assalamualaikum semua . !
holla . ! ;)
apa khabar ? alhamdulillah jika sihat ,
sakit ? rehat kay . ! mam ubat taw . =)
hehe . fiza kembali menaip . yeah !
sape nak baca ?
scroll ke bawah .
tak nak ??
blah yer .. ! ;)
ok . siapa tahu , fiza nak tulis apa pulak pada entry kali nie ?
.....................
....................
ia mengenai KAWAN
YUPS . fiza tau , semua orang pasti ada kawan kan ? fiza pun ada . mereka baik sangat , pelbagai kerenah dorang ada . sempoi jea ngan korungs . ! hehe . tapi , bukan itu yang fiza na bebelkan . (bebel ?) fiza akan bagitahu ciri kawan yang baik untuk kita ..
- mereka berupaya membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dengan memberikan nasihat kepada kita agar menjadi seorang yang tabah.
2. mereka akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu diri.
3.Rakan yang baik akan sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah dengan memberikan dorongan untuk menghadapi ujian hidup yang lebih mencabar.
4.kita sakit, mereka akan menziarahi kita untuk bertanyakan khabar dan membincangkan perkara-perkara yang menarik.
5.rakan yang baik dapat membimbing kita ke jalan yang benar agar kita tidak terlibat dalam kancah maksiat. Ia dapat mengajar kita menjadi seorang yang matang, berpendirian tegas, bijak membuat keputusan dan tidak mudah mengaku kalah.
6.Rakan yang baik tidak akan selalu mengambil kesempatan ke atas kita jika kita mempunyai kelemahan tersendiri, sebaliknya dia akan mengajar kita membaiki kelemahan agar kita tidak ditindas orang yang tidak berhati perut.
6.akan yang baik akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan
7.Mereka juga sanggup berkorban
8.Rakan yang baik juga pasti tidak akan sanggup melihat kita berada dalam kesusahan. Mereka pasti akan berusaha untuk membantu kita dengan harapan kita tidak akan menderita akibat daripada kesusahan tersebut
9.Mereka juga akan tetap setia bersama kita dan tidak akan sekali-kali berpaling tadah dengan membuat khianat seperti harapkan pagar, pagar makan padi.
10.Rakan yang baik juga akan sentiasa menghormati orang terutama sekali orang tua, ibu bapa dan guru-guru.
11.Rakan yang baik juga akan sentiasa menjaga kebajikan orang dan prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Kita hendaklah tengok ciri-ciri rakan yang baik dari segi dalaman bukannya dari segi luaran.
12.rakan yang baik ialah jenis rakan yang tidak angkuh dan bongkak, malah akan mudah mesra apabila berkawan dengan sesiapa serta mudah bertegur sapa. Rakan yang baik juga tidak mudah cepat panas baran apabila diusik dan boleh dibawa
bergaul yang disertakan dengan batasannya.
sudah puas membaca ?
so , apa komen korungs ?
adakah kita kawan yang baik ?
bijak memilih kawan , itu adalah penting . !
harap entry pada kali ini
dapat memberi manfaat pada korungs ;)
sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
minta maaf jika ::
tersalah ejaan ,
tersilap fakta ,
entry tidak menarik ,
bukan kawan yang baik
No comments: