Thursday 27 September 2012

AKAN DATANG



Tok3x  assalamualaikum !!
Hello , milo , marshmallow !
Wassup korangs ? apa celopp ? :3

amacam dengan wajah terbaru blog fza ? 
okey ark ? yupss . fza tukar lagi .
dari warna biru ->  bunga kemerah-merahan -> bintang berkerdipan . 
fza memang suka edit blog sekarang . ><" 
jadi , inilah hasilnya . mwehehe . harap okey lah yea . 

okeyy . kita terus berbalik pada topik yang fza mahu cerita tadi . -,-
ce jeling sekilas pada tajuk entry pada kali ini . 
yups . AKAN DATANG . 
apakah gerangan yang akan datang itu ? ce korang teka ? :3 
fza bagi 10 saat untuk teka =P . 
tetttt ! lambat ! haha . actually , yang AKAN DATANG itu adalah 


eh-2 , salah gambar lahh . bukan  OPPA GANGNAM STYLE  kayy .

tetapi , 


yeahh . baru gambar yang betul . LEMBAGA PEPERIKSAAN . 
yang sering menghantui minda para pelajar . ><" 

almaklumlah , sekarang ni kan MUSIM PEPERIKSAAN .
UPSR , dah merdeka . hanya tunggu keputusan je . 
PMR , tak lama lagi . bertarikhkan 9.10. 2012  , dia akan datang dengan megahnya untuk menguji setinggi mana IQ  pelajar tingkatan 3 . all the best yaww . 
SPM , pada tarikh 5.11 ->  6.12   . wahhh . Senior Perlu Mantap :3
STPM ,  bagi yang mengambil P.Am , Eko , Sej dan Geo , pada 19.11 -> 5.12  .  wahh . pelajar baju BIRU sekolah fza akan bertempur dengan STPM lhaa . chaiyokk !

batch 98 , SMK SENGGARANG  akan menghadapi serangan , bertempur dengan ciptaan yang bernama PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN  dalam 1 bulan 6 hari lagi :3 ohsemm . ><" 

jadi , di kesempatan ini , fza mau berkongsi DOA-2  YANG DIGUNAKAN SEPANJANG MUSIM PEPERIKSAAN :3

**Doa memulakan ulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

**Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

**Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا 

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

**Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

**Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

**Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

**Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

hope korang boleh membaca doa-2 tersebut . 
anyway , kepada semua calon-2 PMR , SPM dan STPM  2012 , 
khususnya calon-2 daripada SMK SENGGARANG , 
dapat buat yang terbaik , mendapat keputusan yang cemerlang , mamp mengharumkan nama sekolah , menaikkan prestasi sekolah . :3 all the best and good luck kayy :3 
moga korang dapat keputusan yang korang idam-idamkan . 
dan kepada korangs yang akan menjalani PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN tak lama lagi . kita gengs ! :3 . all the best yaww . chaiyokk !

anyway , panda demokk . aku rindu kau . aku bahagia dengan dia :3 
 *menyempat*

okeyy . jumpa korang pada entry yang akan datang . 
moga korang dapat manfaat seleas baca entry niyy .
bye-bye . salam persahabatan dihulurkan . 
assalamualaikum



No comments: