assalamualaikum semua ! jawab taw ! wajib !
apa khabar ? alhamdulillah , sihat sejahtera . ;)
untuk hari JUMAAT yang barakah ini ,
fiza ingin berkongsi sesuatu bersama anda .
entry ni agak panjang . !
harap korungs sudi baca ;)
kerana ia berkait rapat dengan kehidupan kita .
terima kasih kerana sudi baca ,
seperti yang korungs bace tajuk ...
tahukah anda ?
tahu apa ? adakah korungs sedar bahawa kita diperhatikan oleh malaikat maut sebanyak 70 kali sehari ..? terkejut ke ?
nape ? baru tahu yer .. yups . kita diperhatikan olehnya sekarang nie . sama ada kita buat baik , jahat .. kita diperhatikan ! maksudnya , bila-bila masa saje kita akan "dicabut nyawa" a.k.a meninggal dunia . jadi , adakah anda sedia ? err ... pasti tak kan ? untung kita sebagai umat nabi MUHAMMAD s.a.w ! dan , umat ISLAM kerana ALLAH dah beri tanda2 kematian terlebih dahulu kepada kita agar kita lebih bersedia .. fiza akan kongsikan petanda2 kematian !
Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini.anda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.
dah baca ? apa pendapat korungs ? adakah korungs sudah bersedia ?apa pula tindakan korungs ?! jangan terlalu leka kerana kita sedang diperhatikan . moga entry kali ini beri manfaat kepada korungs . tak lama lagi maulud nabi , insya'allah kita akan menyambutnya sekali lagi (jika panjang umur )
bak kata DR. FADZILAH KAMSAH , "renung2kan dan selamat beramal" . amat bermakna kata2 tuh ;) . sekian sahaja untuk entry pada kali ini . terima kasih kerana sudi baca dan tambah ilmu . bye-bye , salam persahabatan dihulurkan ;)
No comments: