digurisnya itu . Ariq Ziyyad hanya mematu sahaja , tanpa disedari , air matanya mengalir . Mulai detik itu , dia sudah langsung tidak percayakan CINTA . 



Argh !! Dah pukul 8.30 ? Masak ah aku hari ini . Dikuatkan lariannya , cuba mengelak orang ramai yang semakin berasak dan kenyit mata pada yang comel sahaja . Eh ? 

Sedang dia mengenyitkan mata pada gadis seberang jalan , dan langsung tidak menumpukan perhatian pada pandangan hadapannya , langsung sahaja gadis yang membawa sekotak kek dilanggarnya . Selamat kotak kek dilanyak dengan punggung besinya itu . Si gadis dengan muka masam mencuka campur asam jeruk manakala si lelaki dengan mulut ternganga ibarat mahu beradu tenaga dengan badak air merangkap sahabat badak sumbu . 

'Kek aku ! Aduhai ! Mesti customer marah nanti . Dahla lambat hantar , tapi sekarang terus tak jadi hantar !' , makin masam wajah gadis itu . Perasaan serba salah menusuk-nusuk Ariq tika itu . Segalanya berlaku dengan pantas ! Bukan silap aku ! 

"Er , awak okey ? ", tanya Ariq , gugup . 
"Okey mende ? Habis kek tu . Habis la customer uh marah aku nanti " , gumam gadis di hadapannya itu . Tapi itu langsung tidak didengari Ariq . Buat pertama kalinya , dia betul betul terkesima dengan seorang gadis . Wajah mulus , hidung mancung , kulit tidak cerah namun tidak jua gelap , tapi satu je kurang , gadis ini tidak berhijab . 

"Hei ! Dengar tak ? " , jerkah gadis itu . Terkejut Ariq dibuatnya . Erk , dia perasan tak , aku saiko tadi . Harap harap tak lah . Ariq hanya mengangguk-anggukkan kepalanya walaupun dia langsung tak tahu apa yang dikatakan gadis itu . Gadis itu terus sahaja menarik beg bimbit yang dipegang oleh Ariq . Ariq terkejut lalu melepaskan beg tersebut . Buat kali keduanya , gadis itu tersungkur lagi . 

"Eh , sorry . Saya tak sengaja . Terkejut tadi . Kenapa tarik ?" . Gadis tersebut memasamkan mukanya dan mengeluh . ' Sah ! Dia tak dengar aku bebel tadi ' . 

" Kan aku kata aku nak bawa kau pergi jumpa bos aku tadi . Nak settle kan benda ni . Takkan aku nak tarik tangan kau pula , kau bukan suami aku" . Jawapan senang diucapkan . Senyuman menghiasi bibir Ariq . Diambilnya beg tersebut dan memegang erat , seperti faham apa yang difikirkan , gadis tersebut kembali memegang beg tadi dan berharap cepatlah sampai Licious XOXO , tempat dia bekerja .

Entah berapa kali Emir berulang alik di depan pejabat Ariq pun dia tak tahu , yang pasti , dia semakin musykil dengan rakan karibnya itu . Datang lambat , satu hal . Kena marah dengan bos tapi masih boleh tergelak , itu ibarat ber'double triple' hal . Dia tidak mahu kehilangan rakan karibnya dalam keadaan memilukan , ya , terpaksa dimasukkan ke hospital pesakit mental . 

"Bro , kau okay ?" , seraya menghenyakkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Ariq . Senang nak 'slow talk' katanya . Ariq tersenyum cuma , dalam fikiran dia adalah insiden tadi . Dia merengus perlahan sebelum menepuk dahinya . Kenapalah tak terfikir tadi ? Emir menarik tangan Ariq , sentap . 

"Kau pahal ni bro ? Buang tebiat ? Nak mampus ?" , sempat dia selitkan sebahagian dialog dalam Seniman Bujang Lapok dengan penuh sinis. Ariq tersengih lagi . THE DAY OF SENGIH .

"You got to tell me the truth , dude "
"Or what ?" 



Aduhai perutnya mulai buat hal . Hisy , masa ni lah kau nak keluar kan ?! Terus sahaja dia pergi ke bilik air yang hanya selang beberapa pintu dari pejabatnya . Daun pintu tandas ditolak dengan kasar . Mujur saja lampu memang sedia terpasang . Jika tidak ,jadi satu kerja untuk dia meraba raba dalam gelap .

Dalam waktu dia leka melayani perutnya , dia terdengar bunyi tapak kaki . Dia tidak memberikan perhatian . Perkara biasa . Sesiapa sahaja boleh keluar masuk ikut suka hati . Bukannya kena bayar pun . Dia mengomel dalam hati .Setelah memastikan tandas sudah dipam , dia terdengan suara mendayu . Eh bukan , suara esakan yang perlahan tapi mendayu . Buat seketika , dia tergamam . Kakinya kaku . Mulutnya terkunci . Dengan tidak semena lampu yang terang benderang tadi mati . Gelap . Sunyi . Takut . Laju sahaja dia berlari keluar dan ...

"Hisy ! Kau lagi . Bila aku jatuh je , mesti kau puncanya" , omel gadis itu . Ya ! Gadis yang sama . Ariq masih macam tadi . Diam . Hayfa mengaru kepalanya yang tidak gatal . Almaklumlah rambut bebas tanpa kutu la katakan . 

" Kau kenapa mat ? Macam baru nampak hantu je ?" . Ramah pula Hayfa ni bertanya . Ariq tetap diam . Bukan baru nampak , hampir nampak . Huh . Serba salah Hayfa dibuatnya . Iyala , dari tadi Ariq diam sahaja . Aku ada salah cakap ke ? Hayfa mengeluh hampa . Ting ! Mentol idea dah menyala . 

"Dah masuk waktu lunch kan ? Jom ! Aku belanja kau makan " , ajak Hayfa seraya mengenyit mata . Ariq tidak tahu mengapa tapi dia menurut ajakan Hayfa .

Dan dari situlah dia mula mengenali hati budi gadis yang masih tidak ketahui nama tersebut . Eh salah , dia ada nama . Hayfa Ariana . 



"Hayfa , saya nak tanya satu soalan boleh ? " , Ariq menyusun kata . Dia takut soalan yang akan dilemparkan nanti , mengguris hati gadis tersebut . Sejujurnya , dia tak mahu itu berlaku . Hayfa mengangguk sambil jarinya laju bermain Subway Surf . 

"Kenapa awak tak pakai tudung ? Err . Maaf saya bertanya " . Mati pergerakan Hayfa . Selama ini kawannya tidak pernah bertanya pula . Mengapa si Ariq ni tanya ? Faham reaksi itu , bertalu talu ucapan maaf Ariq nyatakan . Hayfa hanya tersenyum kosong . Eh ada ke senyum kosong ? 

18 April , dewasanya , tuanya , matangnya , childishnya , genapnya 22 tahun si Hayfa Ariana ni . Tapi satu ucapan hari lahir pun dia tak dapat . Hayfa hanya mampu jadi optimis tapi bila Ariq sendiri tak wish , dia hampa . Semua orang tak ingat birthday aku ! Huh . Kan best kalau mak , ayah masih ada . Mesti dorang takkan lupa , mesti dorang belanja makan , mesti dorang bagi hadiah . Makin berapi omelannya . Tapi bila bab pelanggan datang , senyuman ala duta ubat gigi mesti ditampilkan . Kang customer lari pula . 

Ariq hanya memerhati dari jauh . Melihat muka masam mencuka campur jeruk itu , dia hampir tergelak . Dia memegang erat akan bungkusan yang dipegangnya itu . Harap sangat si Hayfa tu suka . Sebab biasanya perempuan ni cerewet kan . Tapi dalam cerewet tu , dorang menghargai . Eh iya ke ? Terus sahaja dia ke kaunter , untuk memesan minum petang kegemarannya itu . 

"Dik , abang nak kek Blackforest tu and hot chocolate k ? Dan kek choc mousse tu dan hot chocolate lagi 1 k ?" . Hayfa mengangguk . Baru sahaja dia mahu beredar , pelanggan tadi panggil dia kembali . 

"Tapi kan dik , hot chocolate tu satu banyak coklat , satu lagi kurang susu ya ? " . Eh , dia ni . Cerewet betul ! Tapi kurang susu tu sama macam aku . Tika dia berpaling untuk melihat gerangan pelanggan tersebut , kaunter itu kosong . Hm , dah pergi duduk kot .

Hayfa menatang dulang yang sarat dengan pesanan itu berhati hati . First time , dia kena buat kerja ni . Selalu amik order dan hantar kek ke tempat lain . Hisy , manalah si Nita ni . Kan ini kerja kau .

"Encik , ni pesananyya . Enjoy it " , senyuman tak lekang di bibirnya . Ariq hanya menongkat dagu untuk melihat seraut wajah mulus itu sepenuh hati . Dan buat sekali lagi , Hayfa ditahan . 

"Hey adik manis , mari duduk sini . Abang sorang saja" , ucapnya dengan penuh nada BanglaaaaaDESH ! Hayfa menekup mulut , menahan gelak . Tang suara memang dah lawak , tambah pula dengan muka penuh perasaan , meledak tawa Hayfa . Ariq ikut tertawa . 



Ariq hanya mampu termenung dua tiga empat lima menjak ini . Hayfa sudah hilangkan dirinya . Puas Ariq usha Nita kat kaunter hanya untuk bertanyakan mengenai Hayfa . Tapi habuk pun takda . Yang dia dapat , hanya nombor Nita yang dia sendiri tak tahu apa fungsinya bagi dia . Adakah ia berlaku kerana hadiah pemberiannya ? Adakah dia pun sama macam Alisya ? Adakah dia hanya mahu mempergunakan aku ? Hm . Apalah nasib , diriku yang malang , Ohhh Tuhan . 

Emir kasihan melihat Ariq sebegitu . Ini keadaan yang sama , berulang , sebijik , persis dengan keadaan Ariq 3 tahun lepas . Apa kes ? Kes dimainkan la . Oleh siapa ? Alisya chiki chiki boom. Eh ?! Emir ingin sekali menolong tapi dia tidak tahu apa yang boleh dia tolong . Naik berbuih mulutnya bagi nasihat . Betulla orang kata , orang yang susah nak dengar nasihat ialah orang sedang angau , orang yang susah nak terima nasihat ialah orang frsut tertonggeng superman whillie .

Kg Aman .

Hayfa melihat skrin telefon bimbitnya . Ya . Gambar Ariq . Itupun gambar curi . Pita memori bersama Ariq kini mula bermain di mindanya . 

" Hey ! Kenapa hala handphone tu ke saya hah ? " 
" Aku ngah main game ah . Game kereta . Ni baru feel , dude" , Hayfa tersenyum . Taktik tipu dia menjadi . Buktinya ? Ariq menyambung kembali bermain puzzle di depannya itu .Tapi tak lama , taktik itu sudah pun kantoi . Macam mana boleh kantoi ? Bunyi kamera handphonenya itu berbunyi . Hayfa hanya menutup muka taktala Ariq membuat muka garang . Muka itu membawa maksud 'and you gonna hear me ROAARRR !'

Hm . Ariq , sihatkah kau ? Maaf . Aku buat begini pun ada sebabnya . Dan hasilnya untuk kesenangan semua . Thanks to you , Ariq . Dia tersenyum tapi air matanya menitis .



Ariq sudah bosan menunggu . Nak sahaja ditelannya Emir itu hidup hidup . Baru rare kan ? Huh . Emir pula hanya menunjukkan muka tak bersalah . Khusyuk betul dengan majalah yang dibacanya itu . Gambar kereta je pun . 

Sebenarnya , Emir bukan membaca pun . Dia tidak mahu bertentang mata amarah Ariq . Macam tak biasa kena je kalau Ariq mengamuk . Adik ni pun satu , tak reti reti nak sampai ke ? Mesti kes lambat bangun ni . Hisyy . 

Dari jauh penglihatan Ariq dapat menangkap seorang gadis berlitup . Ayu sahaja pergerakannya . Pakaiannya pula tidak keterlaluan . Mungkin ini kot adik Emir . Pantas sahaja dia menepuk bahu Emir seraya muncungkan bibirnya ke arah gadis tersebut . Emir senyum selebar yang mungkin . Dia melambai dan lambaiannya dibalas oleh gadis tersebut . Semakin gadis itu menghampiri , semakin tidak senang si Ariq dibuatnya . Eh , aku ni kenapa ?! Ariq membelakangkan Emir , dia tidak mahu mengacau pertemuan Emir dengan adiknya . Tetapi , taktala gadis itu bersuara , dia terkejut . Suara dia macam . Er , mungkinkah dia ? Takkanlah . Hayfa kan freehair . Hisy , kenapalah aku masih teringatkan dia ? 

"Riq , ni la adik aku . Hayfa Ariana " , jelas Emir sambil tersenyum . Tak sia sia rancangannya selama ini . Ariq terlopong , Hayfa hanya tersenyum . Dia sudah jangka yang Ariq tidak akan mengenali dirinya . Sejak dia 'hilangkan diri' itu , dia berjumpa dengan abang kandungnya . Dan abangnya pula banyak bercerita mengenai orang frust . Gelaran untuk Ariq . Pada masa itulah , nalurinya kuat berkata , bahawa dia dan Ariq memang ada jodoh . Walau ke mana pun mereka pergi , kalau dah jodoh , mesti bersua kembali . 

" Wait ! Kau tak cakap pun Hayfa ni adik kau ?" . Emir tersenyum sumbing lalu menjelaskan hal yang sebenar . 

" Memangla . Aku nak bercerita macam mana kalau kau asyik monyok je , tak de feel lah" . Ariq hanya menampilkan muka bodoh yang tak seberapa bodohnya itu . Hayfa ketawa kecil . Tidak pernah dia nampak Ariq sebegitu . 

"Actually , aku ada adik perempuan . Tapi aku tak pernah jumpa dia . Parents aku meninggal sebab langgar lari dan kitorang dijaga oleh nenek . Disebabkan kos sara yang meningkat , nenek aku serahkan aku ke rumah anak yatim . Tapi , nenek aku masih jaga adik aku . Sampai besar , aku tinggal kat rumah anak yatim tu . Bila aku balik kg , nak tengok adik dan nenek aku , orang kg kata nenek aku dah meninggal dan adik aku dah kerja kat JB . Aku jumpa dia pun sebab dia datang ofis kita , hantar kek . Niat aku nak usya jadikan awek , rupanya adik aku sendiri" . Ariq mengangguk tanda faham . 

"Tapi kan , kenapa kau terkejut sangat bila dia ni adik aku ? " , dari tadi itulah persoalan dalam minda Emir . Aku tak layak ke jadi abang dia ? Ariq pula senyum sumbing . 

"Mana taknya , inilah awek yang selalu aku gila gilakan tu" , selamba sahaja Ariq menjawab . Pipi Hayfa merona merah . Emir mengangguk tanda faham . Lalu dia tinggalkan mereka berdua dan hanya memerhati dari jauh .

"See , awak memang nampak lebih cantik kalau berhijab tau ? Betul kan saya cakap dulu punya dulu tu ? " , Ariq mula bersuara . Hayfa mengangguk , mengakui hakikat itu . 

" Terima kasih kepada awak sebab sedarkan saya . Awaklah orang yang selalu nasihatkan saya mengenai agama selain arwah nenek saya . Dan saya jadi semakin sedar bila awak kenalkan video Mr Bie pada saya . Paling sentap bagi saya , bila dia parody kan lagu Sandiwara Cinta . Saya harap awak boleh bimbing saya untuk sampai ke Jannah " . 

"Awak tau tak awak dah mainkan hati saya ?" , ringkas ayat Ariq tapi beri kesan mendalam kepada Hayfa . Kenapa pula dia cakap macam tu ? Hilang senyuman dibibirnya . Lalu , Ariq menyambung kata . 

" Awak mainkan hati saya macam drum tau tak ? Bila awak hilang , drum asyik berbunyi tau ! Bunyi drum yang mendebarkan . Risau saya dibuatnya . Tapi , itu dulu lah . Sekarang dah ada petikan gitar , alunan piano , yang mendayu lembut . Makin lembut taktala senyuman awak makin melebar , berhijab " , dia menyeluk poketnya dan memegang sebentuk cincin . Dia beri kepada Hayfa tanpa sebarang kata . Keputusan bergantung kepada Hayfa sekarang . Muka Hayfa berkerut tapi hatinya tersenyum , laju saja dia memasukkan cincin ke jarinya . Ariq melompat gembira . Hayfa tertawa dan Emir menepuk tangan . Dah macam teater kanak kanak daaa . Emir yakin adiknya akan menjaga Ariq sebaik mungkin , tidak akan mengecewakan hati lelaki rakannya itu . Dan dia pasti Ariq akan menjadi pembimbing yang baik untuk Hayfa , dan Emir yakin perkahwinan berempat yang diidamkan ketika remaja akan jadi nyata . Emir with Nita , Ariq with Hayfa ! Cantik ahhh !





Sandiwara Cinta - Mr Bie 
Aku rayu pada yang Maha Adil
Aku rayu padamu Ya Ilahi 
Kau bukalah hatinya untuk menutup 
amanahmu , aurat harga dirinya 
Alasan yang seringkali ku dengar
 Alasannya seringkali dia ucap , 
Seru Allah belum sampai padaku 
Sandiwara apa yang telah engkau lakukan ke Tuhanmu 
tutuplah aurat , auratmu berharga 
biar terjaga , aurat tak terdedah 
Bila anti taat pada Ilahi 
Allah redha , syaitan sakit hati 
andai ini jalan yang engkau mahu 
andai ini jalan yang engkau inginkan 
ku doakan semoga nanti kamu 
akan berubahhhhh 
sebelum berjumpaaa 
Maha Satu ....

3 comments:

  1. Best citer ni. Suka sangat. ^^ kalau ada cerpen lain, post lah lagi ye :D btw, jemput join GA lisa nihttp://maryamnurkhalisah.blogspot.com/2013/12/first-simple-giveaway-aniversery.html

    ReplyDelete
  2. haha keep it up :) terus pasang lagu Mr Bie best! :B

    ReplyDelete
  3. best cite ni..
    nti ade cite erbaru share kt blog eh.. ^_^ good job..

    ReplyDelete