Thursday, 5 July 2012

tahap cemburu

Izznur Firzanah menaip ..
pada 6 Julai 2012 



tok3x . assalamualaikum . 
hello , milo , marshmallow .
yezza . buad entry baru lagi . hehe . 
melepas gian sebentar di blog . dah lama tak update blog niyh . mwehehe . oke yaww . short the story . jeling tajuk entry . yeahh . ! tahap cemburu .

yezza ! cemburu ! korang mesti pernah ada perasaan ni kan ? sama la kita . aku nie jenis KUAT CEMBURU sebenarnya . depan dia , cover jea . padahal , dalam hati dah membara . hehe . entry nie berdasarkan horoskop masing-masing kayy . dan entry nie khas untuk KAUM ADAM sebenarnya . horoskop nie tak ley percaya sangad kayy . hanya perkongsian sahaja kayy .

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.



AQUARIUS
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.

PISCES
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan.

ARIES
seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.

TAURUS
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar dengan orang lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.

GEMINI
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.

CANCER
Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat . Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.





LEO
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.

virgo
Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.

libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.

scorpio
Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.

sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.

capricorn
 Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain

ini hanya kajian semata . perkongsian umum . mwehehe . 
oke penad menaip . see ya in next entry . bubye . salam persahabatan dihulurkan .



No comments: