tak perlu kata apa2


assalamualaikum semua !!


apa habaq ??!!
banyak daging korban ..... ??
best tak raya ???

alhamdulillah jika raya aidiladha pada tahun ini amat bahagia bagi korung .
okayh2 ..
sekarang nie ,
fiza nak share something ...

nak tahu tak ??
jika tak nak ...
jangan tengok blog ini . ><"
jika nak ,
bace lha .. dan scroll mouse korung sampa bawah k ?

sebenarnya , fiza nak beritahu korungs
KELEBIHAN SENYUM =)

1.Senyum membuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, muram, membuat orang menjauh dari kita , tetapi sebaliknya senyum boleh mengubah persepsi mereka terhadap diri kita .

2.Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood kita akan berubah menjadi lebih baik.

3.Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak orang. Macam lagu malique dan najwa ... (iya ke ?)

4.Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahwa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa “stress”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.

5.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

6.dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, *****a sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

7.nak muda ?? senyum dulu sebab Senyum awet muda! Aku tahu, korang semua kan nak kelihatan sentiasa muda kan? Jadi, perbanyakkan senyum.  Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

8.Senyum merendahkan risiko sakit jantung .

9.mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman.

10." SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".

dah baca ??!!
tunggu apa lagi ??
senyumlah ....

yeah !!
cantek lah senyuman awak ..
bagus2 .
keep it up !!

teruskan dengan senyuman di muka anda ,
salam persahabatan dari fiza . 

No comments:

Post a Comment