Friday, 21 December 2012

THEY are AWESOME


assalamualaikum semua ! holla everybody ! :D jyeahh . entry baru . wa lindu nak update ini blog *hancur BM kau , fiza -.-"*  dah hampir nak tinggalkan 2012 niyy . Harap dah sediakan diri tuk bangun awal pagi , tuk pakai uniform sekolah , tuk dengaq bebelan guru  kerna sesi persekolahan akan bermula tak lama lagi :3 hoho .

okie  . malas nak intro panjang-2 . terus cerita lah ya ><" okeyy . tajuk entry pada kali ini ialah They Are Awesome :D  siapakah gerangan si 'They' itu . ce teka *gaya tangan Usop Wilcha*  . tak payah teka la . biaq fiza cerita terus :3 yang dimaksudkan adalah SAINTIS :D adakah cita-cita anda tuk jadi saintis ? hope tercapai k . tapi ini saintis bukan sebarang saintis . ini saintis adalah saintis beragama Islam :D yups . jarang-jarang kita dengar pasal saintis Islam kann ? sebab itulah , entry ini ditaip ;) agar awak , awak dan awak tahu akan kewujudan mereka serta penemuaannya . bacalah untuk ketahui lebih lanjut :)

1. Ibnu Al Haitam 
Ahzan adalah gelaran di Barat . Beliau menemui kewujudan tarikan graviti sebelum Isaac Newton mengetahuinya , menemui prinsip isi padu udara sebelum Tricella ketahuinya 500 tahun kemudian . Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains Barat seperti Boger , Bacon dan Kepler mencipta teleskop serta mikroskop .

2. Ibnu Yunus 
menemui bandul lebih awal berbanding Galileo Galilie (1564-1642 Hijrah) iaitu 600 tahun bezanya . Zij (buku Astronami Islam ) yang terdiri daripada empat jilid tersebar ke pelbagai penjuru dunia yang mutunya lebih tinggi dari karya Claudios  Ptolemaios kerna diterbitkan dalam pelbagai bahasa .

3. Thabit Bin Qurrah 
terlebih dahulu menghasilkan penemuan bahawa Algebra dapat menyelesaikan masalah geometrikal  berbanding Rene Decrates yang mengetahuinya pada abad ke 17 

4 . Ibnu Al Syatir 
wujud salah faham apabila penemuan Ibnu Al Syatir tidak banyak diperkatakan menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland , Copernicus . Akan tetapi , kebenaran terungkai setelah David King (Orientalis Inggeris)  membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuan Islam , mendapati bahawa Copernicus mengambil teori daripada Ibnu Al Syatir , dan mengaku teori itu miliknya . 

5 . Ibnu Firnas 
Beliau adalah Muslim Sepanyol . Pada abad ke-8 , beliau telah menemukan , mencipta dan menguji konsep kapal terbang :D Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang dipelajari oleh Roger Bacon selepas 500 tahun teori-teori dasar pesawat terbang yang diperkenalkan oleh Ibnu Firnas . Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun percubaan Ibnu Firnas , barulah konsep ini diperkembangkan .

so . amacam ? kagum takk ? :D bangga menjadi umat Islam . rupanya , ilmuan Islam telah mengetahui segala ilmu . dan sehingga kini , teori-teori yang diperkenalkan oleh mereka semua , masih digunakan . tetapi  sebenarnya , bukan ini je tau hasil penemuan para ilmuan Islam . ada banyak lagi sebenarnya :* ini sahaja yang fiza dapat kongsikan dengan korang . harap korang suka dan dapat manfaat daripada entry kali ini . terima kasih kerna sudi baca :) see ya on next entry . bye-bye . assalamualaikum :)




No comments: