Wednesday 28 March 2012

hatiku berbunga riang



assalamualaikum semua . !
hello , milo, marshmallow !
sihat ? alhamdulillah

eii , bersawangnyer ! blog siapa la nie ?
harap maaf kayy . sejak kebelakangan nie , busy sangat . ni na update 1 entry , tak nak baca ? blah sayang ! =P . nak baca ? kayy . terbaek . ada gak yang nak baca .

kayy , firstly , thanx kepada FOLLOWERS yer , yang kini mencecah _____ terima kasih . jasa anda amat dihargai . ingin follow kembali , tetapi ada problem la . *dah tekan follow , asyik blank je .* bila semua da okayy , fiza akan follow korungs . jangan risau . !

yeah ! penantian kini berakhir . jika dulu , asyik balik lambat garaII latihan bicara berirama . kini ? merdeka ! tapi , kalah la .. =\ lantak la . tapi , thanx pada pertandingan tuh , kerana ia , kami seramai 33 orang pelajar 2KRK , makin erat . 

 *masa nie , semua serentak kott ? tengok balik video yang korang rakam , serius . rindu masa tuh . masa tuh , semua dengar cakap >< nisah jadi conductor*


*SMK PERMATA JAYA , pasukan dia menang kayy . tahniah dan semoga berjaya , beat sekolahII daerah laen pulakk . JOHAN BICARA BERIRAMA*

percaya x , hanya kerana BICARA BERIRAMA , merajuk dengan mak sendiri ? hehe . tuh la hakikatnya , merajuk ngan mak . kenapa ? dia guru SMK PERMATA JAYA la , sekolah dia menang =P

dah ! berhenti cakap pasal benda nie , past is past !
then , fiza nak cerita pasal hari ni pulak . pada 28 Mac 2012 , 
dengan rasminya , tamatlah bulan bahasa . ! guess what ? ><

fiza menang ! hehe . masuk dengan niat nak sijil je ><
1 . menulis cerpen . *dapat no 4 *
2. spelling contest . * dapat no 3 bagi kategori tingkatan 2*
hehe . suka meyh . ! dapat sijil  . dapat hadiah apa ?
lu pikirlah sendiri ;) *gurau*


kayy . stop that story .
yang nie , paling buat fiza geletar kaki , hati berdebar , !
keputusan SDKA !
yups . lepas habis kawad tadi , dengan muka tak malu , 
" abid , aku nak pinjam basikal "
-buat apa ?-
"nak ambil result SDKA la ."
-meh sini , aku tunjukkan-




terus pecut ngan basikal tuh  , dengan member di belakang , ANISAH . sampai je depan pagar sekolah , hati berdebar bagai drum diketuk ketika parti . then , pergi pejabat , bukak kasut , nampak PN YATIMAH . tanye cikgu , 
"saya dapat pangkat 1 x ?"
-ntah . saya pun tak tahu-

seriously , time tu , memang kecut perut . rupanya , ada ramai lagi yang sedang ambil keputusan . tunggu punyer tunggu , dengar nama kena sebut .
-cikgu , tu slip saya . nak ! >< -

dengan rasa berdebar , buka perlahan - lahan , senyum sendirian !
dapat PANGKAT 1 weyh ! tidak ku sangka , tidak ku duga ! alhamdulillah , kejayaan SDKA lebih baik daripada SDEA ! thanx cikgu , sebab cikgu ajar lah saya dapat keputusan nie . terima kasih ALLAH , kerana perkenankan doaku . keputusan fiza ?

KEPUTUSAN   PEPERIKSAAN
SIJIL DARJAH KHAS AGAMA JOHOR 2011

NAMA   : IZZNUR FIRZANAH BINTI ZULLIZAMAN  
NO K.P   : 980515-01-_____  ANGKA GILIRAN : BPS0305059
DAERAH : BATU PAHAT    NO PUSAT  : 0305

DK 101 AL QURAN       2       DK 207 Pend Jenayat         2
DK 102 Pend Tauhid      3     DK 208 Al-Lughatul Arabiah8
DK 103 Pend Ibadat       2     DK 209 Pend Faraid              8
DK 204 Pend Hadith       3     DK 310 Pend Tafsir              3
DK 205 Pend Muamalat 3     DK 311 Pend Sirah                8
DK 206 Pend Munakahat 3   DK 312 Pend Akhlak            2

AGREGAT    : 17               PANGKAT       : 1
            KEPUTUSAN :  LULUS       

                     
                




YEAH ! bebas daripada jajahan SDKA . tahun depan ? 
mangsa PMR , itulah nasib fiza tahun depan .
kayy , sesiapa yang akan hadapi SDKA tahun nie , gud luck yaw . !
terutama adik aku , IZZNUR FIRDAUS ! . 


sekian sahaja untuk entry kali ni ,
terima kasih kerna sudi singgah , baca , dan follow .
amat menghargainya . 
see ya in nextentry . bye-bye .assalamualaikum .
salam persahabatan dihulurkan

cerpen ? tekan sini

Tuesday 20 March 2012

Pengumuman . ! =)



assalamualaikum semua . !
*sila jawab salam dahulu , wahai orang beriman*
hello , milo marshmallow .

kayy . new entry ya .
macam biasa , tak nak baca , sila ??
tekan x kecil di kotak merah kayy .
nak baca ?
sila skrol ke bawah kayy . ;)

new entry .
fza na cter pasal apa hari ni ?
pasal result exam 
*sila buat muka terkejut , please ?*
kayy . luasnya korungs nganga . *iya ke ? O.o*


seperti yang anda ketahui , 
budak di bawah ni yang bernama Izznur Firzanah .


merupakan pelajar kelas 2 KRK , dan hanya ,mengambil lapan subjek teras sahaja untuk PMR . nak tahu tak , budak di atas ini dapat berapa ? ><"

hehe . tapi , janji dulu . ! jangan ketawakan kayy . fiza sedar fiza tak sepandai budak laen . IQ fiza tak setinggi korungs .



bahasa malaysia = A / 80
bahasa inggeris = B / 78
sains = C / 63
matematik = B / 66
pendidikan islam = A / 94 
sejarah = A / 83
kemahiran hidup = C / 63
geografi = B / 75

dahII , tutup mulut tuh , 
tau la terkejut . tapi , tak yah nganga luas sangat . =P
kayy , fine . ak na komen pasal markah nie . tak nak baca ? bye-bye . ~



BM , markah cukup2 makan . nasib baik ada A . dah kecut perut time , cikgu cakap 'siket je yang dapat A ' .BI ? kayy , memang tak puas hati . ! lagi 2 markah je kott . cikgu tak nak tambah =\ redha je la . sc , hehe . percaya tak  , memang C la yang fiza target . kenapa ? fiza memang kurang minat subjek nie , tak faham lak tuh  . PMR ? insya'allah , fiza akan dapatkan A . math ? hehe . fiza suke sangat walaupun dapat B . kenapa ? selalunye fiza dapat C je , tibe2 dapat B lak . hehe . tak pe , tak lama lagi A pulak akan muncul . p.islam ? nothing to say ><" . sejarah ? fiza macam tak percaya sebab , selalunyer dapat C . tibe2 terus dapat A . siapa tak bangga ? ;) k.hidup ? hehe . tibe2 jatuh pulakk . fiza jawab mainII je , abaikann . ><"  geo ? kira okay la , dapat B kan ? ;)

rasanya tuh je kott , yang fiza nak bebelkan .
maaf , fiza nie tak sepandai korang . ><"
tak mengapa , baru UP 1 . Peperiksaan setengah tahun ada . ;)

kayy . dimaklumkan , esok dapat result SPM kann ?


*khas untuk sesiapa yang mengambil keputusan SPM ;)
harap akak2 , abang2 , lulus dengan cemerlang kayy .
sesiapa yang dah dapat keputusan UP 1 dan tak berpuas hati , 
sabar je la . mungkin belum masanya , ALLAH saja nak beri dugaan kat korang kayy ;) senyum sikett

sekian sahaja untuk entry kali ini
terima kasih kerana sudi singgah dan baca entry yang merapu nie .
jasa anda amat dihargai ;)
see ya in next entry .
bye-bye 
salam persahabatan dihulurkan ;)


Monday 19 March 2012

SWEETNESS OF SONGS . ;)



assalamualaikum semua . !
hello , milo , marshmallow . 
amacam hari pertama sekolah selepas cuti seminggu ?
best takk ? =P

kayy .new entry lagi .
awak tak sihat ?
g rehat kayy , mam ubat . sian dia =\
awak nak baca ?
scroll ke bawah 
awak tak nak baca ?
ley blah ~ pergi tekan x di kotak merah kayy .


kayy . apa tajuk entry pada kali ini ?
*kelam kabut tengok tajuk balik , hehe*
yups .
sweetness of songs ;)


apa maksud fiza ?
tunjuk sikett muka blur kome semua ~
kayy . muke korungs comel ><"
back to the topic , pada entry kali ini fiza akan kongsikan beberapa buah lagu yang bagi fiza , 'sweet' . hehe . bak kata Yuna , setiap gambar ada lagu . kata fiza , setiap lagu ada kisahnya . betul tak ? anggukkan kepala sikett . 

bagi kategori pertama , lagu MALAYSIA dulu kayy ;)


yups . lagu kak Yuna . Terukir DI BINTANG , bagi fiza , cukup sweet . manis gitu , dia dah ada Qi . sweet couple , suka lagu nie . SIMPLE BUT SWEET ;)


kak NAJWA LATIFF . orang JOHOR mari . hehe . lagu dia sweet gak , cinta remaja la katakann . ;) 


saya suka . ! cinta terakhir , ;)

kayy . tuh kategori MELAYU . ;) sebenarnya , banyak lagi . tapi , blog jadi berat . susah korung na tengok blog nanti , jadi lembab kang . kayy , kategori kedua , INDONESIA .


hehe . lagu ni sweet sangad . thanx kepada imran  , fiza ingat lagi , lagu nie fiza kasi at ex fiza . sekarang ? dia dah happy dengan awek baru dia . ;) dia dah jumpa tulang rusuk dia =')


jalanII at youtube , jumpe lagu nie . seriously , tersentuh dengar lagu nie . aku kan kuat touching ?! kayy . hope korungs dengar la lagu nie . komen sendiri ;)



kayy . pernah dengar kann ? at mane ? cerita Vanilla Coklat ;) hehe . hope korungs suka ><"

kategori ENGLISH .


the cuties song . ! ;) bagi la couple korungs ? single ?
bagi kat member ;)


fiza suke lagu nie . sweet seyh . walaupun tak sampai beberapa minit =')


comel . fiza rasa , ramai dah tahu lagu nie kann ?
sudah ku jangka . comel je , penyanyi dia ? emo girl ><"


walaubagaimanapun , fiza tetap suka lagu nie ,


suka tengok diorang nyanyi . suara masingII , macam penyanyi real . lagu nie ada maksud tersirat , cube pahami lirik dia . Ia mengatakan gadis cantik dengan seadanya mereka , cuma mereka tidak sedar akan itu . ;)


kayy . tuh je , fiza nak kongsikan ,
thanx sebab singgah , baca entry merapu nie .
amat menghargainya .
fiza da dapat result , nak tau ?
tunggu entry yang akan datang ;)
kayy . sekian sahaja untuk entry kali ini ,
bye-bye
salam persahabatan dihulurkan ;)


notabiru:: jangan pegang kekasih anda selagi dia belum jadi halal bagi kamu . <3

Saturday 17 March 2012

KE SANA LAGI =)





assalamualaikum semua . !
hello , milo , marshmallow . !
sihat ? alhamdulillah =')
tak sihat ?
atotoii , siannye ! g mam ubat . then , rehat kayy . ;)

yups . ! entry baru untuk hari ini .
fiza memang kaki blogging . semua nak update . tak salah kann ?
jika tidak mahu baca ?
tekan x kecil dalam kotak merah kayy .
bye-bye . 
nak baca ?
jums ;) . ada geng nak baca .

kayy . dah baca tajuk entry ? 
bagus . ! =)
kenapa tajuk entry cam tuh ? 
KE SANA LAGI =)
apa maksud fiza adalah , fiza pergi ke panggung wayang lagi .
bila ? semalam petang , 17 Mac 2012 .
kali ini , sekeluarga penuh .
ayah , mak , semua adik beradik .
tengok cerita apa ? O.o
LORAX




apa itu LORAX ? nie la fiza akan kongsikan .
sinopsis filem LORAX


kisah ini berlaku pada masa hadapan . Pada masa itu , udara sudah tercemar , kerana sudah tiada lagi pokok yang sebenar . Hutan musnah. tetapi AUDREY , seorang gadis pelajar sekolah tinggi . *x silap la * Audrey inginkan sebatang pokok yang sebenar dan ceritakan kepada rakannya , Ted . Ted yang meminati Audrey secara diam , berusaha cari pokok itu . Ted ceritakan kepada neneknya . Neneknya menyuruh Ted mencari Once-Ler di luar bandar . Banyak halangan dalam misi Ted untuk mendapatkan pokok sebenar . =)














*audrey = Taylor swift . Ted = Zac Efron






sepanjang menyaksikan filem ini , 
korungs akan ketawa , menangis dan sebagainya . 
Macam fiza . hehe . 
dah baca ?
apa yang anda tunggu lagi ?
dalam filem ini , ada mesej yang ingin disampaikan .
hope korungs tengok la citer seefood dan lorax


sekian sahaja sinopsis dan entry untuk kali ini .
hope korungs terhibur . 
thanx sebab membaca kayy .
see ya in next entry .
bye-bye . salam persahabatan dihulurkan .






notabiru :: tekan sini




video khas untuk korungs ::



Thursday 15 March 2012

Nampak Makanan .



assalamualaikum . !
hello , milo , marshmallow . 
hangpa sihat ?
alhamdulillah , kalau sakit ?
makan ubat kayy , banyakkan rehat =')

kayy . entry baru lagi .
bosan ngadap FB je . 
apa yang fiza nak bebelkan pada hari ini adalah ..
baca tajuk entry tuh kejap . 
Nampak Makanan
pelik kan tajuk nye ? cuba korungs translate kan kepada bahasa inggeris ;) ia akan menjadi ..
SEEFOOD .
hehe . so , filem SEEFOOD menjadi pilihan fiza untuk entry pada kali ini .


tak nak baca ?
tekan x dalam kotak merah . BYE-BYE . =P
nak baca ? kayy . Rajin membaca rupanya awak nie ;)



nak jadikan kisah , semalam petang , fiza dengan family fiza *kecuali ayah fiza* , echa (kazen) dan mak cik fiza (mak echa) pergi tengok wayang at BP MALL . cerita SEEFOOD la yang kitorung tengok . Dalam panggung ue , banyak tempat kosong . Fiza sarankan korung tengok cerita SEEFOOD nie , kenapa ? ia adalah filem animasi yang diterbitkan oleh negara kita sendiri , Malaysia . 
takkan tak nak sokong filem buatan Malaysia kott , asyek ngadap filem omputih je . nak tahu lebih lanjut ? skrol ke bawah ;)

*sinopsis SEEFOOD*


Julius dan Pup merupakan kawan baik . Mereka adalah ikan yu . Perbezaan di antara mereka adalah , saiz badan mereka . Julius merupakan raja di dalam laut *konon je* . Saiz Pup lebih kecil. Pada suatu hari , mereka pergi menziarahi berdozen telur dari terumbu Pup dicuri oleh pemburu haram . Dengan azam yang kuat , Pup ingin menyelamatkan mereka semua . Pup mendapat tahu bahawa ia boleh bernafas di daratan . Jadi , ia pergi ke tempat telurII itu disimpan . Octo (sotong kurita) , Martle (penyu) , Julius yang risau akan keselamatan Pup mencari idea , bagaimana ingin mencarinya di daratan . Dalam dilema kehilangan Pup ,ada seekor ikan pari (namanya tidak ku ingat ==" ) menjadi talam dua muka , dengan mengadakan hubungan dengan hidupan laut dalam . Dalam cerita ini akan ada watakII tambahan yang comel dan mencuit hati.



Dapatkah Pup menyelamatkan telurII tersebut ?
Dapatkah Julius mencari Pup ?
apa lagi ?
pergilah ke panggung wayang dan saksikannya sendiri . =)

fiza suka akan cerita nie kerana kelakar dan ia berkait rapat dengan kehidupan kita seharian . sekian sahaja untuk entry pada kali ini . Maaf jika bosan kayy , see ya in next entry . bye-bye . salam persahabatan dihulurkan ;)



*video mengenai SEEFOOD ;)*
#jika line laju , boleh tengok kayy .


Tuesday 13 March 2012

Gadis tidak sempat beritahu Jejaka


assalamualaikum semua. !
*dah jawab salam ke belum ? baik jawab . hukumnya wajib taw *
hello , milo , marshmallow . !
sihat kan ?? 
alhamdulillah . sakit ? ala siann , da jumpe doktor ?
g mam ubat , rehat kayy ;)

kayy . ! hye semua . !
para pembaca , pengintai tetap blog , pengikut blog , akak , abang , adik sekalian . ! yups . entry baru lagi . jari rajin nak menaip . jika tak mahu baca ? sila pangkah x kecil , di kotak merah . ;) nak baca ? bagus nyer . ! 


dah baca tajuk entry ?
gadis tidak sempat beritahu jejaka
yups . apa maksud fiza ? kayy . ni la fiza akan jelaskan dalam entry ini . entry ini berkaitan 30 perkara perempuan tidak sempat beritahu lelaki . entry ini umum , tidak mengira jantina . jums kita baca ? ;) antara perkaranya , adalah ::



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! ( zina mata . harap dielakkan)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
(FAKTA .)

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.



11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. ( iya ke ? O.o)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri. ( jika si dia , satu sekolah la kann)



21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (jangan ambil kesempatan kayy)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. 



sekian sahaja untuk entry pada kali ini ;)
terima kasih kerana sudi membaca .
entry ini bersempena HARI WANITA SEDUNIA . 
maaf kerana entry ini agak panjang , bazirkan masa korungs kayy . 
 anyway , see ya in next entry .
bye-bye . salam persahabatan dihulurkan ,




nota kaki ::