hilangkan perasaan gementar .



assalamualaikum semua !
alhamdulillah , hari ini hari yang baik untuk semua .
pada entry kali ini ,
fiza akan berkongsi tips .


nak baca ?
bagus . ^^ syg korungs lebeyh .
tak nak ?
bye-bye . ^^






kenapa fiza buat entry pasal gemuruh ?
sebab esok adalah hari kemuncak bagi kawan fiza yang berumur 15 tahun kerana mereka akan mendapat keputusan PMR esok . tips hilangkan perasaan gementar ialah ::


1.banyakkan berdoa,
banyakkan doa.ingat!bahawa allah sering berada di samping kita.solat juga jangan diabaikan.apa gunanya kita berdoa kalau solat pun tidak cukup 5 waktu sehari semalam?

2)berfikiran positif,
fikirkanlah perkara-perkara yang positif.mungkin kita bimbang keputusan yang bakal kita terima tidaklah seperti yang kita harapkan.tapi,apa salahnya jika kita mengandaikan kita boleh memperoleh keputusan yang cemerlang nanti.

3)lakukan banyak kerja,
kepada yang bekerja,mungkin hal yang berkaitan dengan result pmr ini boleh dilupakan buat seketika.bagaimana pula bagi mereka yang masih menganggur di rumah?sudah pasti selama 24 jam mereka memikirkan mengenai keputusan spm ini.apa salahnya jika anda menyibukkan diri anda melakukan apa-apa sahaja.

4)beri semangat kepada diri sendiri,
kalau diri kita sendiri pun tak boleh support,siapa lagi?berikanlah kata-kata semangat kepada diri sendiri.aku boleh!mungkin kata-kata tersebut membuatkan minda anda berfikir dengan lebih positif.

5)ingat wajah-wajah kesayangan anda,
terbayangkan wajah emak dan ayah mungkin akan menyebabkan kita lebih gementar.betul tak?tapi,inilah cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa takut untuk menunggu detik keputusan pmr diumumkan.kerana merekalah yang sedang berada di depan mata kita sekarang yang selalu memberikan dorongan dan semangat kepada kita. mereka amat berharga dari apapun/sesiapapun . mereka penting dalam hidup kita !

6)dengar muzik.
muzik merupakan instrumen yang terbaik untuk mengurangkan rasa gementar yang terdapat dalam diri kita.dengarlah apa-apa sahaja lagu kegemaran anda.mungkin ini jalan yang terbaik untuk melupakan rasa gementar tersebut.

rasanya , itu sahaja tips yang fiza dapat kongsikan .
harap ia berguna bagi korungs . dalam walauapapun jenis keadaan yang buatkan korungs gementar . fiza sentiasa doakan kejayaan korungs . all the best for ya .

sekian sahaja untuk entry pada kali ini .
minta maaf jika ::
tersalah ejaan ,
tersilap fakta ,
entry tidak menarik ,
bukan kawan yang baik


terima kasih kerana ::
sudi hadir ke blog ini ,
baca entry ini ,
jadi kawan fiza ,
doakan kejayaan fiza ..

see ya in next entry ,
insya'allah . 
bye-bye
salam persahabatan dihulurkan .

No comments:

Post a Comment