apa nak buat nie ? +_+


assalamualaikum semua . !
holla , milo , marshmallow , bear2 yang cute semua .
hehe . sihat kann ? bagus . keep it up kay .

tengok tajuk ? yups . apa nak buat nie ?
tak nak baca ? g maen jauh2 . nak ? thanx kay ;)
amat hargainya . 
sebenarnye , fiza sedang gementar nie .
kenapa ?
exam akan menjelang weyh !
pasti pening nanti . fiza nie tak la pandai mana pun .
buktinya ? science , fiza masih blur . habislah aku !



exam diadakan pada 5 MAC 2012 . 
amekkaw ! so , entry ni khas untuk sape-2 yang ambil exam . 
harap ia bermanfaat bagi korang . ;)

1.banyakkan buat latihan .
2. jangan stress fikirkan peperiksaan .
3.buat nota2 ringkas .
4.untuk subjek geo , sejarah , Kemahiran Hidup , Sains , 
banyakkan menghafal . ;)

MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN

  • Solat hajat
  • Berdoa
  • Mohon Restu Ibu Bapa
  •  jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini.
  • Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)
  • Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya 
  • Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat 
  • Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai
  • Hindari sebarang masalah 
  • meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.


semasa peperiksaan

1. Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
2. Tenang dan percayakan diri anda.
3. Bersantailah tapi berhati-hati. 
4. cuba fahamkan soalan .
5.buat rangka jawapan (karangan )
6.tinggalkan soalan yang susah , buat soalan yang lain dahulu .
7. dah siap ? semak balik . tertinggal soalan ? buat . 
8 . buat dengan teliti . jangan pikir nak cepat siap /



selepas peperiksaan 

berdoa dan bertawakal .
jangan terlalu memikirkan soalan yang telah dijawab .
yakin pada diri . 

beberapa doa untuk korungs ::

DOA KETIKA MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN:

"Wahai Tuhanku, masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang mulia. Dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku"..

DOA KETIKA MENERIMA KERTAS SOALAN:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan lidahku, supaya mereka faham perkataanku"..


DOA KETIKA SUKAR MENJAWAB:

1) "Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendiri-Nya. Dengan rahmat-Mu aku bermohon pertolongan"..

2) "Ya Allah, tidak ada kesenangan melainkan pada Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki"..

DOA KETIKA TERLUPA JAWAPAN:

"Ya Allah, Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"..

rasanya itu je yang fiza dapat kongsikan .
awak yang baca ni , exam jugak ke ? high-5 sikett , 
kita same la .
fiza doakan agar awak yang baca ini dapat menjawab soalan2 dengan tenang dan dapat kejayaan yang cemerlang ;)
doakan fiza jugak taw . !

sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
terima kasih sudi singgah , baca , follow dan berkawan dengan fiza kayy . jasa anada amay dihargai ;)
see ya in next entry . salam persahabatan dihulurkan



2 comments: