Thursday 24 January 2013

lelaki kena tarik ?



assalamualaikum semua . holla :D jyeahh . setelah beberapa hari menghilang , sepi tanpa sebarang berita . cewahh . macamlah ada yang kisah kan ><" anyway , amacam bulan Januari ? ada baik atau KO ? almaklumlah . tak lama lagi , bulan Februari pula yang datang menemani kita ;)

jadi budak tingkatan 3 agak mencabar juga , rupanya >< homework menimbun tuh . tak apa . demi masa depan :3 buat pertama kalinya dalam tahun ni , buku kena lempar , berdiri luar kelas . cukup sekali . -.- dah tak nak kena lagi . anyway , doakan kejayaan fyza k . nanti fyza doakan untuk korang balik :')

oke . puas melalut . ><" rasanya tak lewat sangat untuk fyza ucapkan SALAM MAULIDUR RASUL kan ? harap kita semua dapat mengikuti dan cuba melakukan suruhannya :) kalau dengan boyfie , girlfie , sanggup renang lautan api , redah hujan lebat . takkan dengan Rasulullah pun nak berkira kan ? :D 

so , kali ini fyza nak kongsikan sesuatu dengan korang . jeling sambil baca kejap tajuk entry kali ini . yezza . LELAKI KENA TARIK ? apa kejadah dengan lelaki tu ? sampai kena tarik ? ayokk ! kena tarik . haha . tutup mulut >< berhenti merepek . oke . duduk dengan selesa . baca bismillah :) start reading now :3

selalunya kalau kita sebut pasal NERAKA , apa yang terbayang di minda , akal korang ? semarak - marak api atau manusia diseksa yang bergelimpangan ? bilangan penghuni neraka pula selalunya dikaitkan dengan kaum hawa kan ? *anggukkan kepala* so , entry ini , mengenai neraka juga . tapi ada kaitan sikit dengan lelaki . 



4 GOLONGAN LELAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA . 

Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat. menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak…. dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. -sumber-

dah habis baca ? maybe artikel ni tak menarik sangat , tapi bagi fyza menarik :) jadi kepada hamba ALLAH yang bergelar lelaki , awak semua ada tanggungjawab yang besar , perlu digalas :D moga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman dan terpelihara daripada azab api neraka . amin , insya'allah .

" Jadikanlah iman dan taqwa sebagai pakaian kita di dunia agar, pakaian dari syurga yang membaluti kita di akhirat kelak.."  "Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan tidak pernah tertidur walau sedetik pun. Setiap amal perbuatan kita akan dihitung walau sebesar zarah sekalipun" Semoga kita berada di dalam golongan hambanya yang tidak pernah alpa  mengingatiNya.."


 saya pernah buat silap tapi sekurangnya saya cuba tuk perbetulkannya :) sekian terima kasih kerna sudi baca ataupun like :D bye *lambai tangan * assalamualaikum .

Saturday 5 January 2013

growing up :3


assalamualaikum semua . holla ! yezza . saya kembali menaip lagi . hehe :3  jyeahh . ini entry pertama untuk tahun 2013 ni . rasa macam tak percaya pula yang sekarang ni dah bergelar pelajar tingkatan 3 ?! -..-'

alhamdulillah . sesi persekolahan yang baru bermula , berjalan dengan lancar :) lepas rindu pada rakan kelas . soalan pertama bila jumpa depa , "wey , hw cikgu bagi tahun lepas , dah siap ?" . bukan nak tanya sihat ke , cuti kat mana ke . haha . normal la kann >.<"  macam biasa , perhimpunan sekolah . cikgu siap sediakan slide show lagi :3 PERHIMPUNAN KALI PERTAMA TAHUN 2013 :3 see ? cikgu pun excited k . haha .  SMK Senggarang dapat cikgu baru . *itu pun nak kecoh -..-* ada 4 orang semuanya . then , cikgu paparkan perbezaan PMR dalam beberapa tahun ni . target untuk calon PMR 2013 pun dah siap . baca target uh , sesak nafas dibuatnya . gila tinggi target dia ?! fuuhhh . sabar je la . lepas tu , pemberian hadiah kepada pelajar cemerlang PMR tahun 2012 . congrats meyy :D 

habis sesi perhimpunan , masuk kelas . agak penat tuk sampai ke kelas . -..-' almaklumlah dah lama tak naik tangga semua . bersemput-semput eden -,- . masuk ja dalam kelas , berebut tempat duduk . normal case . hehe . peace yaw . kesimpulan : kelas ni lagi besaq dari kelas tahun lepas . kesimpulan diterima :) berita baik : kelas 3krk cukup 34 orang pelajar . tiada yang turun kelas . yeahh ! *tepuktangan* berita buruk : kerja rumah makin banyak kerna PMR -..- bagus sangat (Y) 

semua guru yang mengajar ktorang , best oo . they ' re the best lah :D anyway , pada hari Jumaat yang lalu , 4 Januari , ada majlis persaraan untuk seorang guru . siapa ? Pn Cheng . err . macam la korang kenal :3 hehe  . ada la juga dia luangkan masa dengan ktorang . itu pun sekejap ja . masa belajar Kemahiran Hidup di bengkel :3 


gambar tersebut , dapat dari facebook cikgu k . bukan dari kamera fza . awal tahun kena baik . pertengahan baru nakal :3 hehe . gurau semata k . yes . depa kawan sekelas saya . any problem ? :3 jawatan kelas , semua sudah diisi :D anyway , hope ktorang dapat mengatasi rekod abang , akak senior yang lepas . doakan  batch '98 k . PI YEMM ARR . eh , buang tebiat ae , Izznur ? PMR la . k baru betul :3 last batch tu -..- batch '99 dan batch seterusnya dah kena dengan PBS kann ? fuhh . advanced gitu :)

anyway , jika korang ada masalah dengan subjek yang tak berapa faham . macam aku yang kurang faham math -..- . korang boleh amalkan doa ni k :D

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir dengan-Mu '.

okie . sekian sahaja untuk entry pada kali ini . thanks sudi baca k :) amat hargainya . bye-bye . assalamualaikum :*