Friday 27 January 2012

kau cemburu ke ? ;)


assalamualaikum semua !
holla ~ sihat ? alhamdulillah .!

nampak kan tajuk entry pada hari nie ?
yups! berkaitan CEMBURU !
sebabnya , ramai yang mintak fiza wat entry nie .
hope korungs puas hati la ea ;)
fiza tahu kebanyakkan manusia punyai perasaan cemburu kan ?
termasuklah fiza.. ! kuat jeles taw ><
korungs pun ?;) ada gengs la nampaknya ..

ia tak kira sama ada korungs single ataupun couple kerana ...
semua orang memang kuat jeles .
jangan mudah terpedaya dengan muka tenang , kadang2 dia akan gabra jugak akhirnya ;)

jadi, entry ini fiza akan kongsikan cara2 untuk atasi cemburu nie . harap boleh digunakan ;)


1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.
2. Tarik nafas dalam-dalamJangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah ngada.
3. Menangis semahunya
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.Lelaki nangis? ok la tuh ..daripada bunuh diri ?!
4. Berfikiran positifBuang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.
5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lainAlamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.
6. Jangan kecewa dengan diri sendiriSetiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.
7. Percaya diriKetepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.
8. Bekerja kerasMotivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.
fiza bagi warning dulu kay , sekuatmanapun lelaki cemburu , lagi kuat perempuan cemburu. sebabnya , perempuan ni sensitif ! 

jadi ? boleh pakai tak tips tadi tuh ? semuanya bergantung pada korungs ! sebab korungs yang jeleskan ? ;) relax kay , sape yang single tuh , kita gengs ! =) siapa yang dah berpunya , jaga awek/pakwe/suami/isteri/tunang korungs baek2 taw ! jangan nak menyesal bila dia dah tinggalkan korungs ;)

sekian sahaja untuk entry pada kali ini . hope ia bermanfaat bagi korungs ! jari penat menaip ! harap bersua lagi pada entry yang akan datang . siap sedia untuk tempuhi bulan FEBRUARI , hope korungs lebih matang ;) bye-bye . assalamualaikum , salam persahabatan dihulurkan ;)
# jika ada cadangan untuk fiza kongsikan , cadangkan di wall FB fiza kay ;) sila like yaw jika suka 

Thursday 26 January 2012

TAHUKAH ANDA ?


assalamualaikum semua ! jawab taw ! wajib !
apa khabar ? alhamdulillah , sihat sejahtera . ;)

untuk hari JUMAAT yang barakah ini ,
fiza ingin berkongsi sesuatu bersama anda . 
entry ni agak panjang . ! 
harap korungs sudi baca ;)
kerana ia berkait rapat dengan kehidupan kita .

terima kasih kerana sudi baca ,
seperti yang korungs bace tajuk ...
tahukah anda ?
 
tahu apa ? adakah korungs sedar bahawa kita diperhatikan oleh malaikat maut sebanyak 70 kali sehari ..? terkejut ke ?
nape ? baru tahu yer .. yups . kita diperhatikan olehnya sekarang nie . sama ada kita buat baik , jahat .. kita diperhatikan ! maksudnya , bila-bila masa saje kita akan "dicabut nyawa" a.k.a meninggal dunia . jadi , adakah anda sedia ? err ... pasti tak kan ? untung kita sebagai umat nabi MUHAMMAD s.a.w ! dan , umat ISLAM kerana ALLAH dah beri tanda2 kematian terlebih dahulu kepada kita agar kita lebih bersedia .. fiza akan kongsikan petanda2 kematian !

Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini.anda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.




dah baca ? apa pendapat korungs ? adakah korungs sudah bersedia ?apa pula tindakan korungs ?! jangan terlalu leka kerana kita sedang diperhatikan . moga entry kali ini beri manfaat kepada korungs . tak lama lagi maulud nabi , insya'allah kita akan menyambutnya sekali lagi (jika panjang umur ) 
bak kata DR. FADZILAH KAMSAH , "renung2kan dan selamat beramal" . amat bermakna kata2 tuh ;) . sekian sahaja untuk entry pada kali ini . terima kasih kerana sudi baca dan tambah ilmu . bye-bye , salam persahabatan dihulurkan ;)

Friday 13 January 2012

kita kan kawan ;)


assalamualaikum semua . !
holla . ! ;)
apa khabar ? alhamdulillah jika sihat ,
sakit ? rehat kay . ! mam ubat taw . =)

hehe . fiza kembali menaip . yeah !
sape nak baca ?
scroll ke bawah .
tak nak ??
blah yer .. ! ;)


ok . siapa tahu , fiza nak tulis apa pulak pada entry kali nie ?
.....................
....................
ia mengenai KAWAN

YUPS . fiza tau , semua orang pasti ada kawan kan  ? fiza pun ada . mereka baik sangat , pelbagai kerenah dorang ada . sempoi jea ngan korungs . ! hehe . tapi , bukan itu yang fiza na bebelkan . (bebel ?) fiza akan bagitahu ciri kawan yang baik untuk kita ..


  1. mereka berupaya membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dengan memberikan nasihat kepada kita agar menjadi seorang yang tabah. 
2. mereka akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu diri.

3.Rakan yang baik akan sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah dengan memberikan dorongan untuk menghadapi ujian hidup yang lebih mencabar.

4.kita sakit, mereka akan menziarahi kita untuk bertanyakan khabar dan membincangkan perkara-perkara yang menarik. 

5.rakan yang baik dapat membimbing kita ke jalan yang benar agar kita tidak terlibat dalam kancah maksiat. Ia dapat mengajar kita menjadi seorang yang matang, berpendirian tegas, bijak membuat keputusan dan tidak mudah mengaku kalah.

6.Rakan yang baik tidak akan selalu mengambil kesempatan ke atas kita jika kita mempunyai kelemahan tersendiri, sebaliknya dia akan mengajar kita membaiki kelemahan agar kita tidak ditindas orang yang tidak berhati perut.

6.akan yang baik akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan 

7.Mereka juga sanggup berkorban 

8.Rakan yang baik juga pasti tidak akan sanggup melihat kita berada dalam kesusahan. Mereka pasti akan berusaha untuk membantu kita dengan harapan kita tidak akan menderita akibat daripada kesusahan tersebut

9.Mereka juga akan tetap setia bersama kita dan tidak akan sekali-kali berpaling tadah dengan membuat khianat seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

10.Rakan yang baik juga akan sentiasa menghormati orang terutama sekali orang tua, ibu bapa dan guru-guru. 

11.Rakan yang baik juga akan sentiasa menjaga kebajikan orang dan prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Kita hendaklah tengok ciri-ciri rakan yang baik dari segi dalaman bukannya dari segi luaran.

12.rakan yang baik ialah jenis rakan yang tidak angkuh dan bongkak, malah akan mudah mesra apabila berkawan dengan sesiapa serta mudah bertegur sapa. Rakan yang baik juga tidak mudah cepat panas baran apabila diusik dan boleh dibawa 
bergaul yang disertakan dengan batasannya.


sudah puas membaca ?
so , apa komen korungs ?
adakah kita kawan yang baik ?
bijak memilih kawan , itu adalah penting . !
harap entry pada kali ini 
dapat memberi manfaat pada korungs ;)

sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
minta maaf jika ::
tersalah ejaan ,
tersilap fakta ,
entry tidak menarik ,
bukan kawan yang baik

terima kasih kerana ::
sudi hadir ke blog ini ,
baca entry ini ,
jadi kawan fiza ,
doakan kejayaan fiza ..

see ya in next entry ,
insya'allah . 
bye-bye

salam persahabatan dihulurkan .

Monday 9 January 2012

di sebalik warna


assalamualaikum semua . !
holla . best hari nie ?
alhamdulillah .

meh sini , 
fiza nak story something .
tak nak tahu ?
bye-bye , dear . !
nak baca gak ?
thanx sygs . ! ;)

nampak tajuk kan ?
yups . ! pada kali ini ,
fiza akan kongsikan rahsia di sebalik warna kegemaran .
jadi , tunggu apa lagi ?
baca lah .. apa warna kegemaran korungs ek ?



Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan. 
Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. 
Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning 
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.
Warna Ungu 
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih 
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.


Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu

Warna Merah 
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.

ok tak ?
hehe . maaf yer , ini hanya sekadar perkongsian .
jangan terlalu percaya kay ,
moga hidup korungs diberkati dan sentiasa gembira . ! ;)

sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
minta maaf jika ::
tersalah ejaan ,
tersilap fakta ,
entry tidak menarik ,
bukan kawan yang baik

terima kasih kerana ::
sudi hadir ke blog ini ,
baca entry ini ,
jadi kawan fiza ,
doakan kejayaan fiza ..

see ya in next entry ,
insya'allah . 
bye-bye

salam persahabatan dihulurkan .
  #budak tak pakai reti shawl.