7 Jun 2012 ..
tok3x . Assalamualaikum .
Hello , milo , marshmallow .
sihat ? alhamdulillah .
sakit ? berehat dan makan ubat kayy .
wassup semua ?! ya . hari ni , new entry . update lagi 1 story . amacam cuti korang ? oke ? ohsem ?! untungla . Fiza duk umah jea ==" . cuti , cuti jugak . Homework apa citer ? sakit ? ish3x . rawatlah Homework tuh ><" oke . fiza ! hentikan mengarut ! hehe . tengok tajuk entry , CAPITAL K ? wah ! fiza curang ea ? ==" . banyaklah curang hangpa ! fiza tetap setia tau , gaduh sikit , biasa lah kann =,= .
sebenarnya , fiza nak citer pasal PERSAHABATAN . apa kaitan dengan capital K ? hmm . bak kata Nabil , LU PIKIRLAH SENDIRI =P . oke-2 , jangan merajuk . ala comel , kacak , cantik .. hehe . K apa yang akan diceritakan . teruskan membaca . <3
K bermaksud Kecintaan
merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah
K bermaksud Kasih Sayang
lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.
K bermaksud Keikhlasan
dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.
K bermaksud Kesetiaan
setia terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.
K bermaksud Keberanian
berani berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkarayang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.
K bermaksud Kejujuran
Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.
K bermaksud Kemaafan
perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.
K bermaksud Kesedihan
kesedihan yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.
K bermaksud Kegembiraan
keceriaan yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.
K bermaksud Keserasian
merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.
dah habis baca ? oke . apa pendapat korang ? Ciri-ciri tu wujud tak pada diri korang semasa persahabatan ? ;) moga korang berbahagia dengan rakan korang . JANGAN SALAH PILIH KAWAN kerna kawan jua turut mewarnai masa depan kita . <3
btw , fiza ingin ucapkan terima kasih pada korang sebab sudi baca cerpen fiza . belum baca lagi ? TEKAN SINI .
tengs sebab sudi singgah dan baca . jasa anda amat dihargai . see ya in next entry . sekian saja untuk hari ini . bubye . salam persahabatan dihulurkan .
Interesting.. hurmmm, tak tahulah ade ke tak.. tp insyaAllah, be better than before dlm pershbtan.. ^.^ Amin...
ReplyDeletenice entry..mira suke :)
ReplyDeleteerm..ade ssetengah tu xde lah dlm prshbtan mira :)
haha . oke kak ainaa dan kak mira . all the best untuk persahabatan korang =)
ReplyDelete