Wednesday 22 February 2012

              ADA UNTUKMU

KRINGG !! Loceng SMK Parameswara berdering , menandakan telah habis waktu rehat. Fawwaz dan Aqhar selesai menjaga blok C manakala Qaireen dan Shadrina pula , sudah siap menyelesaikan hal-hal di koperasi sekolah . Dalam perjalanan pulang ke kelas , mereka bertembung. ‘’Az , petang ni , kau ada latihan olahraga ke ?’’ , tanya Ina . Fawwaz memandang Aqhar lalu menganggukan kepalanya. ‘’Kamu pula , apa rancangan pada petang ni ?’’ , tanya Fawwaz pula kepada Ina. ‘’Sebenarnya , aku dengan Reen nak buat ‘study group’ . Baru sahaja nak ajak kamu berdua ‘’ , kata Ina pula . ‘’Tak mengapa , latihan hanya sampai pukul 5 sahaja . Sempat la ‘’ , jawab Aqhar sambil mengenyitkan matanya. Itulah mereka 4 sahabat yang seperti adik beradik . Mereka kenal sejak kecil lagi . Mereka sebaya , satu kampung , satu kelas dan mempunyai banyak persamaan . Kini , umur mereka sudah mencecah 15 tahun dan merupakan calon PMR pada tahun ini .…………………………………………………………………………………………………………………………...
      Nokia 5300 yang berwarna biru berdering. Ina melihat telefon bimbitnya itu , dia mendapat sebuah pesanan ringkas oleh Shadrina.
“ Daripada :Shadrina
Awak umpama pelangi yang mewarnai hidup saya. Terima kasih sudi berkawan. Saya tunggu awak di pintu pagar utama sekolah ;) ‘’

Reen tersenyum melihat pesanan yang baru diterimanya itu. Dia hanya berpakaian serba sederhana sahaja , hanya memakai seluar track , t-shirt berlengan panjang berwarna ungu dan menyarung tudung bawal berwarna putih. Dia melihat dirinya di hadapan cermin , ‘’ Okay . Nampak kemas la ‘’ , monolog hatinya . Lantas dia menyalami ibunya dan pergi ke sekolah . Pn Maznah hanya tersenyum ceria melihat anak tunggalnya itu. Di sekolah pula , Aqhar , Fawwaz dan Shadrina sudah bersedia untuk memberi sebuah kejutan kepada Reen. Shadrina dimaklumkan bahawa latihan olahraga telah dibatalkan . Dengan sebab itu , mereka boleh membuat ulangkaji bersama-sama . Akhirnya , orang yang ditunggu-tunggu , muncul jua . Dari jauh , Reen sudah tersenyum melihat rakan-rakannya . ‘’ Nak belajar apa hari ni ? ‘’ , tanya Reen. “ Sebelum kita mula belajar , apa kata , Reen tutup mata dulu ‘’ , pinta Fawwaz . ‘’ Untuk apa ? ‘’ , tanya Reen , pelik . Belum habis Reen menghabiskan ayatnya , matanya telah ditutup oleh Ina. Fawwaz meletakkan sebuah selendang berwarna kebiru-biruan , dia amat faham bahawa warna biru adalah warna kegemaran Reen . Aqhar pula meletakkan sepapan coklat ‘Cadbury’ dan sebuah cengkerang laut . Ina melepaskan tangannya dan membiarkan  Reen melihat apa yang mereka bertiga telah sediakan khas untuknya . Reen sangat terkejut dan mukanya merona merah . Serentak Aqhar , Ina dan Fawwaz mengatakan ‘ Selamat hari ulang tahun , Nur Qaireen . Reen  melihat wajah mereka satu persatu , dan berterima kasih kepada mereka . ‘’ Ingatkan kamu semua tak ingat hari lahir Reen ‘’ , luah Reen . ‘’ Tiada maknanya la . Saja nak buat kejutan untuk awak . Cengkerang laut tu , dari saya tau . ‘Shawl’ , Az yang beri dan coklat tu , Har yang beri’’ , jawab Ina . Fawwaz dan Aqhar tersenyum . ‘’ Terima kasih ye . Tapi kan , Reen nak ‘study’ . Boleh tak ? ‘’ , kata Reen . ‘’Boleh ! Jom , ‘study’ ! ‘’ , kata Aqhar . Mereka pun memulakan sesi belajar secara berkumpulan . Pada petang itu , mereka mengulangkaji subjek Sains. 

          
……………………………………………………………………………………………………………..................
       Pada pagi itu , kelas 3 Ceria bingit dengan cerita kehadiran seorang pelajar baru. Fawwaz,Aqhar,Reen dan Ina hanya buat tidak peduli sahaja. Tiba-tiba , Reen dipanggil oleh guru kelasnya , Pn Farah . ‘’Reen , ini ada pelajar baru . Tunjukkan dia persekitaran sekolah ye , tunjukkan jalan ke kelas kita sekali. Maaflah , menyusahkan kamu. Izzam tiada , jadi , saya harapkan kamu la ye ‘’ , kata guru yang peramah itu . Reen memandang sekilas pelajar baru tersebut. ‘Lelaki rupanya ‘ , getus hati Reen . ‘Aduhai , kenapalah ayah aku tukarkan aku ke sekolah ini ? Dahlah buruk . Kolot pula tu ‘’ , omel Azmil . Pn Farah pun berlalu , katanya ada mesyuarat tergempar. Reen memberanikan dirinya untuk mengajak pelajar baru tersebut ke kelasnya . “ Assalamualaikum , saya Siti Qaireen . awak ? ‘’ , sapa Reen. ‘’ Azmil . Nama saya , Azmil . Mana kelas 3C ye ?’’ , jawab Azmil . Reen geram akan sikap pelajar tersebut . Baru sahaja masuk sekolah , dah tunjuk lagak . Reen pun berjalan pantas ke kelasnya , ingin menjauhkan diri dari pelajar tersebut . Azmil berjalan seperti biasa . Dia sudah menjangka bahawa dia tidak punyai ramai rakan di situ. Sesampai sahaja di kelas , Reen membuat pengumuman ala-ala ‘speaker’ sekolah . “ Wahai rakan-rakanku , ini dia pelajar baru , Azmil . Sekian , terima kasih ‘’ , ucap Reen . Azmil buat muka kosong sahaja . …………………………………………………………………………………………………………………………….
       ‘Latihan olahraga akan bermula pada pukul 4 petang ini . Kehadiran wajib’ . Itulah pengumuman yang pelajar-pelajar SMK Parameswara dengar sebentar tadi . Fawwaz pergi ke meja Azmil , ingin bertanya sama ada dia berminat untuk menyertainya ataupun tidak. ‘’ Mil , kau nak sertai olahraga tak ? ‘’ . Muka Azmil berkerut , terbantut niat dia , untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar perempuan. Dengan muka yang angkuh , dia menjawab , ‘’ Malas la . Kau masuk ke ? Harap-harap menang la ye . Haha’’ . ‘’Lain kali , kau jangan rapat dengan budak yang sombong tu . Budak bandar la katakana , mana setaraf dengan budak kampung macam kita ni ‘’ , kata Reen . Hati Azmil tersentap mendengar apa yang dikatakan oleh Reen itu. ‘’Sedarlah , setinggi mana darjat kau , sekuat manapun kau , kau tetap manusia biasa . Lemah ! Pasti perlukan pertolongan orang lain juga ‘’ , kata Aqhar pula . Mereka sepakat ingin mengubah perangai Azmil yang sombong itu . Semua pelajar 3C berpandangan sesame sendiri , mereka seperti menyaksikan sebuah drama di dalam televisyen. Kehadiran En Amin menyelamatkan keadaan daripada terus panas. En Amin terus memulakan sesi pembelajarannya. Azmil asyik menjeling Reen dan Aqhar , begitu juga sebaliknya. Fawwaz dan Ina hanya mendiamkan diri sahaja , mereka tahu , rakan-rakan mereka itu takkan mudah melenting.


…………………………………………………………………………………………………………………………
       Azmil dipanggil oleh guru kaunseling selepas habis waktu sekolah . ‘’Azmil , harap kamu bersabar ye atas apa yang akan saya ucapkan nanti’’ , kata En Izrul. Muka Azmil berubah , dia risau . “ Cakap la , cikgu . Apa yang berlaku ? ‘’ , soal Azmil . ‘’Sebenarnya , ibu bapa kamu meninggal dunia tadi.Mereka ada di hospital sekarang ni.Harap kamu bersabar ye , kuatkan semangat ‘’ , kata En Izrul . Azmil terus terduduk , air matanya mengalir , dia sudah menjadi anak yatim piatu . ‘’Cikgu , saya nak balik kelas sekarang ‘’ , kata Azmil lalu pulang ke kelas . Muka sugul Azmil mengundang persoalan di benak Reen , Aqhar , Fawwaz dan Ina mulai risau dengan keadaannya itu . Kebetulan pula , tinggal mereka sahaja di kelas . Yang lain , sudah pulang ke rumah masing-masing. Reen mulai mendekati Azmil dan bertanya keadaannya. Azmil memandang wajah Reen , dia tidak sangka Reen sanggup bertanya tentang dirinya sedangkan dia banyak menyakiti hati Reen . ‘’Parents aku . Dah meninggal ! Aku dah tiada sesiapa lagi . Aku nak tinggal dengan siapa ? Rumah datuk , nenek aku , semua jauh-jauh. Kamu semua , aku minta maaf sebab selama ini , aku banyak sakitkan hati kalian ‘’ , jawab Azmil panjang lebar . Mereka berempat tersentap dan mengucapkan takziah kepada Azmil . ‘’Tidak mengapa , aku ada . Kau boleh ‘stay’ di rumah aku . Mak dengan ayah aku akan faham situasi kau nie . Nak tak ? ‘’ , pelawa Aqhar sambil mengeyitkan matanya . ‘’Dia ni Cicakman . Tau tak kenapa ? Sebab dia suka tolong orang . Haha ‘’ , kata Ina . Mereka ketawa bersama . Terletus jua tawa Azmil , dia mengesat air matanya . ‘’Jangan risau , kami ada . Kami boleh jadi kawan kau . Mulai hari ini , kita kawan ‘’ , kata Reen pula . Azmil tersenyum dan bersyukur ke hadrat Ilahi dipertemukan dengan insan-insan seperti mereka . ‘Ibu , ayah , moga kamu berdua di tempat orang-orang yang beriman . Anakmu akan berubah dan cuba untuk jadi anak yang soleh walaupun kamu berdua tiada lagi di sisi . Kamu berdua tetap di hati ‘ , doa Azmil di dalam hatinya. Mereka berlima berazam bahawa mereka akan cuba sedaya upaya mendapat 8A dalam PMR kelak dan kekalkan persahabatan yang baru terjalin ini.

-1427 patah perkataan- (Izznur Firzanah bt Zullizaman 2 KRK)

No comments: