jatuh tangga ?!


assalamualaikum semua !
holla , ini fiza .
fiza nak wat entry lagi .
tak nak baca? 
bye-bye .. !

jums bace ? ;)
jatuh tangga ? apa kes ? mesti sakit kan ? =| 
tapi , jika jatuh cinta macam mane ?
mestila angau kan ? ><"


tekan play !
dah lihat ??
sweet kan .. walau apapun perbezaannya ,
itulah yang buat kita akrab .

PETANDA JATUH CINTA

  • Sukar melelapkan mata. Setiap malam sebelum tidur pasti anda teringatkan si dia. Anda teringatkan peristiwa yang berlaku antara anda dengan si dia pada siang tadi. Atau mungkin anda terbayangkan saat-saat romantis antara anda dengan dia. Kemudian, anda tertidur dengan hati yang berbunga-bunga.

  • Hati anda sentiasa berdebar bila sahaja ternampak kelibat beliau lalu dihadapan anda. Kalau si dia muncul muncul betul-betul dihadapan anda, anda boleh terkena renjatan elektrik 1 badan.

  • Tiba-tiba anda berasa cemburu melihatkan si dia mesra dengan orang lain yang sama jantina dengan anda. Siap bergurau dan menepuk-nepuk bahu antara satu sama lain. Anda curi-curi menjeling terhadap aksi si dia.
               Perasaan rindu yang membuak-buak di dalam hati anda. Kalau boleh anda mahu si dia berada di depan mata anda 24 jam.

  • Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.
                    Anda semakin menjaga penampilan anda. Anda sentiasa mahu memakai pakaian yang kemas dan cantik. Dan mungkin juga memakai perfume yang boleh menarik perhatian si dia!
  • Anda mempunyai hobi baru iaitu mengelamun. Kejap-kejap si dia datang dalam fikiran anda. Kemudian, mulalah anda tersenyum seorang diri. Kadang-kadang sambil memandu pun boleh termengelamunkan tentang si dia.

  • Anda berbual dengan si dia sampai lewat tengah malam melalui telefon dan selepas saja beberapa minit anda putuskan talian, anda sudah mula merinduinya. Kemudian, anda menghantar pula mesej kepada si dia.

  • Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.

  • Anda menyimpan apa sahaja pemberian dari si dia. Kad raya, surat, resit dan apa sahaja di dalam kotak. Dan juga semua sms dari si dia bermula daripada anda berjaya mendapatkan nombornya. Tidak sanggup anda delete kesemua sms dalam hp anda yang dihantar oleh si dia.

  • Apabila rakan-rakan anda cuba ‘melaga-lagakan’ anda dengan si dia, anda tidak akan marah sebaliknya anda tersipu-sipu malu. Dan pipi anda mula kemerah-merahan.

  • Si dia kerap menemani anda di dalam mimpi sejak akhir-akhir ini. Bila bangun pagi esoknya, anda cuba mengingati mimpi-mimpi indah antara anda dengan si dia semalam.

  • Tiba-tiba anda berubah perwatakan apabila bersama si dia. Anda cuba menjadi lelaki/perempuan idaman mereka. Segala tindak-tanduk anda dikawal agak tidak over seperti bersama rakan-rakan.

  • Kebelakangan ini anda sering berdoa kepada si Dia agar dibukakan hati si dia untuk anda dan diperjodohkan dengan anda.

  • Anda berniat di dalam hati untuk bertekad memiliki si dia. Anda mahukan si dia terus berada di samping anda. Anda mengguna pelbagai cara untuk cuba menarik perhatian si dia tentang kewujudan diri anda.

  • Ketika anda membaca post ini, hanya wajah si dia saja yang bermain di benak fikiran anda.
hehe .
amacam ? ;)
sakit tak jatuh "tangga" ?
saje jea share ! ^^
hope korungs like it !

sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
minta maaf jika ::
tersalah ejaan ,
tersilap fakta ,
entry tidak menarik ,
bukan kawan yang baik

terima kasih kerana ::
sudi hadir ke blog ini ,
baca entry ini ,
jadi kawan fiza ,
doakan kejayaan fiza ..

see ya in next entry ,
insya'allah . 
bye-bye
salam persahabatan dihulurkan .


No comments:

Post a Comment