Thursday 23 August 2012

warna warni syawal :3





tok3x . assalamualaikum semua !
hello milo marshmallow . 
hey ya ! bersua kembali kita . 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI . ! MAAF ZAHIR DAN BATIN !
hari ni dah masuk hari yang ke 5 dalam bulan SYAWAL kann ? amacam raya korang ? oke takk ?
mesti dapat banyak duit raya kan ? huluq lha sikit kat ceq fza niyy . ><" . 
surprise ! blog bertukar wajah sempena raya :3
harap-2 , okay la yea . ada mercun letup-2 gitu , header pulak versi couple :3
MR PANDA , dah makin boyot rasanya . 
membaham segala juadah raya , ><" 

okayy ! stop introduction . actually , fza na ceritakan pasal raya fza . tak salah kann ? tak nak tahu pun tak mengapa . 
 tahun ni fza beraya di JOHOR , rumah belah mak .
sempat main bunga api . ;3
malam raya , baca tahlil reramai . 
hmm . teringat arwah atuk =')  . 
lepas acara tahlil , gasak sepupu-2 main mercun . 
mercun bola lak tuhh . spoil mood jea . terkezut semua !
 nenek sibuk buat lepat kacang . juadah raya faveret mak . 
almaklumlah , mak aku ni anak kedua bongsu . manja laen macam sikit :3
ketupat , lodeh , semua juadah yang sekutu dengannya dah siap ! ;)



pagi raya pula , semua saudara lelaki pergi masjid ! solat sunat aidilfitri ! wakil perempuan , nenek aku jea . geng perempuan yang lain kemas rumah :3 . mandi dengan niat mandi raya ! sarapan dengan ketupat , kuah lodeh , kari ayam ! ohsemm !  
lepas dorang balek dari solat raya , 
start acara selawat . ;)
sesi bermaafan pun bermula . sesi penyerahan duit raya pun :3
dah habis sesi tuh , bermulalah sesi bergambar 



PN SUMIRAH a.k.a nenek


 

ni keluarga mak long . keluarga besaq .


keluarga PN NORILAH


 


keluarga EN ROSLI 



keluarga serba kelabu dan peach , keluarga EN ZULLIZAMAN & PN NOR'AINI . 

habis sesi bergambar , kitorang bersiap g kubur arwah atuk HUSSIN . =/  .  sedekahkan yassin , bersihkan kawasan kubur , then balik .  lebih kurang pukul 11 pagi , fza dan sekeluarga bersiap pergi NEGERI SEMBILAN pulakk :3 . tak guna highway , kitorang guna jalan kampung . sesak weyy . sampai N.9 , pukul 4 lebih . pulun makan lemang dan rendang . burp ! alhamdulillah . pada malam tuh , kitorang pergi umah WAN NGAH pulak . at negeri sembilan , aku panggil nenek aku , wan . WAN NGAH tu adek dia . bacaan tahlil beramai-ramai . lepas tuh , acara mercun ! kebabaomm ! melalak adik aku nangis . dia tu anak polis jati tau ! tak boleh dengaq mercun meletup . =.="  dia lebih suka main bunga api 


pada hari raya kedua pulak , acaranya pergi kubur arwah atuk ARSHAD . sebak di dada . fza paling rapat dengan dia tyme kecil dulu . dia bakar lemang , fza usik dia . =/ al-fatihah untuk kedua - dua arwah atuk fza . pukul 4 lebih gitu , bersiap balik JOHOR semula . kejap sangat kan ? sebab ayah tak dapat cuti . ni pun curi-curi balik je . ><"  . pukul 8 , stay at Segamat jup . singgah rumah mak cik . pukul 10 , baru gerak semula . sampai rumah di Senggarang ni , pukul 12 . tamat sudah cerita raya aku yang tak seberapa bestnya :3


sekian sudah entry saya pada hari ini .
trimas sudi baca , singgah yea . 
fza minta maaf jika terkasaq bahasa , terkecikkan hati korang yang besaq tuhh . status fza buat korang sentap ke , komen yang tidak sepatutnya ke . halalkan lah yea ! 
selamat hari raya aidilfitri ,
maaf zahir batin !


 

Saturday 11 August 2012

takbir raya ?

Izznur Firzanah menaip ..
pada 12 OGOS 2012





tok3x. assalamualaikum semua !
hello . milo . marshmallow . yezza . 
fiza kembali lagi . setelah berhari-hari tak update blog .
dah bersawang pulak kan ? ><" 


woot woot . diam tak diam , dah nak raya kann ? 
sekejap je RAMADHAN datang ziarah kita ? insya'allah , tahun depan , kita semua akan date dengan RAMADHAN lagi . 
tahun ni , puasa rasa sekejap je kan . cuma waktu berbuka yang lambat :3  . 


" bergema takbir raya , menitis air mata , 
terkenang suasana permai desa , rindu hati ini , ingin ku kembali 
pada ayah bonda dan saudara "  -sudirman-

mesti korang pernah bait-bait lirik lagu tu kan ? yups . lagu  DARI JAUH KU POHON MAAF , yang dinyanyikan sendiri oleh IKON NEGARA kita iaitu , SUDIRMAN ARSHAD . 

jeling sekejap tajuk entry , ya ! TAKBIR RAYA ! selalu bila dah nak raya kan , orang akan bertakbir . jadi , fza nak tanya . korang tahu tak SEJARAH TAKBIR RAYA ?! tak tahu , sokayy . topik ni lah yang fza akan kongsikan .




Ianya bermula pada awal Hijrah. Iaitu pada peperangan Badar.
Abu Lahab merupakan seteru dalam peperangan dan telah dipenggal kepalanya.
Lalu kepala Abu Lahab dibawa ke penghadapan Rasulullah s.a.w.
Apabila melihat akan kepala Abu Lahab Rasulullah pun melafazkan kata-kata takbir yang seperti takbir hari raya yang dilafazkan sekarang.
Lalu sahabat pun bertanya kepada Rasulallah : “ Ya Rasulullah, adakah kepala itu mendengar akan apa yang kau katakan padanya”
Jawab Rasulallah : ”Ya, dia mendengar tetapi tidak dapat membalas kata-kata”
 


Sumber :Oleh Tn Haji Mohd Ali Sarbini (Imam Masjid Tuanku Mizan) dalam Rancangan Gema Takbir TV1 



FORMULA MENCARI MUKA SURAT JUZU' ALQURAN 

nombor juzu yang ingin dicari tolak satu . bila dapat jawapannya , darab dengan 2 . kemudian , nombor 2 letak pada hujung hasil darab . 

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. 

itu serba ringkas yang boleh disimpulkan la . 
sebenaqnya , sejarah dia panjang , fza buat ringkasan jea ><"
perkongsian umum untuk semua . andai tersilap , perbetulkan lah ye . fza hanya kongsikan apa yang fza tahu . 

jadi , fza ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI DAN KEMERDEKAAN KALI KE 55 . MERDEKA !!  



sekian sahaja untuk entry pada kali ini , 
terima kasih . datang lagi yea :3 
see ya on next entry . bubye . 
salam persahabatan dihulurkan ;)


Friday 3 August 2012

COLOURFUL STORY

Izznur Firzanah menaip ..

pada 4 OGOS 2012







tok3x . assalamualaikum . 
helo . milo . marshmallow .
yezza . fiza kembali lagi ! 


yups ! dah masuk bulan ogos dan . alhamdulillah . masih bernyawa kan kita semua . insya'allah , ramadhan dan syawal masih boleh kita sambut :3 .
jyeahh ! tengok header ? comel tak ?
yups . baru edit sikit ><" header dan button kecil di belah kanan , bahagian bawah bertukaq menjadi panda . ><"
VIRUS MR PANDA melanda diri ini . mwehehe 


by the way , sekarang ni hari yang ke 15 dalam bulan Ramadhan kan . maknanya dah separuh bulan korang berpuasa , OHSEM ! *tepuktangan*
tapi , bukan topik puasa yang fiza nak pot pet kan di sini .
jeling tajuk entry , COLOURFUL STORY



My grandmother lives at snowy place . She is so lonely . Until one day , RainbowMan came . She felt happy . He gave her a bouquet of icy flowers as a present . Out of the blue , there were colourful flying bears went to my grandmother . The bears were dancing around her . RainbowMan took her a ride by using some fluffy clouds . She impressed with beautiful scenery from upthere while the bears followed them from back . As they flew freely , they dropped by at Crystal Castle . As she stepped down in front of the castle , she turned into pretty , young princess . She walked into the castle and the music turned on . She started her steps to dance . A handsome prince came and kissed her hand . RainbowMan told te prince that the 'young princess' is lonely . She lost her beloved husband on her birthday . 


jika korang tak faham cerita ni , ringankanlah tangan tu ambil kamus , selak dan cari makna kayy . mwehehe . actually , karangan ni fza buat sendiri time tuisyen subjek Bahasa Inggeris . cikgu bagi 4 perkataan , GRANDMOTHER - PRESENT - BEAR - BIRTHDAY . maka tercetuslah ilham dan , tersiaplah essay tu . cikgu puji "sounds like a fairy tale. good" 


okayy . sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
see ya on next entry . bubye . salam persahabatan dihulurkan .