Friday 22 June 2012

resipi

Izznur Firzanah menaip ..
pada 22 Jun 2012 



tok3x. assalamualaikum semua !
hello , milo , marshmallow . ><
apa habaq hangpa ? sihat na ~ 
*loghat tah pape jea*


yezza . new entry lagi . wassup-2 semua . =.=" . exam dah lepas kann ? amacam result korang ? result aku ? biasa jea . dapat no 10 dari 34 pelajar . GRED MENURUN ! =.=" . redha je lah dengan ceramah ibu bapa yang akan menyusul . oke . stop the story . bukan tu yang aku nak pot pet pot pet at sini . aku nak beri 1 resipi yang special untuk korang . nak tak ? jup ea . 



nampak kann ? cun tak kek tuh ? warna - warni . RAINBOW CAKE . <3
amacam ? tertarik kan ? ><" .  Nyummy ! Dengan rasa manis , lazat dan berkrim lagi tu !  Ehekk . Macam tu juga lah kehidupan kita . Mesti seronok kalau kehidupan kita macam cupcakes ni kan  ? Kemanisan menambahkan lagi rasa asam garam dalam kehidupan kita . Walau sehebat dan setinggi mana pun taraf kehidupan kita , jika tiada kemanisannya pasti akan hambar haha . adakah aku nak bagi resipi nie ? TIDAK lah jawapannya . =.="  actually , aku nak bagi ..........





Resepi Manisan Kehidupan


  Secamca Kemaafan
Walau sebanyak mana pun seseorang itu melakukan kesalahan , pasti ada kebaikan yang dilakukannya . Jadi ambillah yang positif itu dan tinggalkanlah yang negatif supaya hati korang lembut untuk memaafkannya . 


  Secubit Senyuman
Tahukah korang dengan hanya senyuman boleh membuatkan kehidupan korang akan bertambah ceria ? Ada fakta yang mengatakan senyuman dapat membuatkan korang kelihatan muda daripada usia sebenar . 


  Setangkai Keyakinan Diri
Percaya ataupun tidak tanpa keyakinan diri , kehidupan korang sure akan jadi hambar punya . Mana tak nya , tanpa keyakinan diri korang pasti jarang ke tempat-tempat awam . Sesetengah orang tu kekurangan diri sendiri menjadi satu punca mereka kurang berkeyakinan . Ketahuilah tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini . 


  Segenggam Tekad dan Azam
Dengan adanya azam , sure korang akan lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi insan lebih teratur dan bermatlamat . Sesudah itu , campurkan tekad dalam apa jua korang lakukan , for sure azam tu akan tercapai !


  Hormat-Menghormati Secukup Rasa
Kehidupan akan menjadi lebih manis apabila menghormati orang yang berada di sekeliling korang  .Baik yang muda ataupun yang tua . Sesudah itu , kisarkan bersama dengan sifat ringan tulang dan hasilnya , kehidupan harmoni menanti .

=sumber dari kak LYSSA
mwehehe . sudah siap resipinya . amacam ? ><" hehe .
kesilapan umum . maafkan saya . haha . aku gurau je letak gambar kek tu . nak tarik perhatian korang . RESIPI MANISAN KEHIDUPAN  . semoga hidup korang akan menjadi lebih bermakna . jika resepi ini telah berjaya anda buat , TAHNIAH ! anda adalah ohsem ! ;)



sekian sahaja untuk entry pada kali ini . terima kasih kerna singgah , baca dan jadi stalker tetap untuk blog ini . maaf jika terdapat salah ejaan . see ya in next entry . bubye . salam persahabatan dihulurkan .





Saturday 16 June 2012

IMPIAN SAYA

Izznur Firzanah menaip ....
17 Jun 2012 ..



tok3x. assalamualaikum semua !
hello , milo , marshmallow . 
sihat , alhamdulillah . 
sakit ? g rehat kayy , moga cepat sembuh .



yezza . update lagi . pastikan anda baca entry ini tanpa paksaan kayy . baguih ~ . fiza mahu kongsikan sesuatu dengan korang . jeling sikit tajuk entry kali ini , jeling jea , jangan baca ! =P 
haha . kayy . >< dah baca kan ? yezza . berkaitan IMPIAN ! bak kata DAYANA AMERDA , SATU IMPIAN . -itu lagu Dayana lha-  . tapi kan , fiza punyai lebih daripada 1 impian =.=" tamak kan ? eleyh , korang pun sama ! . oke . back to the topic , nak tau IMPIAN fiza ? sila scroll ke bawah yea . p/s : anda akan meluat dengan impian saya =P


IZZNUR FIRZANAH'S WISHLIST



  • mendapatkan 8A dalam PMR dan __A dalam SPM 
  • menuntut pelajaran hingga ke menara gading *aku tak tahu lagi nak U mana =.=" *
  • aku nak peluk PANDA . *aku selalu ejek DIA panda ><*
  • aku nak dukung KOALA . *soccer kids punya pasal , dorang dapat pegang KOALA , aku nak jugak .*
  • aku nak beri ikan lumba-lumba makan . *Ikan tu comel , dorang mudah mesra ngan orang*
  • nak bawa ibu bapa saya pergi tunaikan haji . *nie paling best*
  • nak kamera Canon DSLR sambil menjelajah dunia *ambil gambar di setiap negara yang berada di BUMI ini*
  • nak duduk di puncak menara EIFFEL bersama orang ISTIMEWA .
  • melancong di KOREA semasa musim sejuk *nak main salji nn family dan DIA *
  • nak terbitkan NOVEL *yang ni , aku tak pasti lagi*


  • aku nak buat perjumpaan dengan rakan-2 fesbuk aku *
  • ni mustahil berlaku*
  • hubungan aku dengan pakwe aku kekal hingga ke pelamin . *miang ? biarlah . takkan aku couple dengan dia SESAJA kot . aku serius lha =.=* 
  • nak perkahwinan dalam taman *jyeah . serius romantik dowh *
  • bila dah HALAL , baru dating . *kolot tak ?*
  • dah HALAL , tengok wayang sesama . cerita hantu *nak dengar dia jerit , tengok muka ketakutan dia*
  • nak sambut bufday di Taman Tema . *tua , muda , perangai tetap kebudak-budakan kayy*
  • inginkan persahabatan yang kekal selamanya . 
  • teringin nak petik gitar dan nyanyikan lagu at DIA *suara macam katak , gitar tu ? rosak la jawabnye*
  • nak tengok matahari terbenam di Venice dengan DIA 
  • bila fiza tiada , fiza nak kawan-kawan fiza tetap ingat fiza 
  • bila fiza dikebumikan , fiza tak mahu air mata sesiapapun mengalir
  • nak teddy bear sebesar fiza *puas peluk*


kayy . aku dah penat menaip dan memikirkannya .
by the way , fiza ingin ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa yang macho lagi hot sekalian . buat yang teristimewa EN ZULLIZAMAN B ARSHAD , saya Izznur Firzanah mewakili 4 beradik ingin ucapkan selamat hari bapa ! ayah is the best ;)



sekian sahaja untuk entry pada kali ini . 
kongsikan impian anda dengan saya <3 nak tau jugak impian korang . see ya in next entry . bubye. salam persahabatan dihulurkan


PERISTIWA BERSEJARAH

Izznur Firzanah menaip ..
pada 16 Jun 2012 ..



tok3x . assalamualaikum semua !
hello , milo , marshmallow . 
sihat ? alhamdulillah .
sakit ? g rehat kayy , moga cepat sembuh .

yezza ! update lagi . fiza kan rajin update blog *kononnya* 
nak gtau , entry nie agak PANJANG LEBAR . sanggup ke baca ? kalau tak nak , jangan baca . untuk entry kali nie , fiza nak cerita pasal sejarah sikitt . *sejarah dapat C* . kayy . bukan sejarah MALAYSIA , tapi mengenai SEJARAH ISLAM . hari ni berapa REJAB ? -entahh- . sama la kita . fiza pun kurang taw . kayy . tapi fiza difahamkan hari nie merupakan ISRAK MIKRAJ . 

apa itu Israk Mikraj ? Israk bermaksud perjalanan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. manakala Mikraj pula membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.


SEBELUM ISRAK MIKRAJ
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

SEMASA ISRAK 
Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

SEMASA MIKRAJ
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.
Rasulullah        :       Labbaika.
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

SELEPAS MIKRAJ
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

sekian sahaja untuk entry pada kali ini . panjang kan ? fiza dah bagitahu tadi . ini perkongsian umum <3 . oke . see ya in next entry . bye-bye . salam persahabatan dihulurkan

Friday 15 June 2012

random awesome !

Izznur Firzanah menaip ..
15 Jun 2012 




tok3x. assalamualaikum semua !
hello , milo , marshmallow .
sihat ? alhamdulillah .
sakit ? g rehat , makan ubat taw . cepat sembuh ;)


oke . fiza update lagi story di blog ini .
tak suka ? dipersilakan tekan x yea . ><" 
kayy . dah lama tak update , apa khabar korang ? pasukan EURO korang menang ark ? dah dapat result exam ? *jadi Inspektor Tidak Bertauliah , banyak pula soalan yer ==" *
rindu tak pada fiza ?
kalau rindu , cakap rindu . tak baek tipu diri sendiri . 
haha . perasan kann . aku dirindui ? harapan lha .. =.=


tengok tajuk entry , RANDOM AWESOME . 
apakahh itu ? sebenarnya ambil sempena tajuk lagu Yuna . 




jyeah ! aku suka versi cover by kak NL niyh ;) . oke . sambung cerita . sebenarnya , fiza nak cerita pasal benda nie




nampak tuh ? kami di DUNIA BASAH . atapun bila dienglishkan jadi WETWORLD . Cuti 2 minggu lepas , fza cuti at situ jea . ><" . gempak aww . nampak klon Hazama versi perempuan . MR GEPENG banyak , MRS CUN pun banyak ;)


oke . stop kisah lalu =P . buka cerita baru pula . 
baru tadi dapat benda free . untung kan ? dapat benda free . apa yang fiza dapat ? MIGRAIN free . =.=" . 'untungla sangat' . tangan di shoulder , eye ke atas . >< . kenapa dapat Migrain ?
sebab benda alah minatang nie ..




apakah itu ? kurang jelas yer . klik gambar untuk tumbesaran yang lebih jelas . ;) . nama permainan tu CATUR BISTARI . kayy . apa kaitan benda tu dengan fiza ? macam nie lha , kan baru-baru nie ada HARI KOPERASI SEKOLAH kann ? sekolah fiza adakan pertandingan Catur Bistari nie . so , fiza masuklah . ingatkan senang , rupanya susah ==" . migrain jadinya . macam main saham . smart lha jugak . kayy . cuci mata anda dengan gambar-gambar ni yea . 



oke . actually , beg member fiza . jeles ngan dorang . nak jugak beg macam tuh ><"



khusyuk betol dorang ni kan ? >< siapa depa ? depa adalah rakan sekelas fiza . 


oke ! dah puas cuci mata ? ;) . btw , fiza sedikit frust nie . awat ? result exam teruk ==" sadis jea . nak tahu result fiza ?
oke . seriously , jangan terkejut sangat kayy . IQ fiza agak low . tak pandai macam korang . 2A 3B 3C . teruk kan ? sadis jea . ==" . tak pe , exam akan datang , fiza nak buat yang terbaek . nak tebus kekalahan . ==" 


oke . jari dah penat menaip , otak dah penat berfikir . 
sekian sahaja untuk entry kali ini . tengs sudi singgah n baca . see ya in next entry . bye-bye . salam persahabatan dihulurkan .



Sunday 10 June 2012

ohsem !

Izznur Firzanah menaip ..
10 Jun 2012 




tok3x. Assalamualaikum semua . 
Hello , milo , marshmallow . 
sihat ? alhamdulillah .
sakit ? take a rest kayy ;)

yezza . fiza kembali lagi menaip ;) . bosan ngan facebook . curang ngan blog kejap ><" . amacam cuti korang ? best ? untungla . fiza g wetworld jea cuti nie =/ . whateva lha . hari ni hari AHAD . esok ? ISNIN ! cuti sekolah pun telah tamat . SEKOLAH menanti kehadiran kita ==" homework korang apa citer ? dah siap ? ohsem ! naek sekolah , pasti ada banyak kerja rumah menanti . wtf ! welcome to facebook =P . kenapa makin banyak kerja rumah ? sebab keputusan peperiksaan keluar . mestilah kena buat banyak pembetulan ==" . adat sebagai pelajar la kann . pelajar asrama pun telah hilang dari dunia facebook kan ? tunggu cuti yang akan datang <3


oke . by the way , sekarang ni musim bola kan ?
Hari JUMAAT yang lepas , pasukan HARIMAU MALAYA kita berlawan dengan pasukan SINGAPURA . tetapi seri . satu sama . sokayy . ><" MALAYSIA BOLEH ! ceq sayang hangpa . >< 




yeah ! nampak gambar tuh ? yeah ! musim EURO kembali . =="
aku tak minat EURO . korang ? minat rupanya >< tak minat ? kita geng la ;)  . oke . bagi korang yang minat EURO , pasukan mana korang pilih ? wait ! ada benda khas untuk korang <3


GROUP A


Greece

POLAND 

Republic Czech

Russia


GROUP B 

NETHERLAND

GERMANY

DENMARK

PORTUGAL 

GROUP C

CROATIA

ITALY

IRELAND

SPAIN 

GROUP D

ENGLAND 

SWEDEN 

FRANCE


UKRAINE

cantek kan ? comel-2 belaka . semua doodle nie direka oleh ABANG FIZ  .  oke . hope team korang minat itu jadi juara kayy .amin ~ .UPSR , PMR dan SPM kian hampir . all the best untuk korang kayy . fiza calon AKHIR PMR tahun depan ==" . sekian sahaja untuk entry pada hari ini ;) pada sesiapa yang akan ambil periksan esok , semoga berjaya . oke . see ya in next entry . bubye . salam persahabatan dihulurkan .







Wednesday 6 June 2012

capital K

Izznur Firzanah menaip ..
7 Jun 2012 ..



tok3x . Assalamualaikum .
Hello , milo , marshmallow . 
sihat ? alhamdulillah .
sakit ? berehat dan makan ubat kayy .

wassup semua ?! ya . hari ni , new entry . update lagi 1 story . amacam cuti korang ? oke ? ohsem ?! untungla . Fiza duk umah jea ==" . cuti , cuti jugak . Homework apa citer ? sakit ? ish3x . rawatlah Homework tuh ><" oke . fiza ! hentikan mengarut ! hehe . tengok tajuk entry , CAPITAL K ? wah ! fiza curang ea ? ==" . banyaklah curang hangpa ! fiza tetap setia tau , gaduh sikit , biasa lah kann =,= . 


sebenarnya , fiza nak citer pasal PERSAHABATAN . apa kaitan dengan capital K ? hmm . bak kata Nabil , LU PIKIRLAH SENDIRI =P . oke-2 , jangan merajuk . ala comel , kacak , cantik .. hehe . K apa yang akan diceritakan . teruskan membaca . <3

K bermaksud Kecintaan
merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh sekiranya tidak wujud kecintaan di antara dua orang insan yang disandarkan kepada Allah

K bermaksud Kasih Sayang
lebih kurang sama maksudnya dengan kecintaan.Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlulah mencurahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Ada ketikanya kasih sayang kamu itu tidak perlu dipamerkan secara terang-terangan.Cukup sekiranya kamu menunjukkan kasih sayang itu dengan mendoakan perkara-perkara yang baik untuk sahabat kamu.

K bermaksud Keikhlasan 
dapat menjamin sesebuah persahabatan itu mendapat keberkatan dan rahmat daripada Ilahi.Sekiranya kamu tidak ikhlas ketika bersahabat, ia boleh mengundang permusuhan di antara sahabat.Sebaiknya kamu memilih sahabat berdasarkan budi pekertinya,rasa tanggungjawab, keprihatinan dan bukannya semata-mata kerana paras rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

K bermaksud Kesetiaan
setia terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan lagi ikatan persahabatan walaupun kamu jarang bertemu.Apabila kamu setia terhadap sahabat, kesannya sahabat kamu juga akan sentiasa mengingati apa jua pengorbanan yang telah kamu curahkan kepadanya. Ini kerana kamu sentiasa berada di sisinya tidak kira susah mahupun senang.

K bermaksud Keberanian
berani berkata benar.Dalam sesebuah persahabatan, kamu hendaklah berani mengatakan sesuatu perkara kepada sahabat kamu itu, apatah lagi tentang perkara-perkara
yang boleh menyakiti hatinya.Kamu hendaklah berani mengaku dan berterus-terang kepadanya atas kesilapan yang telah kamu lakukan. Kamu juga haruslah berani menasihati dan saling menegur sahabat kamu itu.

K bermaksud Kejujuran
Kamu jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kamu itu.Dengan berkata benar dan jujur, ini akan mengukuhkan lagi tali persahabatan antara kamu berdua. Kamu hanya boleh berahsia pada perkara-perkara yang kamu rasa perlu dirahsiakan daripadanya sahaja.

K bermaksud Kemaafan
perkara yang perlu ada dalam etika bersahabat.Sekiranya sahabat kamu melakukan kesilapan, kamu hendaklah bersedia untuk memaafkannya, tidak kiralah sama ada kesalahannya itu besar ataupun kecil terhadap kamu.Sahabat yang baik ialah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya,begitulah sebaliknya.

K bermaksud Kesedihan
kesedihan yang dihadapi oleh sahabat kamu haruslah dikongsi bersama.Apabila kamu mengetahui sahabat kamu itu berada dalam keadaan yang berdukacita,kamu sebagai sahabat hendaklah sentiasa berada di sisinya. Kehadiran kamu itu sekurang-kurangnya dapat meringankan kesedihan yang ditanggungnya dan dalam masa yang sama ia boleh meringankan bebanan yang dipikulnya itu.

K bermaksud Kegembiraan
keceriaan yang hadir dalam diri sahabat kamu itu, memberi makna yang kamu juga rasa gembira.Pasti kamu rasa senang apabila melihat sahabat kamu bergelak ketawa dan sentiasa mengukir senyuman yang indah pada raut wajah mereka.

K bermaksud Keserasian 
merujuk pada kesamaan mahupun ‘sekepala’ dalam apa jua yang kamu dan sahabat lakukan bersama.Dengan wujudnya keserasian ini, aktiviti yang kamu lakukan bersama akan menjadi lebih mudah dan lancar.Malah keserasian ini akan mewujudkan persefahaman antara kamu dan sahabat.

dah habis baca ? oke . apa pendapat korang ? Ciri-ciri tu wujud tak pada diri korang semasa persahabatan  ? ;) moga korang berbahagia dengan rakan korang . JANGAN SALAH PILIH KAWAN kerna kawan jua turut mewarnai masa depan kita . <3

btw , fiza ingin ucapkan terima kasih pada korang sebab sudi baca cerpen fiza . belum baca lagi ? TEKAN SINI 
tengs sebab sudi singgah dan baca . jasa anda amat dihargai . see ya in next entry . sekian saja untuk hari ini . bubye . salam persahabatan dihulurkan .